Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

 

 

 

KISAH BAI'AT ABU BAKAR DI SAQIFAH BANI SA'IDAH

 

Assalamualaikum..

Kisah ini di ambil(salin/copy) dari Hayatus Sahabah - As-Sheikh Muhammad

Yusof Al-Kandahlawi yg di petik dari Kitab Kanzul Ummal. Ia menerangkan

keadaan yg sebenar bagaimana Saidina Abu Bakar r.a di lantik menjadi

Khalifah dan dipersetujui oleh kedua-dua puak Muhajirin dan Ansar.

Sekiranya ada yg menghadapi masalah bahasa, saya cadangkan supaya

membeli buku/kitab yg asal dalam bahasa Arab atau yg telah diterjemahkan

kedalam bahasa Inggeris.

 

Bacalah dengan teliti...

Janganlah kita mengatakan sesuatu yg kita tiada mempunyai pengetahuan

tentang perkara tersebut kerana setiap perkataan dan hati kita akan di

soal oleh Allah s.w.t

 

.....

 

KISAH BAI'AT ABU BAKAR DI SAQIFAH BANI SA'IDAH

 

Di dalam riwayat Ibnu Abi Syaibah di dalam Hadis Ibnu Abbas daripada

Umar r.a bahawa adapun keadaan kaum muslimin adalah seperti ini :

Ketika Rasulullah saw wafat, kami pun datang dan seseorang telah

memberitahu kepada kami bahawa orang-orang Ansar telah berkumpul di

Saqifah Bani Sa'idah bersama dengan Sa'ad bin Ubadah r.a membai'atinya.

Aku, Abu Bakar

dan Abu Ubaidah b. Jarrah pun bangun berjalan menuju ke arah perkumpulan

mereka takut-takut mereka akan melakukan pembaharuan dalam agama Islam.

      Kami telah berjumpa dengan dua orang lelaki Ansar, seorang

bernama Uwaimir bin Sa'edah dan Ma'an b. Adi r.a. Kedua-dua mereka telah

berkata: "Kemanakah tujuan kamu? Kami menjawab: "Kami ingin berjumpa

dengan kaum kamu tatkala sampai ke pengetahuan kami mengenai ehwal

mereka," Mereka berdua berkata: Pulanglah kamu, kerana mereka tidak akan

melakukan apa-apa menentangi kamu dan tidak akan mengakibatkan sesuatu

yg boleh menimbulkan kebencian kamu."

Kami enggan untuk berpatah balik malahan kami meneruskan perjalanan. Dan

aku mengumpulkan kata-kata yg akan aku ucapkan di hadapan mereka

hinggalah kami sampai di kalangan orang-orang Ansar yg sedang berkumpul

di sekeliling Sa'ad bin Ubadah yg terbaring sakit di atas katilnya.

      Apabila kami sampai di sisi mereka, mereka pun berkata: " Wahai

orang-orang Quraisy! Dari kalangan kami seorang Amir dan dari kamu

seorang Amir ! Habban bin Al-Mundzir pub berkata: " Jika kamu suka aku

akan berkata bahawa beliau (Umar r.a) adalah seumpama kayu di dalam

membuat keputusan ini dimana seekor kaldai datang dan mencakar

belakangnya dengan kayu itu dan beliau adalah sebatang pokok didalam

sebuah taman yg menyokong lain-lain tumbuhan dari tumbang. Kami telah

menukarkan keputusannya kepada seekor unta muda yg di sayangi oleh semua

orang. " Selepas mendengar yg sedemikian, Abu Bakar pun berkata menyuruh

kami supaya menunggu sebentar. Umar r.a pun berkata beliau ingin berkata

sesuatu tetapi di halang oleh Abu Bakar r.a  dengan kata-katanya "

Diamlah kamu, Ya Umar." Lalu beliau pun memuji Allah s.w.t dan berkata:

"Wahai orang-orang Ansar! Sesungguhnya kami demi Allah  tidak

mengingkari akan kelebihan kamu dan tidak juga usaha kamu untuk agama

Islam dan tidak juga hak kamu ke atas kami. Akan tetapi kamu telah

mengetahui bahawa orang Quraish tiada tandingan yg serupa mereka di

kalangan orang-orang Arab.

      Sesungguhnya orang-orang Arab tidak akan taat melainkan kepada

seorang lelaki bangsa Quraish. Maka kami adalah ketua dan kamu adalah

wazir-wazir. Maka takutilah Allah, janganlah kamu menimbulkan pecah

belah dalam Islam dan Janganlah kamu menjadi di kalangan mereka yg

membuat pembaharuan dalam agama Islam. Ketahuilah, aku telah redha untuk

akan salah seorang dari dua orang lelaki ini: Umar dan Ubaidah bin

Al-Jarrah, mana satu kamu membai'atinya, ia akan melaksanakan amanah

untuk kamu."

      Kata Umar : "Demi Allah, tiada satu pun yg aku sukai tinggal

melainkan kesemuanya telah diucapkan oleh Abu Bakar pada hari itu

melainkan kata-katanya yg ini(syor Abu Bakar atas pembai'atannya). Maka

demi Allah! Sekiranya aku dibunuh kemudian hidup kembali, kemudian aku

dibunuh dan hidup kembali tanpa melakukan maksiat adalah lebih aku sukai

dari menjadi seorang Amir kepada suatu kaum dimana Abu Bakar adalah di

kalangan mereka. Kemudian Aku pun berkata : " Wahai orang-orang Ansar!

Wahai kaum muslimin! Sesungguhnya orang yg lebih utama untuk menjadi

Amir kamu selepas Rasulullah saw adalah orang yg di firmankan Allah swt

mengenai salah seorang dari dua orang di dalam gua iaitu Abu Bakar yg

mendahului dalam semua perkara kebaikan. Kemudian aku pun memegang

tangannya. Seorang lelaki Ansar telah mendahuluiku dalam membai'atinya.

Kemudian diikuti pula oleh orang ramai ( Muhajirin dan Ansar) dan tidak

membai'ati Sa'ad bin Ubadah."

 

Sebagaimana dalam Kanzul Ummal.