Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

 

 

Sampaikanlah 

 

 

 

 

 


> Berikut ini, ialah khutbah terakhir Nabi Muhammad

> s.a.w. disampaikanlah pada 9hb Zulhijjah Tahun

> Hijriyah di Lembah Uranah, Bukit Arafah.

 

> Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang

> hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah

> aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas

> tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti

> kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-

> orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari

> ini.

>

> Wahai manusia sepertimana yang kamu menganggap

> bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka

> anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim

> sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang

> diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang

> berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa agar orang

> lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa

> sesunggohnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia

> pasti membuat perhitungan di atas segala amalan

> kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu

> segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan

> mulai sekarang.

>

> Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan

> agama kamu. Dia telah berputus asa untuk

> menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,

> maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak

> mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

>

> Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak

> atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas

> kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka

> ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk

> diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih

> sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik

> dan berlemah lembutlah terhadap mereka, kerana

> sesunggohnya mereka adalah teman dan pembantu kamu

> yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka

> sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu

> tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang

> melakukan zina.

>

> Wahai manusia, dengarlah bersunggoh-sunggoh kata-

> kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang

> lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan

> tunaikanlah zakat harta kekayaan kamu. Kerjakanlah

> ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa

> setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang

> lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang

> lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan

> beramal soleh.

>

> Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada

> suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas

> segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu

> awasilah agar jangan sekali-sekali kamu terkeluar

> dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

>

> Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul

> yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir

> agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah

> dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang

> telah aku sampaikan kepada kamu. Sesunggohnya,

> aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang

> sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti

> kedua-duanya, nescaya, kamu tidak akan tersesat

> selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.

>

> Hendaklah orang yang mendengar ucapanku,

> menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga

> yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari

> mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah,

> Ya ALLAH, bahawasanya, telah aku sampaikan

> risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

>

> ~~versi ini diambil dari cenderahati yang

> diberikan ketika mengunjungi majlis walimatul

> urus seorang kawan.

>

 Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

> Peace be upon you

 ===========================   E N D   =============================

 "Take benefit of five before five: your youth before

  your old age, your health before your sickness, your

  wealth before your poverty, your free-time before your

  preoccupation,  and your life before your death."

  [Muhammad sallallaahu `alayhi wa sallam - al-Haakim,

  al-Bayhaqee, Saheeh]

 

"Meditation in God is my Capital, Reason and logic is the root of my

Religion

Love is the foundation of my Existence, Enthusiasm is the vehicle of my Life

Contemplation of God is my Companion, Faith is the source of my Power

Sorrow is my Friend, Knowledge is my Weapon

Patience is my Garb and Virtue, Submission to the Divine Will is my Pride

Truth is my Salvation, Worship is my habit

And in Prayer lies the coolness of my eye and the peace of my mind."

 

Saying of Prophet Muhammad s.a.w