
Rencana 22 Julai, 2000 Ahad
BISIK-BISIK MINGGUAN - AWANG SULUNGAPA SALAH NING BERFANTASI
Klip fantasi seks-liar : Ning bercakap mengenai imaginasi seksnya sehingga sanggup untuk bersama-sama dengan lima lelaki di dalam satu masa.
AWANG tidak dapat menahan diri daripada turut mengulas tentang kegemparan yang dicetuskan oleh Ning Baizura ekoran pendedahan fantasi seksnya.Dalam temuramah dengan majalah FHM keluaran Julai, Ning menceritakan kisah-kisah di dalam kamar yang pasti membakar imaginasi pembaca.
Awang tidak berhasrat berlumba dengan penulis lain untuk menjatuhkan hukuman ke atas Ning yang berusia 25 tahun itu. Isunya bukan tentang sama ada Ning telah melakukan kesalahan. Ia cuma tentang suatu keluarbiasaan.
Fantasi seks adalah perkara biasa. Kita semua memikir tentangnya. Cuma tahap fantasi masing-masing tidak sama.
Awang ingin menganggap apa yang diperkatakan Ning dalam temuramah itu dibuat secara seloroh dan bukan sesuatu yang benar-benar berlaku atau ingin dilakukan.
Tinggal lagi, membicarakan tentang seks secara terbuka bukan cara Malaysia. Apa lagi menceritakan tentang kesukaan kita kepada rakyat jelata. Mungkin Ning ingin memecahkan kekolotan itu.
Apa pun, Awang tidak hairan jika Ning sendiri menjadi fantasi ramai lelaki kita, tua dan muda.
© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my