|
| Menu Utama | Perisian | Contoh |
PENGENALAN
|
|
2. Grafik2.1
Pengenalan Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi membangunkan sesebuah aplikasi multimedia. Grafik membawamaksud maklumat atau informasi yang disampaikan kepada seseorang pengguna sama ada dalam bentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D dan 3D. Maklumat tersebut mungkin berupa histogram mudah, plot maklumat, ilustrasi sehingga ke peta kompleks atau reka bentuk kejuruteraan yang ditandakan denganabjad-abjad serta dipaparkan dengan pelbagai warna. Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk merangkan konsep yang tidap dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ianya mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan tangkapan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza. Grafik dikatakan sumber penyampaian maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang disampaikan oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai day ketahanan serta daya ingatan yang lebih tinggi. 2.2
Integrasi Grafik Grafik boleh diintegerasikan ke dalam sesebuah aplikasi multimedia melalui pelbagai cara. Antaranya ialah : ü Latarbelakang skrin ü Antaramuka pengguna ü Fotograf atau gambar foto ü Gambar 2 atau 3 Dimensi ü Carta ü Kartun ü Lukisan ü Butang dan ikon Kesemua grafik ini boleh dihasilkan sendiri dengan bantuan teknologi perkakasan dan perisian komputer yang semakin canggih. Ianya jug boleh dibeli dari syarikat-syarikat komersial yang terlibat dalam bidang multimedia untuk digunakan di dalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia. 2.3
Langkah-langkah Sebelum
Memasukkan Imej
(i) Perancanganü Memastikan setaip jenis gambar yang ingin dimasukkan dari pengimbas, dari gambar yang sedia-ada atau dari lukisan sendiri (ii) Organisasi Peralatanü Menggunakan peralatan yang sedia ada dalam alat pengarang yang akan digunakan (seperti butang) ü Jika tidak dibekalkan dalam alat pengarang, gunakan fungsi import dari kemudahan alat pengarang lain (iii) Multiple monitorü Adalah lebih baik mempunyai lebih daripada satu monitor untuk memudahkan pengubahsuaian dibuat pada setiap sudut daripada imej yang dipaparkan. 2.4 Kaedah Mendapatkan Imej1. Pengimbasan Imej v perlukan scanner v adalah lebih baik jika simpan fail dalam saiz asal 100% atau lebih besar sikit untuk memudahkan kerja pemprosesan gambar. v Ini kerana imej yang kecil apabila dibesarkan tidak akan kelihatan jelas berbanding dengan imej besar yang dikecilkan semasa pemprosesan v Simpankan fail dalam bentuk RGB true color untuk memudahkan pemprosesan seterusnya 2. Pemprosesan Gambar v crop imej kepada saiz yang diperlukan v gunakan paintbrush atau baldi untuk mewarnakan semula latarbelakang gambar kepada warna yang seragam v gunakan penitis untuk memilih warna yang sedia ada pada imej yang diproses v gunakan icon huruf untuk memasukkan teks atau tajuk pada gambar v ubahsuai ciri-ciri gambar seperti kecerahan, ketajaman imej, imbangan warna RGB (merah-hijau-biru) dan sebagainya jika perlu. v Sample semula imej kepada saiz yang dikehendaki, iaitu suatu peratus tertentu daripada saiz imej yang asal v Simpan imej tersebut sebagai fail format .gif atau .jpg yang boleh digunakan pada Internet 3. Persediaan Untuk Uploading v Terdapat 2 format fail yang popular Ø gif Ø jpg ¨ GIF ( Graphics Interchange Format) î format yang tidak bergantung kepada platform î sesuai untuk dihantar melaui sambungan modem î format fail ini selalunya dimampatkan dari 1 hiingga 256 warna î kadar mampatan biasanya dalam nisbah 3:1 ke 5:1 î dua piawaian yang digunakan : 87a dan 89a (transparent) î membenarkan kelutsinaran 1 bit iaitu membenarkan sesuatu warna itu ditakrifkan sebagai tidak dapat dilihat (lutsinar) î ia membenarkan paparan warna maksima sebanyak 256 warna. Jika lebih berlakunya kehilangan data î membenarkan imej berjalin (interlaced images) di mana setiap baris yang ke 8 dipaparkan dahulu diikuti oleh baris yang ke 4, ke 2 dan seterusnya ¨ JPEG (Joint Photographics Expert Group) î format yang dimampatkan serta lossy, menampung lebih dari 16 juta warna (24 bit) î paling sesuai untuk imej, khasnya foto berwarna penuh dan imej alam semulajadi jenis grayscale î paling sesuai jika imej mempunyai lebih dari 16 tone î tidak sesuai untk imej kecil atau imej yang mempunyai bucu tajam î format ini bagi contohnya imej foto boleh menjimatkan ruang dalam kadar 10:1 berbanding dengan format gif 2.5
Jenis-jenis Format Lain ´ Microsoft Windows DIB bmp ´ Micrografx Designer / Draw drw ´ CompuServe gif ´ Jpeg jpg ´ PC Paintbrush pcx ´ Lotus 1-2-3 Graphics pic ´ TIFF tif
|