Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Pandangan Suluk untuk menangkis tuduhan di bawah

Adalah amat dikesali sekali kerana kesucian dan kemuliaan Ilmu Tasauf yang diwarisi oleh Auli-aulia Allah dari para Ambiya telah dinodai dan dicabuli dengan berbagai-bagai tuduhan yang prejudis dan keterluan sehingga ada di kalangan pemikir-pemikir Islam dan Pak-pak Turut yang mengatakan bahawa mereka sesat,  pembawa aliran perosak agama malah kufur.  Di atas punya kesedaran yang tinggi,  adalah menjadi tanggungjawab suluk untuk menjernihkan tuduhan-tuduhan yang berat ini agar suadara-saudara seIslam yang masih samar-samar lagi dengan Ilmu Tasauf,  tidak menjadi keliru dan bingung atau turut terjebak dalam pandangan sempit yang buta lagi dangkal ini.  Walaupun suluk sedar bahawa diri ini masih banyak lagi yang jahil dengan ilmu ini,  namun suluk percaya  bahawa Allah Yang Maha Pemurah telah memberikan kepada setiap hambanya rezeki yang dkadarkan dan mereka hendaklah berbelanja dengan kadar rezeki yang diberikan untuknya.

Suluk telah memasuki satu tapak di al-ahkam online yang memaparkan satu sudut yang bertajuk Sufi -Salafi, Pro dan Kontra di mana terdapat beberapa atikel dari dua orang Profesor yang ternama serta satu diskusi yang membicarakan tuduhan-tuduhan yang boleh dirumuskan seperti berikut;

Yang amat menonjol sekali ialah fahaman hulul dan wahdatul wujud. Ia merupakan penyelewengan tasauf paling besar yang dipelopori oleh al-Hallaj yang telah ditipu oleh syaitan, yang kemudian dia berkata: "Ana Allah." (akulah Allah). Ia bermaksud ALlah berada dalam tubuh manusia, persis seperti pendapat kaum nasrani (Kristian) tentang nabi Isa al-Masih.

Kemudian berlaku lagi penyelewengan yang lebih besar dari itu di dalam falsafah wahdatul wujud yang jelas dapat dilihat di dalam tulisan Muhyiddin Ibnu Arabi dan lainnya. Mereka berpendapat bahawa tidak ada khalik (Maha Pencipta) dan tidak ada makhluk (yang dicipta). Tidak ada rabb (Tuhan) dan tidak ada marbub (yang dituhankan). . Ibnu Arabi mengucapkan:

Sesungguhnya hatiku menerima semua rupa
Biara pendita dan tempat menggembala kijang
Rumah berhala dan ka'bah algojo
Papan Taurat dan Mushaf Quran

Syair di atas jelaslah kepada kita bahawa aliran ini dalam ucapannya adalah aliran perosak Islam.

Dan begitu jua yang disebutkan perkara wuquf qalbi muraqabah ahadiyah al-zat, dan perkataan mereka (La Maujud Illallah) ini adalah sangat2 dusta kerana Allah Taala telah menjadikan segala makhluk seperti langit, bumi, syurga, neraka, nabi2, rasul2, malaikat2, syaitan2, anak2 adam, daratan, lautan dan segala makhluk. Makna perkataan mereka itu membawa mereka kafir kerana mereka berkata maknanya, nabi muhamad s.a.w. dan nabi2 lainnya tidak ada, syurga dan neraka tidak ada, langit dan bumi tidak ada, padahal semuanya itu ada dilihat oleh orang2 dan tidak syak adanya. Maka orang yang berkata nabi dan makhluk itu tidak ada adalah ia mendustakan dan kafir atau gila.

Lihat penyelidikan ole Dr. Fatah Harun mengenai ajaran sesat. Kebanyakkannya dari ajaran ittihad. Ada yang berasaskan kepada ilmu martabat tujuh. Mungkin ramai di antara kita yang biasa bertemu dengan orang-orang yang telah disesatkan setelah belajar ilmu2 ini. Di mana ada diantara mereka yang tidak mengerjakan sembahyang samasekali. Bila ditanya, mengapa nabi dulu sembahyang. Dijawabnya, nabi s.a.w. sembahyang hanya semata-mata mahu menunjukkan kepada orang kafir bahawa di dalam islam juga ada sembahyang.

Lihat dan bandingkan juga teori2 peringkat kejadian alam dan masalah Nur Muhamad dengan beberapa teori falsafah seperti al-farabi dan Ibnu Rusyd dengan teori al-faidh-nya, yang membawa kesudahan kepada pendapat alam ini bersifat qadim

Pancaran ertinya bahwa kejadian alam ini sebagai pancaran dari Tuhan tanpa ada kehendak daripada Tuhan, jadi secara automatik.

Gambaran yang semacam ini adalah gambaran yang bertentangan dengan ajaran Islam, kerana menurut ajaran Islam, Tuhan menciptakan alam daripada tidak ada, dengan kemauan dan keputusanNya.

Di antara pemikiran-pemikiran sufi yang menyimpang dari ajaran Islam adalah:
1. Menjadikan perasaan peribadi atau ilham sebagai kayu pengukur untuk mengetahui yang baik dan yang buruk. untuk membezakan yang betul dan yang salah, sehinggakan sebahagian mereka ada yang secara berlebih-lebihan mengatakan: "Hatiku menceritakan padaku dari Tuhanku." Ia merupakan tiimbal balik dari perkataan ulamak sunnah: Sifulan telah meriwayatkan kepadaku dari sifulan, dari Rasulullah s.a.w...."

Pandangan Suluk untuk menangkis tuduhan di atas