|
| Menu Utama | Perisian | Perkakasan |
SUARA ( SOUND )
|
3. Audio1.1 Pengenalan Semua maklumat tidak semestinya berbentuk visual semata-mata. Adakalnya audio juga boleh digunakan pada sesetengah keadaan. Audio atau bunyi merupaakan antara elemen multimedi yang sepatutnya diambilkira ketika perancangan pembangunan sesebuah aplikasi multimedia. Audio merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk menarik perhatian pengguna. Kesan bunyi yang ringkass dengan mudahnya boleh digunakan bagi menarik perhatian dalam pelbagai aspek sesebuah persembahan maklumat. Bagi persembahan yang lebih kompleks, suara latar atau “voice over” dengan iringan muzik pastinya mampu untuk meningkatkan perhatian dan menjadikan sesebuah persembahan lebih menarik dan menyeronokkan. Unsur audio juga boleh diterapkan di dalam sesebuah persembahan multimedia bagi menyampaikan maklumat serta mempertingkatkan keseronokan, meningkatkan minat dan mencorakkan sesebuah persembahan multimedia. Bagi tujuan penghasilan dan juga penyuntingan audio, seorang pakar audio amat diperlukan. Pakar audio bertanggungjawab untuk menghasilkan atau menyunting audio bagi digunakn di dalm pembangunan sesebuah aplikasi multimedia. Antara kaedah yang membolehkan audio diimplementasikan adalah sebagai: ü Kesan muzik yang istimewa ü Penceritaan atau suara latar ü Kesan bunyi khas ü Muzik latar belakang. v Tekan suara diukur dalam unit decibel (dB) v Terdapat tiga format fail audio Ø .wav untuk platform Windows Ø .au untuk platform Unix/ Internet Ø .ra untuk platform Internet Ø .aif untuk platform Macintosh / SGI 1.2 Rakaman Suarav Suara boleh dirakam melalui: 1. Rakaman menggunakan mikrofon ¨ sesuai untuk rakaman suara saja ¨ sambungkan mikrofon terus kepada bunyi 2. Rakaman menggunakan CD ¨ sesuai untuk memindahkan klip muzik dari CD ke caker liat ¨ memerlukan pemacu CD-ROM 3. Rakaman menggunakan line-in ¨ seuai untuk merakam klip bunyi dari pita kaset biasa ¨ sesuai untuk rkaman isyarat pelbagai yang dicampur melalui pelbagai saluran mixer
|
| Menu Utama | Perisian | Perkakasan |