Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 12. 04. 2001 /  18 Muharram 1422)
KEMULIAAN YANG KEKAL
MENJEJAKI MAQAM MERDEKA YANG HAKIKI
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu

Terjemahan dan Keterangan Tok Pulau Manis,  dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari ra yang berikutnya;
 

Jika engkau berkehendak bahawa ada bagimu kemuliaan yang tiada fana',  maka janganlah engkau muliakan dengan kemuliaan yang fana'. 

Keterangan Suluk

Isu pokok yang ingin disampaikan dari Kalam Hikmah di atas ialah berkenaan dengan;

Apabila sudah diketahui dan difahami berkenaan jenis-jenis kemuliaan itu,  maka sudah tentu engkau tidak akan memilih kemulian yang sekejap dan tidak kekal.  Itu pun,  jika engkau memahaminya dan berhemah dengan hemah yang tinggi.

Berkenaan dengan perihal kemuliaan ini,  marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan kefahaman dari........

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Bermula kemuliaan yang tiada fana' itu iaitu kaya daripada segala asbab sekeliannya dengan diperoleh musabbabNya kerana Kekal tiada fana' Ia;  maka takluk dengan Dia Mulia tiada fana.

Keterangan Suluk

Ada pun apa yang dimaksudkan dengan  kemuliaan yang tiada fana' itu  ialah kaya yakni tidak berhajat(tidak memandang) dan tidak mengambil sebarang faedah daripada apa jua asbab sekeliannya;

Dengan kata lain bolehlah kita katakan perinciannya sebagai; Bahkan tidak memandang itu dan memandang ini,  hatta wujud diri sendiri tidak dipandang dengan sebab diperoleh musabbabNya   yakni Pembuat Sebab Yang Menzhohir dan Yang Menjadikan segala sesuatu dengan bersebab dan tanpa sebab iaitu Allah 'Azzawajalla.  Adalah Zat Allah Taala itu adalah sesuatu yang Maha Mulia dan Maha Tinggi lagi Maha Kekal.  Tidak fana' dan hilang sebagaimana lenyapnya kesan-kesan asbab-asbab yang dijadikan oleh Allah. Maka sesungguhnya hanya dengan bersandar dan memandang kepada Allah Taala itulah sebenar-benarnya KeMuliaan;   kerana Allah itu takluk dengan Dia  Mulia
yang  tiada fana atau binasa malahan IaNya Kekal dan Mulia  selama-lamanya.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kemuliaan yang fana' itu iaitu kaya dengan segala asbab serta ghaib daripada musabbabNya.  Maka bahawasanya segala asbab itu fana',  maka takluk dengan dia mulia yang fana;  tiada kekal.

Keterangan Suluk

Keterangan di atas menjawab pertanyaan;  Mengapa selain daripada Zat Allah itu merupakan sesuatu yang tidak mulia dan akan fana?  Sebenarnya sesuatu selain dari Allah itu apabila tiba tempoh waktunya akan fana' atau akan hilang jua kerana mulia yang dipandang itu kaya dengan segala asbab serta ghaib daripada musabbabNya iaitu Kemuliaan itu sebenarnya bergantung dan bersandar kepada sebab-sebabnya dengan melupakan kepada Allah sebagai MusabbabNya.

Inilah sebahagian daripada pengertian kaya dengan segala asbab serta ghaib daripada musabbabNya(Allah).  Boleh itu boleh ini,  tahu itu tahu ini,  capai itu capai ini,  kerana itu kerana ini,  cara in cara itu,  aturan ini aturan itu dengan melupakan kepada Allah sebagai MusabbabNya.

Sekejappun sudah cukup dan memadai,   kerana  dengan memandang kepada keperihalan dirimu,  akan meletakkan dirimu pada golongan mereka yang memilih kemuliaan yang fana'  dengan meninggalkan kemuliaan yang tiada fana'.

Tetapi sebaliknya,  jika engkau memilih Kemuliaan yang tiada fana,  nescaya sentiasa engkau akan bersandar dan memandang kepada Allah Taala dalam setiap waktu dan ketika.
 

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan tiada bagimu melainkan salah satu daripada keduanya kerana bahawasanya kedua itu berlawanan keduanya,  tiada berhimpun.  Maka jikalau engkau pilih kemuliaan  kekal pada Allah,  maka tiadalah kuasa seorang menghinakan.

Keterangan Suluk

Sesungguhnya dalam sesuatu waktu itu,  engkau hanya menduduki salah satu daripada kedua-dua kemuliaan itu.  Tidak akan ada  istilah mulia di dunia dan mulia di akhirat,  malahan apa yang ada ialah;

Tidak akan berhimpun sama sekali dan dalam apa jua waktu sekali pun.
Maka dengan itu,  apabila seseorang memilih kemuliaan yang kekal pada Allah,  maka tidak akan ada sesuatupun yang boleh menghinakan kedudukan dirinya.

Penjelasan dan detail berkenaan ini boleh kita dapati dari.................

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Kata Muaalif ( Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari ra)dalam Kitab Tanwir(Tajul 'Arus);

Maka jikalau engkau mulia dengan Allah 'Azzawajalla,  nescaya kekal muliamu;  dan jikalau engkau mulia dengan lainnya,  maka tiadalah kekal muliamu kerana tiada kekal bagi engkau dengan dia mulia.

Keterangan Suluk

Ini membawa maksud;

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kata setengah mereka itu(sufiah);

Maka hendak jadikan olehmu pada Tuhanmu akan tiap-tiap muliamu,  maka tetaplah ia.  Maka jikalau engkau mulia dengan yang mati,  maka mulia itu mati.

Keterangan Suluk

Satu nasihat dan pesanan yang amat berguna;

Jadilah Tuhanmu semata-mata sebagai tempat mulia untuk engkau hadapkan,   maka dengan itu kemuliaanmu itu akan tetap dan kekal selama-lamanya;  dan jikalah engkau hadapkan kemuliaanmu kepada sesuatu yang mati yakni apa sahaja selain daripada Allah,  maka bila tiba masanya kemuliaan itu akan hilang dan lenyap atau mati bersama dengan sesuatu yang mati itu.


Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan telah masuk seorang atas setengah orang Arif pada halnya ia menangis.  Maka katanya(yang arif);  "Apa kerjamu?".  Maka kata seorang yang menangis itu;  "Mati sheikhku?"  Maka kata arif itu kepadanya;  "Apa engkau jadikan sheikhmu orang yang mati!!!".

Keterangan Suluk

Seorang Arif menemui seorang yang sedang menangis.

Maka tanya si Arif;        "Kenapakah engkau menangis sedemikian rupa""
Jawab yang menangis;    "Sheikh(Guru Mursyid)ku telah mati meninggalkan dunia!"
Maka kata si Arif pula;   "Mengapa bodoh sekali engkau bergurukan dengan
                                        seseorang  yang mati?"

Keterangan ini bukanlah bermaksud  menghalang seseorang itu daripada berguru dengan sesama manusia, atau mengambil sesuatu dari makhluk Allah ,    malahan ianya amatlah diperlukan sekali bagi seorang murid dan salik semasa awal perjalanan.  Jika tidak berguru,  mungkin akan tersesat dan terseleweng nanti.  Apa yang dimaksudkan oleh Si Arif di atas ialah janganlah seseorang murid itu bergantung dan bersandar kepada kehebatan dan keberkatan gurunya semata-mata.  Jadikan guru itu sebagai penunjuk arah kepada guru yang sebenar-benar guru yakni Allah tanpa sedikitpun memandang kepada kesan dan asbab yang dizhohirkan melalui seseorang guru.  Fahamilah wahai diri........dengan kefahaman yang mengenal.
 

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka adalah dengan demikian itu seolah-olah menyuruh akan dikau dengan melazimkan Maqam Tajrid iaitu menghilangkan barang yang lain daripada hati kerana bahawasnya tiap-tiap mulia itu hijab daripada Allah Taala.

Keterangan Suluk

Maka adalah dengan huraian dan keterangan supaya memilih kemuliaan yang tiada fana' dan melupakan kecenderungan serta pandangan kepada sesuatu asbab,  seolah-olah sebagai satu isyarat oleh Sheikh Ibnu Atoillah ra;  yang mengajak engkau supaya menetapkan kedudukanmu pada Maqam Tajrid.

Berbeza dengan maqam asbab yang menetapkan dirimu agar berusaha,  berikhtiar dan bertadbir dengan upaya dan kekuatan yang dijadikan,  maka Maqam Tajrid itu menetapkan agar hilang dan hapus terus,  rancangan-rancangan diri,  tadbir dan usaha,  aturan dan cara yang teradat  untuk menghadapkan pandangan hati itu semata-mata kepada Allah Taala pada setiap waktu dan saat.

Malah dalam Maqam Tajrid ini,  seseorang hamba itu akan mengarahkan dan memusatkan segala zhohir dan batinnya melulu kepada Allah semata-mata tanpa mempersoalkan makan minumnya,  harta-bendanya,  peranannya,  cara dan aturan yang teradat mengikut hal yang dikhususkan buat mereka.

Ini adalah kerana  tiap-tiap mulia yang dipandang pada tadbir diri dan asbab adalah sebenarnya merupakan satu hijab daripada Allah Taala.  Hijab yang akan mendindingi mereka daripada mencapai Kemuliaan Yang Hakiki.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan inilah kesudah-sudahannya itu fana' .  Dan tiap-tiap hina[tajrid di sisi manusia]  itu adalah dalamnya menyampaikan kepada Allah Taala.  Dan adalah kesudah-sudahan itu Baqa' dengan Allah Taala iaitu Maqam Merdeka.

Keterangan Suluk

Dengan menetapkan diri pada Maqam Tajrid yang melupakan segala sesuatu selain daripada Allah,  malahan melupakan terus kewujudan dirinya,  maka inilah menunjukkan kepada isyarat dan pengertian berkenaan kesudahan atau sut fana.

Walaupun di sisi kebanyakan manusia,  dengan bertajrid itu  menjadikan seseorang itu hina;

Namun,  di sisi Allah itulah jalan yang menyampaikan kepada Allah Taala tanpa sebagai pesyirikkan atau pelanggaran adab.  Inilah hakikat Fana'  sehingga diri yang memandang pun hancur musnah dalam Kemuliaan Yang Maha Sempurna dan Kekal itu.

Dan adalah kesudah-sudahan jalan untuk sampai kepada Allah itu ialah Baqa' dengan Allah Taala   yakni hidup kekal dengan Allah,

Sebati dan berjelira dengan Keagungan dan Kemuliaan Allah Yang Kekal tiada binasa selama-lamanya.  Tubuh  di bumi tetapi hati di sana.    Seumpama cermin ada tidak cat merah dari kedua-dua belah pihak.  Lepas bebas daripada Daerah Hissi atau kurungan perasaannya dan kesan wujud dirinya.  Inilah apa yang dimaksudkan sebagai Maqam Merdeka.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan Maqam Merdeka itu

kerana bahawasanya


Keterangan Suluk

Sebagai rumusannya berkenaan Kemuliaan yang membawa kepada maksud Kesempurnaan Merdeka,  maka bertemulah kita berkenaan dengan beberapa petunjuk yang besar.  Apa yang ingin dimaksudkan dari perjalanan seorang Salik ialah kemerdekaan yang total dan sebenar-benarnya perlepasan daripada sebarang persyirikan.  Kemerdekaan yang lepas bebas daripada bentuk penyembahan perasaan dan perhambaan(kecenderungan dan tilik hati) kepada sesuatu selain daripada Allah.

Kenapa dan mengapa mesti disempurnakan dengan Tajrid;  tidak sebagaimana yang dianjurkan pada mula-mula perjalanan dahulu dengan menetapkan diri pada Maqam Asbab?.  Sila lihat tajuk ini sebagai peringatan kembali buat mereka yang baru berjalan Syirik Yang Tertsembunyi

Ketahuilah,  apabila Allah Menghendaki dan memberikan kebaikan yang Mulia di sisinya,  maka akan diperintahkan mereka untuk meninggalkan Maqam Asbab dengan melazimkan Maqam Tajrid.  Di Maqam Tajrid inilah kesudahannya dan penghujung jalan seorang si pengembara;

  • Bergantung dan bersandar kepada kemuliaan hal atau maqam seperti abid,  alim,  wara' dan zahid tidak akan kekal malahan semua hal dan maqam itu termasuk dalam bidang sesuatu yang akan binasa;
  • sebaliknya jika mereka mulia dengan Allah,  maka adalah bagi mereka Maqam yang kekal dan tiada fana'
  • kerana bahawasanya tergolong daripadanya segala hal fana iaitu barang yang lain daripada Haq Taala;    yakni hal fana itu sendiri merujuk kepada hapusnya dan hilangnya sesuatu selain daripada Allah.  Hanya Allah yang tidak fana malahan kekal selama-lamanya.  Di manakah lahi hakikat wujud dan mulia diri?
  • dan jadilah ia daripada Ahli al-Baqa'
  • sesudah Fana' daripada cenderung dan  memandang segala Hisiyah(perasaan ada itu ada ini,  boleh itu boleh in dan apa sahaja itu ini yang ada)
  • dan 'adam segala martabat makhluqiyah.  yakni jadilah mereka daripada Ahli Al-Baqa sesudah hilang dan hapus segala sesuatu yang dikaitkan dengan mumkinil maujud yang bersifat kemakhlukan.  Mata yang melihat seumpama menembusi kepada Pembuat Sebab dan Makhluk,
  • Bersambung lagi dalam catatan pengajian yang berikutnya ....Keramat Yang Hakiki

    [[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]
    Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
    Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar