Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

















[ Index ]
 

 
Meneyru Supaya Kerajaan Mengemukakan Laporan Mengenai Siasatan Terhadap Suri Rumah Yang Tercemar Virus HIV Sebagai Kertas Putih Di Parlimen
Kenyataan Dr Tan Seng Giaw, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong setelah mengetahui identiti seorang suri rumah yang menerima darah dicemari virus HIV. 18 Mei 2000

 
Seorang suri rumah berusia 47 tahun dan mempunyai empat anak telah tercemar virus HIV, Human Immunodeficiency Virus, yang menyebabkan AIDS, Acquired Immunodeficiency Syndrome. AIDS merupakan pelbagai penyakit akibat kelemahan daya tahanan. Suri rumah itu telah menerima dua beg plastik darah semasa menjalani pemindahan darah di Hospital Jitra, Kedah, Malaysia, bulan lalu. Salah satu beg darah itu telah dicemari virus HIV.

Semalam, mangsa itu mengambil keputusan untuk mendedahkan identitinya, Bashah Mustaffa dan suaminya Halim Hamid, 45. Beliau telah dirawat dengan ubat anti-HIV dan psikologi sejak 10 Mei 2000.
Kabinet telah meminta maaf terhadap kesilapan itu lalu mengarah pihak-pihak kesihatan memberi bantuan kepada beliau dan keluarganya.

Beliau telah mendakwa pihak berkenaan di mahkamah untuk menuntut pampasan RM100 juta.

Penyakit AIDS adalah sejenis wabak virus HIV yang dijangkiti melalui hubungan kelamin dan benda-benda darah seperti pemindahan darah.
Setelah darahnya tercemar virus HIV, pembawa virus itu mungkin akan mengambil masa selama sembilan tahun untuk mengidap AIDS. Kerana daya tahanan pesakit adalah lemah, maka pelbagai infeksyen dan kanser seumpama jangkitan di paru-paru berlaku. AIDS tidak dapat disembuhkan. Mudah-mudahan, dalam berapa tahun ini, kita boleh menemui ubat AIDS yang mujarab.

PROSEDUR PENAPISAN

Sementara itu, Pemangku Menteri Kesihatan yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Fong Chan Onn telah menerangkan kelmarin bahawa dua kakitangan di tabung-tabung darah Alor Star dan Hospital Jitra telah dipindah ke bahagian yang lain, sedang kita menunggu laporan siasatan.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Ismail Adam yang mengiringi Datuk Fong telah menyatakan bahawa arahan telah diberi kepada pihak-pihak berkuasa negeri supaya mematuhi dengan ketat prosedur-prosedur operasi yang standard untuk pendermaan, penapisan dan pemindahan darah.

"Kementerian telah diberitahu supaya mengkaji kemudahan-kemudahan yang terdapat di hospital-hospital kerajaan, terutamanya tabung-tabung darah, dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kakitangan yang tidak bertanggungjawab," ujar beliau

Prosedur-prosedur yang ketat tentang pendermaan, penapisan dan pemindahan darah mestilah juga diadakan di hospital-hospital dan klinik-klinik swasta yang menggunakan benda-benda darah.

Kita mungkin mempunyai kelengkapan yang canggih dan kakitangan yang terlatih,

tetapi kesilapan manusia masih boleh berlaku. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan. Di negara-negara yang maju semacam Amerika Syarikat, Perancis dan Australia, pesakit-pesakit masih tercemar virus HIV daripada pemindahan darah. Misalnya, ketika wabak AIDS baru dikenali, jaguh tenis Amerika Syarikat Arthur Ashe telah tercemar virus itu semasa menjalani pemindahan darah untuk pembedahannya.

Ujian-ujian untuk virus HIV bergantung kepada penemuan antibodi HIV di dalam tubuh seseorang itu; antibodi ialah sejenis kimia yang dibuat oleh badan kita untuk menentang serangan kuman. Antibodi HIV mengambil masa dua minggu hingga berapa bulan untuk wujud di dalam badan seseorang pesakit setelah terdedah kepada virus itu.

Adakan kaedah untuk memastikan kesilapan manusia dapat dikawal agar ia tidak akan berulang? Kesemakan demi kesemakan mestilah dilakukan. Prosedur-prosedur penapisan dan langkah-langkah kawalan haruslah sentiasa dikemaskinikan.

KERTAS PUTIH

Kerajaan belum mempunyai niat dan cara yang cukup untuk memilih orang-orang yang cekap bagi jabatan-jabatannya. Orang-orang berkualiti? Biasanya pilih kasih disyaki: lantikan orang-orang yang sebulu. Semua jabatan patutlah mengambil orang-orang yang benar-benar layak. Pada teorinya, Kerajaan menerangkan kriteria untuk perlantikan. Pada praktisnya, timbullah syak wasangka.

Begitu juga dengan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan. Pada teorinya, eloklah. Dalam Internet kita boleh menonton sedikit kebebasan. Tetapi, hakikatnya, media cetak dan penyiaran mempunyai penapisan sendiri. Lihatlah kenyataan-kenyataan yang berasas. Berapa media akan menyiarkannya.

Kerajaan wajib mengambil iktibar daripada Bashah Mustaffa yang sanggup mendedahkan identitinya. Siasatan ke atas kejadian tersebut haruslah diadakan secara terbuka dan telus. Dengan kebertanggungjawapan, Kerajaan hendaklah mengemukakan laporan itu sebagai kertas putih di Parlimen untuk perbahasan. Hatta maka kita dapat mendalami hakikatnya dan mencari langkah-langkah untuk menentukan kesilapan seumpamanya tidak berlaku lagi.

Laporan-laporan terhadap siasatan-siasatan untuk peristiwa-peristiwa yang lain seperti wabak virus enkephalitis Mei tahun lepas tidak diumumkan secara terus-terang. Penjelasan-penjelasan kerajaan tidak meyakinkan. Oleh itu, laporan suri rumah HIV itu wajar dibentangkan sebagai kertas putih.

Dr Tan Seng Giaw

 

 
[ Home | Political | Medical | Personal ] Article #181
[ Recent | Archives | Forum | Feedback ] [ Index ]