Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam pada hari Khamis (09.09.1999/28 Jamadil Awal 1420)
Sahabat Yang Merosakkan

Petikan sebahagian daripada Keterangan Tok Pulau Manis dalam Pengajian Sebelum ini.

Dan inilah kebajikan yang berhimpun dalam bersahabat dengan saudara yang Sholeh dan Syeikh(Guru) yang memberi nasihat dan menegahkan akan dikau bersahabat dengan segala orang yang jahat dan segala orang yang ahli ghoflah(lalai) iaitu mereka yang terlebih jahat hal daripadamu.  Maka diisyaratkan (akan peringatan ini oleh)Muaalif(Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari)  dengan katanya;
 

Terkadang engkau Jahat.  Maka diperlihatkan akan dikau kebajikan daripadamu oleh (seorang) sahabat engkau kepada orang yang terlebih jahat "halnya" daripadamu

Keterangan Tok Pulau Manis.

Terkadang engkau jahat.  Maka diperlihatkan akan dikau kebajikan daripadamu oleh (seorang) sahabat engkau kepada orang yang terlebih jahat "halnya" daripadamu.  Maka inilah yang terlebih besar Afat(bala/penyakit) yang masuk ia atas orang yang menyalah barang yang telah disebutkan akan dia.

Keterangan Suluk.

Untuk memahami maksud halus yang tersirat di sebalik kalam hikmah di atas kita perlu meneliti maksud dan idea di sebalik beberapa istilah dan rangkaikata-rangkaikatanya.

Perkataan jahat mengikut keterangan guru suluk ialah kejahatan hati kita yang bergantung kepada Masyiwallah(sesuatu selain daripada Allah).  Bukanlah dimaksudkan jahat itu seperti jahat mencuri,  berzina dan sebagainya dari kejahatan-kejahatan yang banyak terdapat pada kebanyakan manusia awam yang tenggelam dalam kepalsuan dan kesibukan dunia.

Tetapi jahat di sini ialah ditujukan kepada kejahatan hati yang lalai dengan sesuatu yang melalaikan seperti

Inilah antara wajah-wajah kejahatan yang dimaksudkan dalam kalam hikmah di atas.

Kita mungkin tidak sedar yang kita banyak memiliki sifat-sifat jahat itu kerana zhohir kita mungkin tampak baik,  sentiasa mengerjakan amal ibadat yang banyak, lisan penuh dengan zikir, malah hati sentiasa mengagungkan Allah,  namun jauh di sudut hati masih terselit kejahatan untuk mendapat sesuatu ganjaran atau manfaat dengan apa yang diusahakan seperti inginkan barakah kehidupan,  atau terbuka sesuatu yang ghaib atau dikurniakan sesuatu keramat.  Inilah kejahatan yang banyak tersembunyi di sebalik zhohir kebaikan yang ada.

Tetapi ada lagi sesuatu yang lebih jahat dari itu,  lebih merbahaya dan lebih banyak mendatangkan bala dan musibah.  kepada kita yang sepatutnya pada waktu itu sedar atau disedarkan dengan hal kejahatan yang ada tersembunyi itu.  Musibah atau penyakit yang berat ini ialah;

Tidakkah ini menunjukkan satu penyakit yang sukar untuk diubati kerana kejahatan-kejahatan yang tumbuh di dalam diri telah ditutup dengan Maka inilah bahaya kawan atau sahabat-sahabat kita yang lebih jahil atau terlebih jahat daripada kita.  Ianya  akan menumbuhkan penyakit-penyakit yang merbahaya kepada hati dan menjadikan diri kita bertambah-tambah dengan kejahatan yang disangkakan kebaikan.  Hal ini adalah kerana jahilnya sahabat kita yang bicaranya boleh memesongkan tilikan hati kita kepada tilikan yang sebenarnya.  Walaupun kita tidaklah sejahil atau sejahat sahabat kita tadi yang suka mengata-gata hal orang lain dan bersifat dengan warak pada lisan kita,  namun dengan kerana bersahabat dengan manusia yang terlebih jahil,  kita turut terjerumus ke dalam musibah yang membahayakan kesucian hati kita.

Kerana bahayanya bicara sahabat yang jahil ini dan kerana besarnya penyakit yang akan dibawa oleh seorang sahabat yang sedemikian,  maka Tok Pulau Manis melanjutkan keterangannya dari Kalam Hikmah di atas seperti di bawah.

Keterangan Tok Pulau Manis.

Maka jikalau bersahabat engkau akan orang yang  terlebih kurang daripadamu amalnya dan terlebih banyak kesalahannya,  maka hendaklah takut olehmu bahawa engkau melihat dirimu baik daripadanya seperti yang dikata orang(sufiah);

Apabila ada engkau dalam suatu kaum(golongan),  maka bersahabat engkau dengan yang terlebih baik mereka itu.  Dan jangan engkau bersahabat dengan yang terlebih jahat,  maka jahat engkau dengan jahatnya.

Keterangan Suluk.

Pesanan Tok Pulau Manis ini adalah bertujuan untuk memperingati  Salik bahawa bahaya yang terdapat dengan bersahabat dengan seorang yang kurang amalan zhohir dan batinnya berbanding dengan Salik akan menjerumuskan diri mereka kepada penyakit Ujub dan Takabbur kerana melihat diri terlebih baik dan mulia daripadanya.  Dengan itu maka tumbuhlah satu kejahatan yang terlebih jahat daripada yang ada pada diri Salik sebelum itu.

Demikian perihal bagaimana pesanan-pesanan orang Arif pada seorang Salik demi untuk menjaga dan menyelamatkannya daripada penyakit-penyakit yang halus dan samar ini.  Dari kerana perhatian dan tilikan mereka yang teliti dan halus inilah,  seseorang yang ingin selamat dalam perjalanannya menuju Allah perlu sentiasa berdekatan dan bersahabat dengan seorang yang Arif dalam selok beolk perjalanan ini.

Keterangan Tok Pulau Manis.

Dan diceritakan orang bahawsanya Nabi Isa Alaihissalam berkata kepada segala sahabatnya;

"Jangan kamu duduk kepada orang yang MATI; maka mati hati kamu."

Maka kata mereka itu; "Mana orang yang mati?".

Maka katanya(Nabi Isa);

"Orang yang Raghib(gemar) pada dunia dan yang kasih padanya".

Dan adalah demikian itu membawa kepada redho kepada nafsunya dan melihat kepada kebajikannya iaitu asal tiap-tiap kejahatan.  Jangan engkau bersahabat melainkan dengan orang Arif pada Allah Taala.

Keterangan Suluk.

Bergaul dan bersahabat dengan mereka yang Ahli Dunia akan mematikan  hati dan memadamkan hemah Salik. Hal ini terjadi kerana amatlah jauh bezanya mereka yang bergelumbang dengan dunia dengan Salik yang berjuang untuk mematikan keinginan dan nafsunya kepada sesuatu selain daripada Allah.  Maka bahayanya hubungan antara dua pihak yang berlainan hemah ini ialah kepada Si Salik.  Si Salik akan merasakan dirinya banyak melakukan kebaikan berbanding dengan ahli dunia tersebut.  Ini menyebabkan Salik akan merasa lega kerana telah terkehadapan dengan kebaikannya dan amat menyukai hal tersebut.  Kebaikan-kebaikannya yang ditilik itu adalah punca tiap-tiap kejahatan yang menumbuhkan kejahatan-kejahatan seperti; Ujub, (hairan dengan diri sendiri) Takkabur (membesarkan diri) Hubbul Jal (kasihkan kemegahan) yang seterusnya bercambang biak menumbuhkan kejahatan-kejahatan yang lain.

Inilah sebahagian maksud dari ungkapan Tok Pulau Manis bahawa; "melihat kepada kebajikannya iaitu asal tiap-tiap kejahatan".

Dengan kerana  bimbangkan akan kejahatan inilah,  maka seseorang Salik itu dinasihatkan supaya mencari seorang Sufi yang Arif.  Mengikut keterangan guru suluk,   seorang Sufiah yang Arif itu atau Sufiah Al-Shodiq itu ialah seorang;


Keterangan Tok Pulau Manis.

Dan tiadalah jalan kepada mengenal dia(orangArif) melainkan dengan zhohir Asar(nyata bekas/kesan) makrifat atasnya dan iaitu ZAHID  dalam dunia.  Maka dengan demikian itu,  kata Maalif(  Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari).
 

Tiada sedikit amal yang zohir daripada hati orang yang zahid dan tiada banyak amal yang zohir daripada hati orang yang gemar akan dunia.

Keterangan Tok Pulau Manis.

Tiadalah sedikit amal yang zohir daripada hati orang yang zahid dalam dunia kerana amalnya itu diterima kerana selamatnya daripada segala Afah (penyakit yang membinasakan dia).

Keterangan Suluk.

Pengajian Kalam Hikmah ini telah diikuti oleh suluk buat kaliterakhirnya pada 12.02.1999.  Untuk itu silalah kongsikan bersama hasil pengajian ini di bawah Tajuk "Zahid"
 


[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar