Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
PERBENDAHARAAN ALLAH

Di antara cerita yang diriwayatkan mengenai para kekasih Allah atau wali Allah adalah cerita yang diberitakan oleh Zin-Nun rahimahullah,  katanya;

Sekali peristiwa,  saya berCadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari suatu barang yang saya perlukan dari sana.  Saya pun menempah suatu tempat di sebuah kapal.  Bila tiba waktu kapal itu berangkat,  saya lihat penumpang-penumpang yang menaiki kapal itu terlalu banyak sekali bilanganya,  yang kebanyakanya datang dari tempat jauh, sehingga kapal itu penuh sesak dengan penumpang.

Saya terus mengamat-amati wajah-wajah penumpang itu,  dan saya terlihat di antaranya ada seorang pemuda yang sangat kacak rupanya,  wajahnya bersinaR cahaya,  dan dia duduk di tempatnya dalam keadanya tenang sekali, tidak seperti penumpang-penumpang lain,  terus mundar-mandir di atas kapal itu.  Udara di atas kapal agak panas,  meskipun angin laut bertiupan,  barangkali panasnya datang dari sebab terlalu banyak penumpang yang berhempit-hempit di antara satu sama lain.
 
Pada mulanya kapal belayar dengan lancar sekali, kerana barangkali lautnya tenang tidak bergelombong,  dan angin pun tidak bertiup kencang ,  kecuali sekali-sekala saja,  dan kalau ada pun ombak-ombak kecil biasa yang dihadapinya.
 
Dalam keadaan yang begitu tenang di atas kapal itu,  tiba-tiba kami dikejutkan oleh suatu pemberitaan umum yang mengatakan bahawa nakhoda kapal itu telah kehilangan suatu barang yang sangat berharga,  dan hendaklah semua penumpang-penumpang duduk di tempat masing-masing,  kerana satu penggeledahan akan dijalankan tidak lama lagi untuk mencari barang yang hilang itu.
 
Kini penumpang-penumpang kapal kecoh berbicara antara satu dengan yang lain mengenai barang yang hilang itu.  Masing-masing cuba mengeluarkan pendapat bagaimana itu boleh hilang.
 
Saya sendiri merasa hairan bagaimana barang nakhoda itu boleh hilang?  Apakah dicuri orang?  Ataupun barangkali keciciran kerana manusia di atas kapal itu terlalu banyak.  Sebentar lagi nakhoda mengumumkan:
 
'Semua penumpang hendaklah berada di tempatnya.  Sekarang kami akan memulakan penggeledahan!"
 
Penggeledahan pun dimulakan oleh beberapa orang pegawai kapal itu.  Penumpang-penumpang itu semuanya ribut,  baik lelakinya mahupun wanitanya.  Mereka digeladah satu satu dengan cukup rapinya.  Begitu pula tempat tidur mereka dibentang dan diraba,  kalau-kalau barang itu disembunyikan di celah-celahnya.  Namun  barang itu masih belum diketemuinya lagi.
 
Akhirnya sampailah giliran si pemuda tampan untuk digeledah.  Pada mulanya pemuda itu duduk di tempatnya dengan tenang sekali.  Tetapi oleh kerana dia adalah orang yang terakhir yang di periksa,  maka muka-muka orang ramai seolah-olah mengancam memerhatikannya.  Mungkin ada orang yang mengatakan di dalam hatinya,  barangkali pemuda inilah yang mencuri barng itu.
 
Apabila  pemuda itu dikasari oleh pegawai-pegawai kapal itu dalam pemeriksaannya,  dia lalu melompat ke tepi seraya memprotes:
 
'Saya bukan pencuri,  kenapa saya dilakukan begitu kasar?'

Lantaran pemuda itulah satu-satunya orang yang membantah,  maka disangka oleh pegawai-pegawai kapal itu dialah pencuri barang itu.  Mereka mahu menangkapnya,  maka pemuda itu pun meronta lalu menerjunkan diri ke muka laut.  Orang ramai menyerbu kepinggir kapal hendak melihat pemuda yang terjun ke dalam laut itu.  Yang menghairankan bahwa pemuda itu tidak tenggelam,  malah dia duduk di atas muka laut itu, sebagaimana dia duduk di atas kerusi dan tidak tenggelam.  Pemuda itu lalu berkata dengan suara yang keras:
 
'Ya  Tuhanku!  Mereka sekalian menuduhku sebagai pencuri!  Demi ZatMu,  wahai Tuan pembela orang yang teraniaya! Perintahkanlah kiranya semua ikan-ikan di laut ini timbul dan membawa di mulutnya permata-permata yang berharga?

Saya juga ikut memerhatikan permukaan air itu.
 
Memang benar,  dengan kuasa Allah,  permintaan pemuda itu dikabulkan Tuhan,  timbul di sekitar kapal itu beribu-ribu ikan dan kelihatan di mulut-mulutnya batu-batu putih dan merah berkilau-kilauan cahayanya, sehingga membuat mata-mata yang memendangnya silau kerananya.  semua orang di situ bersorak menepukkan tangan kepada pemuda itu.
 
Saya terus tercengang,  tidak dapat menggatakan apa-apa pun.  Nakhoda kapal dan pegawai-pegawai  kapal itu bingung, seolah-olah dia tidak percaya apa yang dilihatnya.
 
"Apakah kamu masih menuduhku mencuri, padahal perbendaharaan Allah ada di tangganku, jika aku mahu boleh aku ambil?"
 
Pemuda itu mengarahkan ikan-ikan itu supaya kembali ke tempatnya,  maka tenggelamlah semula semua ikan-ikan tadi,  dan orang-orang di atas kapal itu terus bersorak lagi.
 
Pemuda itu lalu berdiri di atas air itu, kemudian berjalan di atasnya secepat kilat semantara lisanya terus mengucap:
 

"Hanya kepadaMulah aku menyembah, dan hanya kepadaMu pula aku meminta bantuan." (Al-Fatihah:4)

Dia terus menjauhi kami, sehingga hilang dari pandangan kami.  Saya sama sekali tidak menduga, bahwa pemuda ini kemungkinan sekali termasuk ke dalam golongang ahli Allah,  yang pernah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sabdanya yang berbunyi:

'Akan tetapi ada dalam umatku sebanyak tiga puluh orang leleki, hati hati mereka sepadan dengan hati nabi Allah Ibrahim a.s. setiap mati seorang di antara mereka,  akan diganti Allah seorang lain di tempatnya.'