Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

Laman Utama | Arkib Jurnal | Buku Lawatan

 

APRIL 2001

27 April 2001

SRC kalah main bola 2-1. Tapi aku menang gaya. Style aku takder saper boleh challenge. Aku buat iklan syampoo tengah padang. Aku bergaya macam model pakaian sukan. Aku main macam Michael Owen tapi Michael Owen tak main defence. Sebab tu SRC kalah. Sebab aku main defence. Kalau aku main striker, jenuhler keeper tu kutip bola dalam gawang. Lepas dari match tu, Alex Ferguson call aku, ajak aku main dengan Manchester United. Tapi aku jawab dengan baik...."Takperlah...saya nak tumpukan perhatian saya dalam pelajaran dan seni". Alex Ferguson kecewa...

Aku dan rombongan SRC (rombongan SRC dibaca sebagai: Firdaus, Aqasha, New Boyz, Handy Black, 2 by 2, Halim Khan, Mazleela, Nurhaida, Anis Suraya, pemandu bas, wartawan dan PR-PR) bertolak ke Alor Setar dari KL pukul 11 pagi hari Jumaat lepas. Satu bas jadik musafir hari tuh. Start jer perjalanan, petanda nak kalah bola dah kelihatan....air-cond bas rosak. Semua dah rasa macam ayam panggang Kenny Roger Roasters jer. Lebih kurang pukul 3 sampai Ipoh. Singgah kat RTM Ipoh. Sempatler makan, semayang pastu buat interview radio sket...

This is what happen. Perenggan atas tuh aku update kat sebuah cc milik seorang yang berbangsa Cina. Aku sorang jer...and then Is ngan sorang lagi kawan aku datang pakai pc sebelah aku. 5 minit dier cuba surf...nothing happen. Lembab nak mampus. So, kitorang decide untuk carik cc lain. Aku bayar RM 3.80 sebab aku guna sejam lebih. But, Is refuse untuk bayar 80 sen sebab dier hanya guna 5 minit dan tak boleh surf internet pun. So, pertengkaran terjadik sebab minah cina yang jaga kaunter tu tak puas hati. Dia kata network dier takder problem. Is berlawan cakap sebab dier tak puas hati dengan service cc tu. Mula-mula aku senyap jer. Malas nak campur. Aku kata kat Is... "Dah ler...jom laaa." Aku terdengar Cina tu cakap "Kalau lu tau ini cybercafe lambat, banyak problem...buat apa datang sini, apsal datang sini...carik tempat lain la". Is makin bengang. Kena pulak cina tu tuduh Is macam carik helah taknak bayar. Dalam hati aku dah terasa yang Cina nie kurang ajar ler sesangat. Tapi aku relax, aku ajak Is keluar. Tiba-tiba ader satu ayat yang buat telinga aku berdesing..dan telinga Is berdesing...yang buat kitorang marah. Cina tu kata..."Orang Cina datang main sini takder masalah pun, tapi orang Melayu datang macam-macam problem." Keadaan dah jadik panas sebab dier celupar, sebab dier libatkan perkauman. Aku ngan Is, apa lagik, naik darah ler. Aku marah dier sebab tduduh sesuatu yang bersifat racist. Dier pulak taknak berundur..nak berlawan tengkar jugak. Suara masing-masing dah jadik kuat, customers lain dah tengok kitorang. Tapi mujur ader sorang lelaki Cina yang sedar tentang perkara nie...cool down kan kitorang dan mintak maaf. Kalau ikut hati aku, gaduh pun gaduh ler. Melampau sangat cina tuh. Pompuan...tapi mulut tak reti jaga. Aku ngan Is bagitau kat lelaki cina tu kitorang bengang dan marah sebab pompuan cina tu cakap macam tuh. Dan dier takder hak untuk tuduh orang Melayu create problem. Aku yang mula-mula nak cool pun jadik marah. So, sebelum benda tu jadik worst, dan memandangkan lelaki Cina tu pun faham bahawa benda nie tak patut berpanjangan, kitorang decide untuk blah. Sebelum blah, Is sempat cakap kat pompuan Cina tu..."Nie last time la i datang sini...i takkan datang lagik. You bukak la kedai nie untuk orang Cina jer". Pompuan tu kata "Bagus laa...jangan datang sini lagi". Aittt....nak melawan jugak.... Lelaki Cina tu cool-kan kitorang dan mintak maaf, aku ajak Is ngan member aku blah. So, sekarang aku ader kat sini, kat cyber cafe lain.

Kalau nak kata aku racist....aku sanggup dan rela. Walaupun kita berkongsi negara nie dengan kaum lain tapi orang Melayu tetap penduduk asal dan pribumi negara nie. Jurnal hari nie bukan nak wujudkan perselisihan perkauman, tapi aku tetap beranggapan bahawa kaum lain tak wajar bersikap biadab ataupun cuba menimbulkan isu-isu perkauman yang sensitif.

Aku datang dengan semangat yang tinggi untuk update jurnal aku sebab aku rindu nak kongsi perjalanan hidup aku dengan korang. Tapi....kejadian tadi buat aku hilang idea....dan hilang mood. Wassalam.


18 April 2001

Assalamualaikum. Mula-mula aku cutik sebulan. Pastu biler aku update, aku cutik seminggu lak lagi. Aku mintak mmaf ler sebab terpaksa melupakan jurnal nie seketika. Bukan apa...aku memang betul-betul sibuk sket bulan nih. Nie pun, aku baru balik dari Kuantan. Ader show sempena Pesta Air Nasional.

Aku rasa ler, kalau jurnal nie awek aku, tentu dier dah larik, sebab aku jenguk dier seminggu skalik, sebulan skalik...hehehe. Tapi korang lain, korang kawan yang best dan setia...tul tak?? Sepanjang aku tinggalkan site nih selama seminggu, bila aku balik, aku dapati gesbook aku havoc-sehavocnya. Use, syida, lynn, syafali memang kelllaaassss. Diorang sign gesbook aku sampai tak ingat dunia....memang baguih.

Bila aku balik jer dari Kuantan, Is dapat kad birthday dari Syafali. Maka berpeluanglah aku menengok muka Syafali yang kunun-kununya ensem tuh sebab dier kirim gambar. Maka, sedarlah aku bahawa rupa-rupanya cik Syafali teramatlah ensem mengalahkan Brad Pitt dan sesuai dijadikan suami mahupun tunangan orang. So, kalo aku scan gambar ko pastu aku iklankan kat site nih untuk ko carik jodoh, boleh tak....syafali?? Hehehe....dah lama tak bergurau dengan syafali, sesekali bergurau memang seronok. Jangan takut ler...gambar syafali akan dirahsiakan dan hanya dipublish kalau ader kebenaran dari yang empunya dirik. Tujuan aku tulis tuh bukan apa, maksud aku, syafali antar gambar, so kalo aku jumpa dier kat KL aku tau ler yang tuh Syafali. So, bolehler aku sekeh kepala dier dan suruh dier belanja aku makan.

3 hari kat Kuantan, ader macam-macam benda aku nak tulis. Banyak citer yang menarik yang aku nak kongsi dengan korang. Dari citer aku jumpa mak mertua aku (merangkap mak Siti) hinggalah tentang aku jadik back-up vocal Aqasha....hehe. Tapi, aku simpanler dalam jurnal yang akan datang biar korang tertunggu-tunggu.

Cuma aku nak bagitau, minggu nie, aku ngan artis-artis SRC akan berada di Alor Star. 20 aribulan, kitorang show kat City Plaza. 21 aribulan lak, kitorang main bola lawan pasukan Tuanku Sultan Kedah kat Stadium Darulaman. So, kepada kawan-kawan aku kat area Kedah tuh, jomlaaa gi Alor Star dan jumpa ler dengan aku yang merindui korang nie. Call aku....dan jangan lupa pegi ATM dan kuar duit banyak-banyak sebab aku nak pow korang.....hehehe. OK ler...jumpa lagik dalam next jurnal. Bye.


12 April 2001

Assalamualaikum. Wargghhh...rasanya macam baru terlepas dari penjara jer. Sebulan aku bersara daripada menulis jurnal kini aku kembali lagi ke pangkuan korang semua. Actually aku tak berniat pun untuk membuatkan korang ternanti-nanti pengemaskinian laman web aku nie tapi keadaan memaksa. Komputer aku sakit! Komputer aku baru jer menjalani pembedahan lutut. Sekarang dier dah hampir pulih, keadaan dier dah makin stabil.

Kepada para pengunjung laman nie yang sentiasa setia menanti, aku ucapkan berbanyak terima kasih. Korang memang cyber friends yang best! Tanpa korang sapa lah aku nih. Aku harap Cik Queen, Syafali, Kak Yus, Syida, Use, Lynn, Cik As, Kak Zira, Rudy, Islamic Princess, Emarald CD, Ed, Nett, Cik Daun dan yang lain-lain dapat kembali menghangatkan semula guestbook aku. Mari kita buat havoc!!

Aku jugak nak ucap selamat datang kepada beberapa pengunjung baru seperti Mael. Mael nih dah berkecimpung dalam jurnal lebih lama dari aku, tapi dier berenti tulis jurnal around 3 bulan, sekarang dier kembali aktif. Jugak untuk adik Nurshahila yang makin rajin jenguk aku kat sini. Nurshahila nie penyanyi, bapak dier pun penyanyi. Bapak dier ND Lala yang nyanyi lagu Diari YB tuh.

Korang tahu macam mana hidup tanpa internet? Macam Malaysia tanpa Siti Nurhaliza. Sunyi, sepi dan tak berseri. Ok tak perumpamaan tuh?? Hikhik...jangan marah. Tapi hakikatnya memang macam tuh...aku sunyi dan sepi dan sentiasa nak dengar cerita dari korang. 

Wuisshhh, panjang lak intro aku. Ok, aku nak cerita apa yang berlaku sepanjang sebulan nie. Tapi, kalau nak cerita satu-satu memang lah panjang, so aku pendekkan la perjalanan idup aku sebulan nih.

Aku start dengan cerita aku dan grup aku. Pada penghujung bulan Mac, sempena sambutan Maal Hijrah, grup aku buat mini showcase kat Plaza Metro, Kajang. Yang datang tengok tuh, nak kata ramai tak ler. Nak kata sikit pun tak ler, sederhana. Kitorang perform 5 lagu, panggil penonton naik atas, buat kuiz, baling-baling poster, bukak-bukak baju (opppsss....bukak-bukak baju takder), amik-amik gambar, sembang-sembang, sain autograph, ...pastu balik. Yang menarik perhatian aku harituh, ader seorang cina pompuan ngan anak dier berdiri kat depan, tengok kitorang perform dari mula sampai abis. Mmmm...it's really nice.

Pastu lak, 2-3 hari kemudian grup aku perform dalam show PM Bersama Rakyat kat Gombak. PM?? Tak tau?? PM tuh ketua kepada segala Memanda Menteri. Mula-mula sampai tuh rasa diri nie kecik sangat sebab kitorang perform dengan Raihan, Rabbani dan Hijjaz. Tapi Alhamdulillah, sambutan terhadap grup aku harituh memang di luar dugaan. Peminat kat sana memang best. 

Malam tu lak, aku, Is, Aqasha, Zul Handy Black, Mazleela ngan Nurhaida bertolak ke Kelantan. Kat sana kitorang ader program sempena Hari Terbuka RTM Kelantan. 3 hari kat sana memang memenatkan, tapi seronok sebab dah lama aku tak sampai sana. Dan seronok jugak sebab awek sana lawa-lawa. Hehehe.....gatal jugak aku nie yer.

Minggu nie lak kitorang perform kat JB sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Kitorang perform kat Skudai Parade dan Dataran Bandaraya. On the way pergi dan on the way balik, artis-artis SRC yang terlibat singgah umah aku. Makan-makan, minum-minum dan nyanyik-nyanyik. Glamer umah aku jap.

Sebenarnya bulan nie memang aku sibuk sket. Lepas nie kitorang akan perform kat Kuantan dan Alor Setar. Almaklumla grup tak fofular, kena ler rajin sket promosi. Lain la macam Siti, dier fofular, takyah promosi pun orang beli kaset dier. 

Haaaa....lupa lak aku, masa aku sakit arituh ramai yang wish supaya aku cepat sembuh...thanks. Cik As antar kad. Cik Queen lak call aku, yer laa mana tau aku masih terlantar dan tak berdaya untuk bangun. Tapi, aku ok. Aku dah sehat sepenuhnya.

Dan untuk Eezzs lak, aku nak ucap Selamat Pengantin Baru. Opppss....silap. SELAMAT HARI LAHIR yang ke 23 pada 9 April yang lalu. Semoga dipanjangkan nafas, dimurahkan rezeki. Semoga cepat kawin dan dapat banyak anak.

Bila cuti panjang-panjang nie, banyak skil yang hilang. So, skil penulisan jurnal aku pun mungkin dah tak macam dulu. So, bagiler aku masa untuk kembali menulis macam dulu. Itu jer untuk kali ini. Kirim salam pada ketua kampung korang. Wassalam.

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2000-2001