Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

August 25, 1999

 

Assalammualaikum wbt.

Bertemu kita lagi yer. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana dapat kita melalui hari-hari yang berlalu. So, apa khabar kengkawan sekelian? Di harap, ok, takde sakit-sakit yer. Aku macam biasa. Syukur, takder demam-demam, selsema, cuma sakit tekak ajelah sebab hisap rokok lebih. Tak bagus hisap rokok ni. Cepat jalan. Walaubagaimanapun, kalau nak jugak hisap rokok, hisaplah. Takde kuasa aku nak larang. Tapi kalau mereka yang nak mula tu, toksah ler, buang karan ajer. Duit habis, habuk pun tarak. Habuk rokok banyakler. Nanti takder kerja lain, asyik melados ajer. Lama-lama, sesak nafas, kena kanser. Kan takda faedah tu. (nasihat ajeler, diri sendiri pun takleh jager… J )

Piala Malaysia dah start playoff. Nak pilih team untuk masuk Malaysia Cup dgn div satu season depan. Amacam dengan team kengkawan. Aku satu ajeler. Respect betul kat team melaka tuh. Tarak harapan, paper buat tak layan, penyokong sendiri pun segan, tup tap tup tap, dua game dah menang. bAgus. Syabas. Jangan lepas ni lupa diri dah. Teruskan usaha tu. Orang kata, selagi tak tamat 90 minit tu, selagi tuh tak habis lagi game. (ingat tak Man Utd lawan Bayern Munich) Team lain pun sama jugak. Jangan cepat putus asa. Tak bagus. Kepada penyokong lak, turunlah padang. Bagi sokongan kat diorang ni. Jangan asyik dok mengomplen ajer. Yang dah lepas tu, biarlah (teringat sukan sea L ). Yang penting, future make sure bagus. Kalau asyik dok komplen benda yang lepas, sampai bila pun tak maju. Syabas jugak buat adik titus. Pandai betul juggle bola yer. Nanti, bila sampai oversea, belajar lak cara main bola, untung untung dapat jadik macam beckham. Jangan lak balik nanti, still juggle bola yek.

Hari ni aku pi register kereta kat tempat aku ni. Aduh, mahal betul. Habis jugak ler dekat US$200. Tuh baru register kereta baru. Belum lagi campur insurans, repair situ sini, tayar, exhaust. Uhuk uhuk uhuk, mahal betul. Tapi aper boleh buat, dah nak pakai kereta, sabar aje ler. Bak kata orang,"dugaan…". Kat sini, harga kereta murah giler, tapi nilah, yang extra extra bende ni ler yang mahal. Kalau rosak, siap. Mekanik bukan macam kat klang, seratus dah macam macam boelh buat. Kat sini seratus tu setakat upah ajer tu. Belum campur barang nyer lagi tu. Hehehe… pelikkan. Kalau bullet tu, 5, 6 ribu ajer boleh dapat sebijik. Kalau convert pi duit kita pun, kurang 30 ribu. Tapi, kat malaysia jugak yang syok kalau nak borak pasal kereta ni yer. Ni aku cerita ni tiga tahun yabg lepas ler. Maklumlah, dah dekat tiga tahun tak balik malaysia.

Dulu masa time aku, kalau nak angkat kereta, make sure yang sporty, kalau boleh dua pintu. Empat pintu pun boleh gak. Tapi makhruh ler. Hehehe… main main ajer yer. Kalau ader duit sikit, angkatler iswara, tak pun laser tx3 ker, mayat ker. Kalau ader duit banyak sikit, angkat ler bullet ker, wira ker, tak pun angkat jer crx, prelude ader mahal sikit ler. Kalau ader duit terlebih, baru angkat audi ker, celica ker, supra ker, rx7 ker, zx ker, evo ker. Pikir kena bebetui. Make sure angkat kereta yang buat awek pandang tiga kali. Sekali kat kereta, sekali lagi kat kereta, yang ketiga tu sah sah kat driver. Hehehe… kalau nak angkat kenelah buat baik ngan mak bapak, at least lima enam bulan punyer projek. Balik rumah hujung minggu. Makan dinner sama sama. Hari ahad keluar dangan mak bapak, jalan jalan keliling kota. Aduh. Penat dulu siut nak buat baik ni. Hehehe… lepas ajer bapak kasik green light, buat ler pilihan, ikut budget yang mak bapak kasik. Jangan lak melebih, nanti tak dapat lak.

Lepas dah dapat kereta tuh, make sure jangan bagitau kengkawan. Senyap senyap dulu. Kalau nak bagitau pun, bagitau kawan rapat sorang ajer. Kalau ader awek, lagi rahsia. Kang banyak lak tempat kena bawak pergi. Cariklak pomen power nyer. Mula mula, pikir dulu dgn kawan rapat tuh. Ape nak letak, ape nak bikin, ape nak improve. Lepas tuh, baru pi jumpa pomen tu. Make sure survey dulu harga. Ni kang nak jugak mintak dari mak bapak lagi. Sport rim wajib ader. Tayar ikut kereta ler. Lagi besar kereta, lagi besar ler sport rim nyer, lagi mahaller harganyer. Dah siap pasal tayar, nak lak buat decision paling penting, nak make up kereta ajer ker, atau nak bikin engine kasi power, atau kedua dua nyer sekalik. Tak ker leceh tu. Ni make sure pikir betul betul. Kang kalau dah make up, lepas tu baru nak bikin engine, tak ker susah, nak cabut itu ini. Kang kalau dah bikin engine lak, nak make up, duit lagi. Duit duit duit…….

Alamak kengkawan. Dah nak pukul tiga ler. Ni kalau aku teruskan ceriter pasal kereta ni, sampai besok pagi tak habis. Okler. Aku kena chow dulu, tapi aku janji, lain kali kalau ader kesempatan, aku sambung lagi pasal kereta ni yer.

Adios wal karambus…………

Asslammualaikum wbt.

p.s. "make sure kereta lawa, baru lah awek mengada… "

 

 

Coret-coret