| Ilham Tingkat Tinggi |
Ilham yang timbul dari penyingkapan hijab di antara Zat Allah dan "Al-Aqlul Kulli" yang menjadi hakikat bagi Ruh si penerima Ilham. Bila hijab ini terangkat, penerima Ilham ini tahu secara sponta n, nampak dan boleh menta'bir atau menceritakan satu persatu dalam sesuatu ilmu yang tidak diterangkan. Inilah ilham yang dimaksudkan oleh Iman Ghazali dengan katanya:
"Bila Allah hendak menjadikan hambanya seseorang yang baik, Ia(Allah) menyingkapkan hijab di antara ZatNya dan jiwa yang menjadi Luh, lalu lahirlah pada jiwa itu sebahagian dari rahsia-rahsia yang terpendam dan tertulis makna-makna segala rahsia yang terpendam ini. Dengan ini dapatlah jiwanya mengucapkan rahsia-rahsia yang terpendam ini menurut kehendak kepada sesiapa yang dikehendakinya."
Contoh Ilham yanng tercetus dalam Qalbu Sayyidina Ali bin Abi Tali yang diterangkan di atas adalah tergolong dalam Ilham Tingkat Tinggi ini. Tentulah ilmu yang dapat dihuraikan oleh beliau bukanlah secara kasar, malah secara yang seperinci-perincinya. Kita jangan menganggap keterangan Sayyidina Ali itu sebagai kata-kata untuk menyedapkan telinga sahaja. Ilmu yang dicampakkan dalam Qalbu Sayyidina Ali itu adalah dari Allah. Andaikanlah suatu ayat Al-Qur'an sahaja dapat dihuraikan dengan perincian dalam segenap aspek sampai bertahun-tahun lamanya tanpa berhenti, apakah ganjilnya bagi Allah Taala??.
Ilham Tingkat Tinggi inilah yang termasuk
dalam cara "Hembusan dalam Qalbu"
yang tidak diketahui dari mana datangnya dan tidak diketahui bagaimana
cara mendapatnya seperti yang tersebut dalam Al-Ahyaa (Lihat Al-Ahyaa,
penggal 3, muka 17). Dipandang dari segi cara ini, ia sama dengan
wahyu seperti yang telah diterangkan di bawah
catatan
tentang Wahyu, tetapi sebagaimana yang telah diterangkan, wahyu berbeza
dari Ilham dipandang dari segi nilai ilmu.
Ketika membicarakan tentang cara-cara mendapatkan
ilmu dengan berfikir dalam fasal
Cara
dan Kaedah Mendapatkan Ilmu Imam
Ghazali ada menyebutkan bahawa yang didapati dengan berfikir adalah datang
dari "Al-Nafsul Kulliyah" juga. Ini bermakna berfikir itu sama dengan tarafnya
dengan Ilham Tingkat Rendah tadi. Sebenarnya tidak demikian; Ilmu yang
didapati dari Al-Nafsul Kulliyah menerusi dua cara iaitu berfikir dan Ilham
Tingkat Rendah ini berbeza dalam beberap perkara:
1. Ilmu yang didapati dari Al-Nafsul Kulliyah dengan berfikir adalah usaha yang memakan waktu.
2. Ilmu yang didapati dari Al-Nafsul Kulliyah dengan Ilham bukan semestinya dengan usaha. Biasanya ia didapati dengan mudah menerusi cara-caranya yanng tertentu.
3. Ilmu hasil dari berfikir tidak sama nilainya dengan Ilmu hasil dari Ilham. Ilmu yang didapati dengan Ilham mempunyai nilai yang lebih tinggi. Meskipun kedua-duanya datang dari Al-Nafsul Kulliyah, kerana Al-Nafsul Kulliyah dalam Ilham ini mempunyai hubungan dengan tingkat-tingkat yang lebih tinggi.