Tips-tips Mengulnagkaji Sejarah
Setiap pelajar sudah tentu mempunyai strategi dan yang tersendiri untuk
mengulang kaji pelajaran. Biasanya strategi seseorang pelajar tidak serupa
dengan strategi pelajar yang lain. Ia bergantung kepada keupayaan individu,
persekitaran, pengalaman calon menduduki ujian atau peperiksaan yang lalu dan
sebagainya.
Teknik atau strategi yang terbaik ialah yang selesa, sesuai, semula jadi dan
anda fikir berkesan dengan cara anda! Oleh itu para pelajar hanya perlu membina
strategi mengulang kaji pelajaran Sejarah berdasarkan kepada faktor-faktor
tersebut. Berikut adalah beberapa panduan atau teknik mengulang kaji mata
pelajaran Sejarah bagi membantu para calon PMR 1996 membuat persediaan rapi.
Calon perlu mengetahui beberapa maklumat penting mengenai topik-topik
pelajaran Sejarah Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga semasa
membuat ulang kaji. Calon perlu mengetahui ciri-ciri utama soalan kertas Sejarah
PMR termasuklah masa ujian, bilangan soalan, format soalan, kod kertas,
topik-topik penting yang kerap dikemukakan dalam peperiksaan dan sebagainya.
Jangan panik atau gementar jika calon belum mengulang kaji keseluruhan topik
tersebut sepenuhnya. Lihat jadual yang disertakan di bawah ini sebagai panduan.
Beri keutamaan kepada topik-topik penting yang menjadi minat anda dahulu.
Selalunya topik-topik penting akan diberi tumpuan semasa membuat ulang kaji.
Kemudian diikuti dengan topik-topik yang lain. Buat ulang kaji dengan penuh
minat dan ketekunan kerana minat dan ketekunan akan menyebabkan pembelajaran
anda akan lebih tersusun! Dengan cara ini anda akan mengulang kaji topik-topik
yang lebih sukar dan mencabar tanpa rasa bosan atau terpaksa.
Anda juga boleh membuat ulang kaji dan tumpuan yang lebih kepada topik-topik
yang agak sukar dan mencabar dan mengurangkan penekanan kepada topik yang anda
fikir lebih mudah dikuasai. Calon akan mengulang kaji dengan cekap dan seimbang
bagi setiap topik untuk memperoleh hasil yang maksimum.
| Tahun | 1993 | 1994 |
1995 |
1996 | 1997 | 1998 |
| Tingkatan Satu | 25% | 30% | 25% | |||
| Tingkatan Dua | 32% | 32% | 32% | |||
| Tingkatan Tiga | 43% | 38% | 43% | |||
| Jumlah Soalan | 60 | 60 | 60 |
Peristiwa dan fakta sejarah biasanya disusun mengikut kronologi. Calon-calon perlu mengulangkaji tajuk-tajuk yang mempunyai fakta dan peristiwa yang terlalu padat mengikut susunan iaitu yang dahulu didahulukan, dan yang kemudian dikemudiankan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan bagi mengingat fakta dan peristiwa penting seperti tajuk di rajah 1 dan rajah 2.
| Cadangan
penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman 27 Mei 1961
|
| Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) Julai 1961
|
| Suruhanjaya
Cobbald 19 Februari - 17 April 1962
|
| Jawatankuasa
Antara Kerajaan (JAK) Ogos 1962
|
| Rujuksuara/Referendum
di Singapura 1 Sept 1962
|
| Brunei
menolak cadangan Malaysia Julai 1963
|
| Rombongan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Sabah dan Sarawak 16 Ogos - 5 Sept 1963
|
| Pengisytiharan
Malaysia 16 Sept 1963 |
| Pentadbiran
Tentera British (1945)
|
| Malayan
Union (1946)
|
| Persekutuan
Tanah Melayu (1948)
|
| Sistem
Ahli (1951)
|
| Pilihan
raya Majlis Bandaran (1952)
|
| Pilihan
raya Umum (1955)
|
| Rundingan
Merdeka (London) (1956)
|
| Suruhanjaya
Reid (1956)
|
| Persetujuan
Perlembagaan London (Mei 1957)
|
| Merdeka (31 Ogos 1957)
|
Berdasarkan Laporan Prestasi PMR
1993,1994 mata pelajaran Sejarah KBSM yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia kebanyakan calon gagal menjawab dengan baik soalan yang
berdasarkan peta, petikan, carta aliran, dialog dan penyataan kerana sering
keliru dan tidak dapat mengaitkannya dengan sesuatu tajuk tertentu. Cuba
huraikan fungsi setiap jawatankuasa suruhanjaya berikut sebagai latihan. Jika pelajar dapat menghuraikannya dengan baik, anda tidak mempunyai masalah
mengulang kaji tanpa mengikut urutan!
Peristiwa dan fakta Sejarah memang tidak boleh dipisahkan dengan tarikh.
Perlu diingat, soalan Sejarah PMR dan KBSM tidak begitu membebankan pelajar
dengan begitu banyak tarikh yang perlu diingat atau dihafal. Memadailah dengan
mengingat atau menghafal tarikh penting atau kurun itu sahaja. Jika tarikh itu
kurang penting, cuba ingati peristiwa penting pada awal, pertengahan atau akhir
kurun tersebut. Lihat panduan dalam jadual 5 dan jadual 6 .
Terdapat banyak perjanjian penting yang memberi kesan kepada perkembangan
sejarah politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap satu perjanjian
mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Setiap perjanjian juga mempunyai
syarat-syarat atau isi yang berbeza dengan perjanjian yang lain. Malah lebih
hebat lagi ia memberi implikasi yang bukan sedikit kepada negara kita. Antaranya
ialah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 atau Perjanjian London 1824.
Jadual 5 : Penentangan tokoh tempatan terhadap British pada
abad ke-19
Tahun
Tokoh
Tempat
1831-1832
Dol
Said
Naning
1875
Maharaja
Lela
Tok SagorPerak
1875
Yamtuan
Tengku AntahNegeri
Sembilan
1853
Rentap
Sarawak
(Sungai Skrang)
1859
Syarif
Masahor
Sarawak
(Sarikei)
1891-1895
Dato'
Bahaman
Tok GajahPahang
1894-1900
Mat
Salleh
Sabah
(Sungai Sugut)
Jadual 6 : Penentangan tokoh tempatan terhadap British pada
abad ke-20
Tahun
Tokoh
Tempat
1902
Banting
Sarawak
(Batang Lupar)
1915
Tok
Janggut
Kelantan
(Pasir Putih)
1915
Antanum
Sabah
(Rundum)
1922-1928
Haji
Abdul Rahman Limbung
Terengganu
(Kuala Brang)
Sebab-sebab perjanjian London ditandatangani
|
Isi-isi penting Perjanjian London
|
Kesan-kesan penting perjanjian tersebut
|
Cuba fahami setiap perjanjian-perjanjian penting, faktor-faktor yang menyebabkan termeterainya sesuati perjanjian, isi-isi perjanjian dan kesan selepas perjanjian tersebut ditandatangani. Contoh perjanjian-perjanjian yang popular dan sering dikemukakan dalam peperiksaan PMR ialah:
-membaca teks buku rujukan
- menggariskan fakta yang dianggap penting
- membaca sambil mencatat nota
Cara pertama memakan masa lebih-lebih lagi kalau buku rujukan terlalu tebal dan pelajar mungkin mengalami kesusahan untuk menghabiskannya. Oleh itu pelajar perlu bersedia sejak awal lagi.
Teknik kedua juga lebih berkesan asalkan pelajar tidak terlalu cenderung untuk menggaris sehingga semua perkataan di dalam teks turut digaris!
Cara ketiga paling berkesan kerana nota yang dibuat adalah ringkas dan dianggap penting. Cara ini menjimatkan masa dan tenaga kerana pelajar yang kurang memahami sesuatu maklumat penting akan membaca teks asal semasa mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan.
Ini diakui ramai guru-guru Sejarah kerana Lembaga Peperiksaan sendiri sering mengeluarkan laporan analisis jawapan calon-calon PMR beberapa tahun lalu pada setiap tahun. Daripada analisis laporan tersebut para guru boleh mengetahui kelemahan yang dilakukan oleh setiap calon tahun lepas. Dengan cara inilah calon dapat membaiki kelemahan dan membaiki kelemahan tersebut semasa membuat ulangkaji.
Kebiasaan menjawab sesuatu latihan akan menjadikan seseorang pelajar menjadi mahir dalam topik yang disoal atau dikemukakan. Jika pelajar mengamalkannya maka pelajar kurang menghadapi masalah dalam pelajaran tersebut. Ia bukan sahaja memudahkan pelajar mengingat sesuatu fakta sejarah bahkan sentiasa berusaha untuk menjawab soalan yang lebih mencabar.
Seterusnya, untuk memperkembangkan minat terhadap pelajaran Sejarah, anda
perlu meluangkan masa menonton filem-filem sejarah, mengunjungi pameran bercorak
sejarah dan membuat perkaitan pendidikan Sejarah dengan kehidupan pelajar.
Contohnya bila anda melihat Masjid Negara, anda dapat membayangkan fakta sejarah
agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Begitu juga dengan melihat gambar
bangunan Parlimen, anda boleh membuat interpretasi negara kita mengamalkan
pemerintahan demokrasi berparlimen. Dengan melawat Tugu Negara anda pernah
mempelajari pahlawan kita yang terkorban kerana melawan komunis semasa darurat
dan sebagainya. Ingat!
![]()
Cuba Cuba jawab soalan ini: 1.http://www.tm.net.my/edu/tmsol/pmr/sejarah/149sejb.htm
Percayalah kepada kemampuan anda bahawa anda boleh SKOR A dalam PMR 1999
