3.Cadangan Frank Swettenham pada 1896 akhirnya telah menghasilkan gabungan negeri-negeri seperti Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai NNB .
a). Apakah faktor yang telah mendorong Frank Swettenham mencadangkan penubuhan persekutuan tersebut?
b). Apakah kelemahan-kelemahan persekutuan sehingga British mengkaji semula persekutuan itu?
JAWAPAN
a). Kelemahan sistem Residen telah menyebabkan Frank tidak puas hati lalu beliau mencadangkan usul tersebut kepada pihak British.
Sistem pentadbiran di keempat-empat negeri Melayu yang ada residen pada ketika itu menjalankan sistem pentadbiran mengikut cara masing-masing tanpa ada garis panduan tertentu.
Residen British yang dilantik mempunyai kuasa penuh untuk menjalankan dasar pentadbiran mengikut budi bicara masing-masing. Dengan persekutuan kuasa residen dapat dikurangkan.
Bagi mengatasi masalah itu maka Frank berpendapat adalah perlu menubuhkan sebuah kerajaan pusat di bawah pimpinan Residen Jeneral untuk menyelaraskan pentadbiran di keempat-empat buah negeri Melayu tersebut.
Tambahan pula sistem kerajaan pusat ini telah terbukti berkesan kerana kerajaan British telahpun berjaya memperkenalkan dasar persekutuan tersebut di Australia dan Afrika.
Dengan sebuah persekutuan diharapkan negeri yang lebih kaya dapat membantu negeri yang miskin seperti Pahang .
Beliau juga berpendapat bagi memajukan ekonomi, pakar-pakar sangat diperlukan untuk memajukan aspek pertanian, perlombongan,ukuran tanah dan kesihatan. Kekurangan pakar-pakar dapat diatasi bila diuruskan oleh sebuah persekutan.
Residen-Residen pada ketika itu tidak berminat untuk menyambungkan sistem pengangkutan seperti jalan raya dan jalan keretapi. Pembentukan persekutuan dapat diharap dapat menyelaraskan sistem perhubungan di antara negeri-negeri Melayu.