Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yan ma'ruf dan mencegah kemungkaran dan ( kaum ) beriman kepada Allah ".

(Al-Imran : 10 )

MANHAJ NABAWY
Oleh : Fathi Yakan
( Tokoh Gerakan Ikhwanul Islam Lubnan )

Terjemahan Oleh : Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang

Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tidak ada kekuatan melainkan kepunyaan Allah S.W.T. Dia Tuhan yang awal dan akhir yang tidak ada dahulu daripadanya dan tidak ada yang terkemudian daripadanya.

Kami beriman dengan Allah sebagai Tuhan. Kami kufur dengan setiap yang disembah selain Allah. Kami yakin Islam sebagai agama dan pegangan.

" Barang siapa yang mencari selain dari Islam sebagai cara hidupnya, selama-lamanya tidak akan diterima dan di akhirat ia termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. "

Kami beriman dengan Rasulullah S.A.W sebagai qudwah, ikutan dan uswah yang paling baik. Kami yakin jihad sebagai jalan ke arah syurga.

" Sesungguhnya syurga itu berada di bawah silauan mata pedang. "

Jalan ini jugalah yang telah diikuti oleh para sahabat R.A bersama dengan Rasulullah S.A.W. Bermula dari rumah Al-Arqam Ibnu Al Arqam kemudian seterusnya mereka mengikuti perjuangan yang besar untuk menegakkan Islam agama Allah S.W.T. sehingga terbukti kemenangan kepada kebenaran, kehancuran kepada kebatilan.

Prakata

Aiyuhal-ikhwah, saya sungguh berbahagia ketika yang diberkati ini, di mana Islam telah menghubungkan antara sesama kita tiada perniagaan dan perniagaan yang menghubungkan kita. Perhubungan kita adalah perhubungan dengan kalimah itulah menyebabkan kita tidak berbeza antara orang lubnan dengan Malaysia, Pakistan dan lain-lain. Inilah perhubungan yang mengikat antara sesama kita.

Al Ikhwah yang dikasihi,

Muka-muka yang bercahaya dan hati-hati yang bersih yang dipenuhi Iman. Semoga dengan pertolongan Allah S.W.T perjumpaan ini diberkati. Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.

" Mana-mana perjumpaan dan perhimpunan di rumah Allah dipenuhi dengan membaca kitab Allah, mengingati Allah akan diliputi dengan rahmat Allah dan malaikat merendahkan diri dan menghamparkan sayapnya bermohon kepada Allah. "

Semoga perjumpaan kita adalah perjumpaan yang seperti itu.

Al Ikhwan sekalian,

Apabila kita bercakap pada hari ini tentang perjuangan Nabawy di dalam dakwah Islam untuk menegakkan Islam kita memperkatakan tentang sifat Rabbani (Ketuhanan) yang ada pada dakwah tersebut yang bersih dari segala sifat yang lain. Di sana terdapat keimanan yang mutlak, kepahlawanan yang hebat, pendirian yang teguh (tidak berlembut dengan sebarang penentangan) yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan menjadi dasar. Kita juga tidak berganjak dengan dasar itu.

Firman Allah Taala :

Dan bahawasanya inilah jalan ku yang lurus, maka ikutlah dia, dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain kerana jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.

Inilah sifat yang menggambarkan keteguhan, kekuatan dan kepahlawanan yang tidak memberikan walad kepada yang lain daripada Allah S.W.T dan ntidak menyerah kalah kepada thoghut yang ada di atas muka bumi ini.

Al Wala'

Aiyuhal-Ikhwah, manhaj nabawy dalam menegakkan Islam memperlihatkan;

Pertama :

Perjuangan Rasulullah S.A.W yang pertama dan utama ditegakkan di atas dasar yang teguh dan kuat. Bertolak dari perjuangan yang terus menerus yang tidak putus (teguh, tetap dan berterusan) menolak walad kepada yang lain daripada Tuhan semesta alam (menerima - walad - ketundukan dan kepatuhan hanya kepada Allah).

Tanpanya perjuangan itu tidak akan tetap menghadapi jahiliyyah dan tekanan-tekanannya. Untuk meneguhkan dasar dan prinsip (proses) berlaku dalam masa 13 tahun (diperingkat Makkah). Inilah peringkat meneguhkan asas yang kuat kepada perjuangan Islam yang berterusan hingga sampai kepada Islam yang dalam keadaan kita berada pada hari ini.

Ya, Ikhwatul Islam,

Maksud walad kepada Allah S.W.T bukan bermakna di peringkat ibadat sahaja (sembahyang, puasa, zakat dan haji dalam melakukan kerja-kerja ibadat sahaja) tetapi dengan makna yang syumul (menyeluruh) meliputi keseluruhan hidup akhlak, muamalat, ekonomi dan segala-galanya sebagaimana yang terkandung dalam .........

Firman Allah Taala :

Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidup dan kehidupanku dan matiku hanyalah bagi Allah Tuhan semesta alam.

Walad dengan makna yang syumul bukan seperti yang difahami oleh kebanyakan orang Islam hari ini, walad yang terputus-putus (walad yang verpisah antara satu sama lain). Di dalam sembahyang mereka walad kepada Allah tetapi di parlimen dan di institusi pemerintahan (dalam bidang-bidang lain) mereka tidak ada wala kepada Allah.

Generasi Islam yang pertama yang julung bersama Rasulullah S.A.W telah menyatakan walad mereka dalam seluruh kehidupan sebagaimana yang dimaksudkan (walad dalam pengertian Islam yang sebenar).

Aiyuhal-Ikhwah,

Kita dapat merasai dan memahami pengertian walad melalui sirah nabawiyyah melalui perjuangan Rasulullah S.A.W yang tidak mampu dikumpulkan oleh tulisan-tulisan yang termuat dalam buku-buku dan kitab-kitab yang tidak mampu dan cukup untuk disampaikan dalam majlis-majlis ceramah dan ucapan yang kaya dengan peristiwa- peristiwa (antaranya) memberi pengertian walad.

Gambaran Walad

Rasulullah telah berjaya memalingkan sifat walad yang ada pada orang jahiliyyah kepada walad (dalam ertikata sebenarnya) kepada Allah S.W.T ini terkandung dalam pengertian :

Antaranya terbukti dalam sirah perjuangan yang berlaku kepada Bilal Al habsyi R.A. Meskipun diseksa, ditekan dan ditindas tetapi tetap teguh dengan mengatakan :

Tidak berganjak dan tidak mengubah akidahnya dan pendiriannya dalam seluruh hidupnya walaupun tidak mampu melakukan penentangan dan dalam keadaan yang lemah.

Begitu juga walad yang ditunjukkan oleh Jaafar Bin Abi Talib dan Muhajirin ke Habasyah. Mereka telah menunjukkan walad secara praktikal di hadapan maharaja Najasyi (Maharaja Habasyah). Apabila yang hadir sujud kepada maharaja Najasyi tetapi Jaafar dan orang-orang Islam yang berhijrah tidak sujud kepada maharaja lalu mereka ditanya :

" Mengapa kamu tidak mengadakan penyembahan pada raja seperti yang kami lakukan. "

Dengan tegas Jaafar menyatakan (walad kepada Allah S.W.T.) :

" Kami adalah kaum yang tidak sujud hanya kepada Allah Subhanahuwa Taala sahaja. "

Al-Ikhwah yang dikasihi,

Walad kepada Allah bukan sahaja mengubah pegangan tetapi juga mengubah jiwa dan perangan umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W.

Contohnya : Seorang belia Mus'ab Bin Umair R.A yang hidup berpoya-poya dengan kemewahan. Apabila beliau mengikut Islam (mengikut Nabi Muhammad S.A.W.), ibunya mengambil tindakan tidak memberinya duit. Mus'ab yang (biasa) hidup dalam keadaan mewah dan berpoya-poya tidak merasa terjejas dengan tindakan. Ini kerana walad telah mengubah sikap dan perangainya, yang menghairankan ibunya sendiri. Kehidupan Mus'ab telah bertukar kepada kehidupan secara Islam, berakhlak Islam dan meninggal langsung agama (cara hidup) nenek moyangnya. Lalu ibunya telah membuat ancaman yang kedua dengn melakukan mogok lapar beberapa hari mengancam Mus'ab R.A supaya meninggalkan agama Islam. Apabila masuk hari yang ketiga ketika keadaan badan ibunya telah berubah iaitu penat dan pucat lalu Mus'ab bertemu dengan ibunya dan dengan tegas (melahirkan walad kepada Allah S.W.T) menyatakan :

" Kalau sekiranya diberi kepada ibu seratus nyawa dan nyawa itu dicabut satu demi satu, saya tidak akan berganjak dengan pegangan Islam. "

Tasawwur Yang Syumul Meruntuhkan Jahiliyyah

Kedua :

Di antara perjuangan Rasulullah S.A.W ialah baginda bertolak dengan Islam dan membawa Islam di dalam masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan fahaman jahiliyyah mereka. Berjuang untuk mengubah jahiliyyah dalam segala aspek (akhlak, tarbiyyah dan segala sistem yang ada dalam jahiliyyah itu).

Telah menjadi kelaziman golongan jahiliyyah tidak akan mudah menyerah kalah kecuali mereka dihancurkan. Inilah perangai jahiliyyah disepanjang zaman. Inilah juga jahiliyyah di zaman Rasullah S.A.W.

Mereka berdiri teguh menghadapi seruan Islam yang dibawa Rasulullah S.A.W. dengan berbagai-bagai cara. Antaranya mengemukakan kepada Rasulullah S.A.W. tawaran pangkat, hartabenda dan segala-galanya (malah lebih banyak dari itu) melalui bapa saudaranya dan orang lain Rasulullah memberikan jawapan tegas :

" Kalau diletakkan matahari dikananku dan bulan ditangan kiriku ataupun aku binasa supaya aku meninggalkan dakwah ini nescaya aku tidak akan berganjak. "

Akhirnya Quraisy mengubah cara mereka (uslub) dalam menghadapi Rasulullah S.A.W dengan memberikan tawaran untuk mundur sebanyak 50 % dengan Rasulullah S.A.W menyerah sebanyak 50% iaitu mereka melakukan ibadat selama sebulan dan Rasulullah pula melakukan kerja jahiliyyah mereka selama sebulan. Uslub ini telah diberi jawapan oleh Allah kepad Rasulullah S.A.W.

Ini merupakan jawapan tegas iaitu tiada tolak ansur dalam menyampaikan Islam ini.

" Kami tetap dengan agama kami sebagaimana kamu tetap dengan agama kamu. "

Al Ikhwah,

Itulah (diantara) yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W selama 13 tahun melalui jalan Tarbiyyah iaitu penanaman akidah dengan tidak gopoh diberi kemenangan dan tidak gopoh bertindak melalui peperangan. Rasulullah meminta mereka supaya bersabar :

" Kamu jangan gopoh dan sesungguhnya kamu adalah kaum yang gopoh. "

Iaitu ketika diminta kemenangan oleh sahabatnya atau supaya bertindak balas. Rasulullah pernah menasihati keluarga Yasir dan menyapu darah yang ada pada badan mereka :

" Wahai keluarga Yasir bersabarlah kamu. "

Bermula Mencari Asas Dan Melengkapkan Dengan Ciri Dan Sifat Yang Perlu

Marhalah (peringkat) pertama dalam manhaj dakwah Rasulullah S.A.W ialah membina akidah yang teguh dan kuat dikalangan lelaki dan perempuan (yang akan menghadapi cabaran bukan sahaja di Semenanjung Tanah Arab tetapi di seluruh alam) yang berkewajipan menyampaikan Risalah Islam itu.

Harakah Islam hari ini hendaklah mempelajari yang berlaki ini mereka mestilah memulakannya dengan membina akidah yang kuat (pegangan yang kuat), jangan memandang kepada natijah (keputusan) perjuangan sahaja. Hendaklah dibina iltizam dengan Islam, walad kepada Allah S.W.T sebelum menghadapi perjuangan dalam segala bidang dan akan menempuh segala ujian dan cubaan.

Asasnya

Al Ikhwah sekalian,

Hendaklah fahami bahawa bangunan yang tegak dengan tinggi dan teguh itu ialah bangunan yang mempunyai asas yang kuat dan dalam. Sekiranya bangunan itu tidak diasaskan dengan demikian maka ia mudah roboh dan runtuh. Inilah untuk perjuangan Islam. Perjuangan mesti berlaku, pertarungan mesti berlaku dan tidak dapat dielak oleh kita sekalian. Amat penting kepada kita meletakkan asas. Alangkah baik jika kita berpandu kepada kata-kata berhikmat dan bermakna oleh seorang yang soleh ' Al Muhallaq ' :

" Belajarlah kamu, sebelum kamu menjadi pemimpin. "

Al Faqqihu Fil Islam

Bukan sahaja kita faham Islam dan mempelajari Islam, kita juga mempelajari segala-galanya dan memahaminya. Kita fahami apa dia Islam dan memahami apa yang bukan Islam (ghairul Islam). Kita fahami fikrah Islamiah kemudian fikrah yang bukan Islam (jahiliyyah).

Orang-orang yang benar-benar akidah ialah orang yang mengetahui kelemahan dan kejahatan kominisme (lain-lain Isma), penyelewengan materialisme dan sistem bukan Islam.

Kita pelajari bahasa-bahasa asing (yang lain). Sesiapa yang mempelajari bahasa asing maka (InsyaAllah) ia akan terselamat dari tipu daya mereka.

Inilah persediaan yang syumul (lengkap) dalam segala cabarannya.

Peringatan

Al Ikhwah sekalian hendaklah faham bahawa:

" Saya tidak akan belajar kominisma selagi jiwa saya belum diisi dengan jiwa Islam. "

Kita tidak boleh mempelajari kapitalisma selagi jiwa tidak diisi dengan jiwa Islam. Hendaklah diisi dengan Islam terlebih dahulu kemudian kita pelajari yang lain, kita ambil yang dapat kita ambil dan kita tentang mana-mana yang mesti ditentang.

Tawakkal Dan Wasilah

Bukanlah walad menurut Islam dengan kita menunggu kemenangan tanpa sebab dan tidak mencari sebab. Adalah salah sekiranya bertawakkal cukup sekadar kita iltizam dengan Islam untuk menghadapi musuh tanpa persediaan untuk menghadapi musuh.

Kita mesti memerhati apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Di samping baginda iltizam dengan Islam menurut perintah Allah S.W.T baginda menyediakan kekuatan dan bermesyuarat mengambil keputusan. Apabila mendapat keputusan :

Di dalam peperangan badar walau jumlah mereka sedikit dan persediaan mereka tidak lengkap hingga terdapat di kalangan mereka menggunakan pedang yang diikat dengan kain buruk (persediaan mereka lemah) tetapi mereka mengadakan persediaan itu mengikut kemampuan yang ada pada mereka itu barulah mereka bertawakkal kepad Allah S.W.T.

Allah mengambarkan semua itu dalam Firmannya :

" Ketika kamu memohon pertolongan dari Allah lalu Allah menurunkan pertolongannya dengan seribu malaikat. "

Inilah yang memberikan kekuatan pada orang-orang Islam. Pertolongan Allah itu benar dan sebenarnya datang tetapi ia datang bukanlah dengan kita tidak mencari sebab kekuatan umat Islam.

Kita hendaklah memahami di antara ' Tawakkal dan Tawasul ' (mencari sebab dan kekuatan dan memohon pertolongan Allah).

Tanzim

Hal (perkara) yang tidak dibuat (tidak diberatkan) oleh gerakkan Islam hari ini ialah organisasi, penyusunan dan pentadbiran yang baik. Sedangkan Rasulullah S.A.W melakukan semua itu dalam kehidupan baginda dan memerintahkan kita melakukan itu semua. Terdapat di antara hadis Rasulullah S.A.W .:

"Jika sekiranya kamu bertiga dalam keadaan musafir maka kamu hendaklah melantik salah seorang dari kamu menjadi ketua."

Dalam hadis ini kita faham perlunya tanzim (penyusunan organisasi dan kepimpinan).

Dalam bai'atul 'aqobah ketika Rasulullah melakukan mubai'ah apabila jumlah yang bermubai'ah itu melebihi 70 orang baginda melakukan mubai'ah secara rahsia tidaklah berbaris dalam saf yang panjang dan melakukan mubai'ah seorang demi seorang. Baginda menyusun dan membahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai ketuanya dan mubai'ah dilakukan melalui ketua kumpulan.

Satu dalil lagi dalam peperangan badar. Rasulullah S.A.W menyusun saf tenteranya dengan cara yang tersusun rapi. Baginda tinggal tidak berapa jauh dari pasukan tentera Islam dan berada di tempat yang disediakan oleh para sahabat. Setelah baginda bertadarra ' (memohon kepada Allah pertolongan) lalu baginda turun di tengah-tengah tentera Islam membetulkan saf mereka. Sehingga baginda bertindak dengan tongkatnya supaya Sawad Bin Ghaziyah membetulkan dirinya dalam saf iaitu dengan mengenakan tongkat pada badan ' Ghaziyah '. Ghaziyah mundur kebelakang dalam membetulkan saf tetapi bertindak pula dengan tindakan luar biasa dengan berkata :

" Wahai Rasulullah berilah saya peluang membalas apa yang ditindak oleh Rasulullah. "

Rasulullah S.A.W walaupun beliau adalah penghulu para Nabi dan Rasul serta penghulu anak Adam tetapi Rasulullah S.A.W dengan sifat rendah diri memikirkan baginda mungkin telah melakukan kesalahan (kesilapan) lalu membuka dadanya meminta supaya ' Ghaziyah ' bertindak balas.

Tetapi ' Ghaziyah ' telah melakukan tindakan yang lain iaitu mencium Rasulullah S.A.W dan pulang kepada safnya lalu ditanya Rasulullah S.A.W

Dijawab oleh ' Ghaziyah ' :

" Sesungguhnya saya percaya dan yakin akan janji Rasulullah S.A.W sesiapa yang berjuang pada hari ini yang tidak mundur kebelakang akan masuk syurga. Dengan keyakinan janji inilah saya melakukan tindakan itu supaya sentuhan saya dengan Rasulullah merupakan sentuhan yang akhir. "

Penutup

Aiyuhal Ikhwah,

Di antara pengajaran yang perlu di ambil dalam perjuangan Rasulullah S.A.W ialah penyatuan hati dan saf di kalangan umat Islam. Rasulullah S.A.W memberi perhatian yang berat. Sebarang saf yang putus akan dicelah dan diambil peluang oleh musuh dan syaitan.

Baginda dalam suatu hadis pernah menyatakan perbandingan persaudaraan sesama Islam samalah anggota satu badan apabila satu badan sakit maka semuanya akan merasa sakit. Di dalam Al Quran kita juga diperingatkan supaya kita jangan jadi seperti orang yang bertelingkah.

Adalah menjadi kewajipan kita menguatkan saf kita dalam menghadapi cabaran dalam menegakkan negara Islam. Rasulullah S.A.W telah berjaya membina kekuatan yang padu dan kuat, meruntuhkan jahiliyyah, menawan khaibar dan menumbangkan empayar Farsi dan Rom. Ini adalah kerana dasar walad hanya kepada Allah, dasar jammah dan penyatuan yang teguh di antara sesama Islam.