Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 05. 10. 2000 / 02 Sya'ban 1421)
TANDA & ALAMAT 
DITERIMA AMALAN
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu

Petikan Huraian Pengajian Terdahulu

Maka adalah balas dalam negeri akhirat itu baginya alamat dalam negeri dunia sebagaimana iaitu....Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Atoillah yang selanjutnya;
 

Barangsiapa diperolehnya akan buah amalnya pada sekarang,  maka demikian itu menunjukkan atas diperoleh Qabul dengan Anugerah Allah Taala

Keterangan Suluk

Sebelum ini kita telah diperihalkan berkenaan dengan kesempurnaan pembalasan yang hanya akan ada di negeri akhirat.  Tidak ada lain tempat lagi yang seumpamanya yang dapat meluluskan kesempurnaan balasan Allah Taala.  Semata-mata di akhirat sahajalah tempat yang layak untuk dibalasi hamba-hambaNya yang mu'min dengan balasan yang mulia,  kekal lagi sempurna itu.

Namun demikian,  bagi yang mengetahui dan yang memahaminya,  mereka dapat merasakan wujudnya tanda-tanda atau alamat di negeri dunia ini lagi.  Hanya yang merasainya sahaja yang dapat mengenali tanda-tanda itu dunia ini lagi.

Mereka itu adalah terdiri dari sesiapa yang beramal dengan pelbagai taat dan ibadat sehingga memperolehi buahnya sekarang.  Dengan adanya buah pada amalan itu,  maka itu menunjukkan atas diterima dan diredhoi Allah dengan telahpun mendapat limpah kurnia anugerah Allah Taala.

Sama-samalah kita jelujuri Huraian dan Keterangan oleh Tok Pulau Manis;

Maka buah amal itu iaitu diperoleh manis dalamnya(amal) dan lazat dengan dia(amal);  dan didapat demikian itu dalam membanyakkan dia amal dengan menetapkan atasnya.

Keterangan Suluk

Bertemulah kita dengan apakah yang dimaksudkan dengan buah amal itu.  Maka buah amal itu ialah sesuatu yang memberikan kita rasa manis dalam melakukan amal ibadat rutin kita.  Rasa berselera dan rajin beribadat sehingga diri asyik menghabiskan waktu dengan mengekali dan menambah amal-ibadatnya.  Dengan demikian adalah didapati rasa yang sedemikian manis itu,  pada seorang yang sentiasa membanyakkan dan menyempurnakan pelbagai amalan dengan tetap Istiqamah.

Hanya orang yang berlazat dan merasai manis sahaja yang akan membanyakkan amalan mereka sama ada secara zhohirnya atau pun pada amalan batinnya.  Semakin ditambah semakin bertambah manis.  Semakin dijangkau semakin lazat.  Dengan itu mana mungkin hamba yang begini akan berhenti daripada melakukannya,  malah dirinya sentiasa tidak puas dan tidak jemu-jemu mengulangi dan melebarkan jangkaunnya.

Dengan ini,  rasa manis dan lazat itu hanya akan ada pada mereka yang sentiasa membanyakkan dan mengistiqamahkan amalan/wirid-wiridnya.

Jadi hairan ya!!!,  kenapa sampai setengah daripada kita mendakwakan bahawa amalan kita telah mendapat Qabul/Pengiktirafan dari Allah sedangkan mereka tidak pernah ada tanda-tanda yang tersebut.  Bukan dengan manis dan lazat bahkan sebaliknya.....

Sifat-sifat di atas bukanlah buah amalan,  dan bukan pula tanda ada Qabul dari Allah Taala,  malahan semata-mata adanya penyakit-penyakit dan virus-virus dalam amalan tersebut atau mungkin ghurur dengan pelbagai tipu daya.

Buah amalan ialah sesuatu yang terhasil dengan rasa manis dan lazat sehingga membawanya ke kolam zauq dan wujdan.  "Sesiapa yang tidak merasainya,  tidak akan mengetahui".  Dan sesiapa yang merasainya akan bisu sifat pekatanya.  Mana mungkin dia berdakwa-dakwa dengan itu,  atau ini lagi.  Mana mungkin ia didapati dengan mudah dan senang,  sebagaimana mudahnya mulut melafazkan sesuatu dakwa.

Amal taat yang zhohir dan yang yang batin itu tidak diperolehi melainkan dengan penat dan lelah dalam usaha mendirikannya.  Atau lebih mudah jika kitakan "hasilan yang manis itu terhasil daripada sabar menahan kesakitan dan kepenatan menyuburkan ladang itu"

Huraian dan Keterangan Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis;

Kata setengah orang Arif;

Tiada suatu daripada kebajikan(amal-ibadat) melainkan dengan lebatnya(dasyatnya) musyakkah yang berkehendak ia kepada sabar dalamnya.  Maka barangsiapa sabar atas sakitnya ujian,  nescaya membawa ia kepada

Maka,   bersakit dalam menanggalkan dunia dan lazatnya dan segala nikmatnya.

Keterangan Suluk

Melalui keterangan sufi di atas,  ditegaskan bahawa tidak akan terhasil sesuatu kebajikan dan kebaikan atau amal-ibadat yang dikerjakan oleh seseorang hamba tanpa melalui dengan bertimpa-timpa dan dasyatnya kesusahan,  kepayahan,  keperitan dan kepenatan.

Menunjukkan amal-ibadat itu hanya akan dapat ditegakkan jika ada kesanggupan diri untuk menanggung penderitaan dan kesakitan dalam mendirikan dan mengistiqamahkannya. Semuanya itu adalah sebagai penapis alat ujian.  Ujian bagi yang benar-benar kuat dan berhemah tinggi sahaja yang dapat melepasinya.

Barangsiapa yang dapat bersabar di atas kesakitan ujian-ujian tersebut,  nescaya akan melorongkan mereka untuk;

Mereka ini akan; yang kemudian akan diberikan rasa lazat dan manis dalam beribadat secara zhohirnya dan batinnya.

Huraian dan Keterangan Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis;

Dan kata setengah Sabit Al-Bunani;

Telah bersakit aku membaca A'-Qur'an dua puluh tahun dan beroleh aku nikmat dengan dia dua puluh tahun.

Kata 'Uthbah Al-Qhalami ra;

Telah sakit aku [berjaga] pada malam dua puluh tahun dan beroleh nikmat dengan dia dua puluh tahun.

Keterangan Suluk

Dua kenyataan kaum sufi di atas menunjukkan perihal perjuangan dan kesabaran mereka untuk mendapat sesuatu kurnia Allah Taala.  Bukan semua orang yang mampu melakukannya,  dan tidaklah semua kaum pengembara itu memiliki hemah dan kemahuan yang tinggi seperti mereka.

Siapalah kita yang baru setahun dua mula berjinak-jinak dengan ilmu ini.  Teori mungkin banyak sikit,  tetapi amalan..........jauh sekali daripada mencium aroma jejak mereka.  Jika dengan tuntutan dunia sanggup berhujan berpanas,  berpenat lelah dalam mencarinya,  berhutang dan bergadai untuk memaksudkannya,  tetapi untuk "mengangkat selembar kain selimut di waktu malam" atau membaca beberapa ayat-ayat Allah amat berat dan tidak tersanggup untuk melakukannya.  Jauhlah lagi diri ini untuk menikmati rasa manis buah amalan itu.

Dan kata setengah ulama;

Adalah membaca Al-Qur'an,

Keterangan Suluk

Jika perihal Sabit Al-Bunani; dan Uthbah Al-Qhalami ra di atas berkenaan wajah Mujahadah dalam bentuk paksaan anggota zhohir melentangi nafsu;    maka perihal di atas pula adalah berkaitan Mujahadah dalam bentuk paksaan anggota batin melentangi kejahilannya.  Dilaksanakan adalah memperbetulkan tilikannya,  pandangannya dan tempat sandarannya dalam usaha untuk menjejaki hakikat dan maksud sebenar ibadat tersebut.

Tidak dapat tidak,  maka ibadat tersebut adalah dilakukan mengikut kaifiat dan adab-adabnya yang zhohir dan yang batinnya.

Maka di sini berjeliralah amalan tersebut dengan lazat dan nikmat yang hati tidak akan bersabar untuk terus mendengar dan membaca dengan Allah Taala.

Keterangan Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis;

Dan adalah tiada hasil yang demikian itu melainkan daripada amal yang sejahtera ia daripada Riya dan Dakwa.

Keterangan Suluk

melainkan pada seorang yang telah bersih dan suci daripada; Dan lain-lain dakwaan yang menunjukkan tidak sejahteranya hati itu daripada syirik yang tersembunyi itu.  Hama Riya' dan dakwa ini seumpama semut hitam yang merayap di atas batu yang hitam di waktu malam yang gelap.

Rasa seperti sejahtera tetapi muncul tanpa disedari dalam pelbagai bentuk.

Keterangan Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis;

Dan kata Abu Turob ra.;

Dan adalah sifat ini diperoleh Qabul dengan Anugerah Allah Taala.

Keterangan Suluk

Keterangan di atas lagi lebih menarik dan lebih bermakna kerana ianya mengisyaratkan gabungan zhohir dan batinnya  atau syariat dan hakikatnya sesuatu ibadat yang menghasilkan buahnya yang lazat manis.

Seorang yang Sidiq dalam amalnya,  akan dapat merasai kemanisan ibadat sebelum daripada mengerjakannya lagi.  Bagaimana ya....dapat dirasai manis sebelum memakannya lagi?
Seorang yang sidiq adalah seorang yang benar dengan amal ibadatnya.

Semua ini diperolehi dengan menuntut ilmu,  bersahabat dengan dengan para guru,  mendapat bimbingan daripada yang arif.

Maka orang yang Sidiq dalam amalannya ialah seorang yang sebelum daripada mengerjakan dan menyempurnakan amalannya,  akan sibuk dan asyik dalam memperbetulkan dan membaiki keaiban-keaiban ibadatnya.  Mereka sibuk dan asyik dengan menuntut ilmu atau mereka sibuk dan asyik bersahabat dengan berdampingan dengan guru-guru yang arif.

Itulah kemanisan dan lazat yang dapat dirasai oleh orang yang sidiq dalam amalannya.   Sidiq dengan usaha memahami dan menyempurnakan kaifiat dan adab-adab dalam beribadat itu.  Sidiq kerana punya kesedaran yang tinggi mengenai apa jua kebajikan yang ingin dilakukan.  Bukan kerana adat,  bukan kerana sekadar ikut-ikutan bahkan bukan dengan taqlid buta.

Setelah itu apabila diikhlaskan amalan tersebut semasa mengerjakannya,  maka diperasakan pula rasa manis dan lazat itu sewaktu mengerjakannya.  Hendaklah diketahui dan difahami bahawa hakikat ikhlas itu ialah tenggelam dalam "La haulawa quwwataillah".    Berkenaan dengan ini telahpun dibincangkan dalam bicara-bicara yang terdahulu.  Orang yang ikhlas bukan sahaja mendapat lazat dan manis ini sewaktu mengerjakan ibadat,  malahan dapat juga merasainya dari apa-apa sahaja usahanya dalam mensidiqkan sesuatu ibadat itu.

Dengan itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa hanya yang sidiq dan ikhlas dalam amalannya yang boleh diperakui mendapat Qabul(hadiah) dengan Anugerah Allah Taala.

Keterangan Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis;

Dan kata Abu Sulaiman Ad-Daroni ra,;

Tiap-tiap amal yang tiada baginya kesukaan dalam dunia,  bagi tiada baginya balas dalam akhirat.

Keterangan Suluk

Kata-kata sufi di atas teramat mudah dan bermakna sekali.  Bila tidak suka yakni tidak rasai manis dan lazat semasa mengerjakan amal-ibadat di dunia ini,  maka kosong dan hampalah balasan tersebut daripada sebarang balasan di akhirat nanti.

Dengan demikian,  hanya amal yang dapat dikerjakan dengan rasa dan lazat sahaja yang dikira/dinilai sebagai amal yang akan mendapat Qabul dari Allah dan balasannya di akhirat nanti.

Keterangan Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis;

Dan kata setengah mereka itu(sufiah);

Maka adalah

dan Mahabbah itu terlebih tinggi daripada segala Maqam kerana ia Fana barang yang lain daripada Yang Dikasih.

Keterangan Suluk

Bersambung dalam catatan pengajian yang selanjut yang bertajuk Buah Amalan Dan Buah Makrifat

Insya Allah.....jika direzekikan lagi

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar