Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

















[ Index ]
 

 
Kerajaan Malaysia Mestilah Berusaha Untuk Memberhentikan Sekatan Ekonomi Terhadap Iraq
Kenyataan Dr Tan Seng Giaw, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong mengenai sekatan ekonomi terhadap Iraq selama satu dekad. 5 Mac 2000

 
Ketika Perang Teluk 1990, Presiden Saddam Hussein, Iraq, mencerobohi Kuwait. Kita mengutuk. Sejak Ogos 1990, Amerika Syarikat, AS, telah memimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB, untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Iraq, menyebabkan penderitaan yang tidak terceritakan. Terdapat kekurangan makanan, ubat dan lain-lain.

Setelah hampir satu dekad sekatannya, beratus-ratus ribu orang mati atau tidak seimbang pemakanannya. Penyiasatan bebas mestilah dijalankan ke atas keadaan perikemanusiaan di Iraq. Pakej minyak-untuk-makanan membolehkan Iraq menjual sebahagian

minyaknya untuk makanan dan ubat adalah tidak mencukupi bagi mengatasi keadaan ini.

Sementara itu, PBB meneruskan sekatan selagi Presiden Saddam tidak 'bekerjasama' dengan para pemeriksa senjata PBB. Adanya kontroversi tentang sifat tidak berat sebelah sesetengah pemeriksa itu.

AS dan UK, United Kingdom, tetap dengan pendirian meneruskan sekatan terhadap Iraq. Apakah motif-motif sebenarnya? Adakah ia berasakan kepada 'polisi tidak berkerjasama' Iraq?

Kita menyeru supaya Kerajaan menambahkan usaha berkempen untuk memberhentikan sekatan tersebut.

Dr Tan Seng Giaw

 

 
[ Home | Political | Medical | Personal ] Article #133
[ Recent | Archives | Forum | Feedback ] [ Index ]