Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


 

SMK BATU SAPI, SANDAKAN.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN KALI KEDUA 1999

SEJARAH KERTAS 2

SPM

____________________________________

ARAHAN:

Jawab 3 soalan BAHAGIA  A   dan    1   soalan  BAHAGIAN   B

________________________________________________

 

BAHAGIAN   A

1. Masyarakat agraria mengamalkan cara hidup yang amat bergantung rapat dengan alam sekeliling . Mereka juga berjaya menerapkan kepercayaan mereka dalam seni bina unik yang menjadi bahan kajian sejarah yang amat penting pada hari ini.

a) Dengan merujuk kepada kerajaan Angkor, apakah faktor-faktor yang menjadikan Angkor sebuah kerajaan agraria?          (20 m)

Jawapan

b) Apakah yang dimaksudkan dengan candi?                            (5 m)  

Jawapan

 

2. Sebelum kehadiran sistem pendidikan Barat ke negara kita, misalnya di dalam Kesultanan Melayu Melaka, pendidikan telah memberi sumbangan dalam pembangunan insan.

a) Institusi-institusi agama memainkan peranan penting kepada masyarakat Melayu. Apakah peranan institusi tersebut ? (15 m)

        Jawapan                                                                                                            

b) Apakah kepentingan pendidikan tidak formal dikalanganmasyarakat Melayu?  (10 m)                                                                                

                    Jawapan

3. ) Hubungan luar antara Kesultanan Melayu Melaka  boleh dilihat dalam berbagai-bagai bentuk. Hubungan ini boleh merupakan hubungan politik mahupun ekonomi.

a).  Jelaskan bentuk hubungan Melaka dengan Pasai, Aru, Brunei,Siam dan China?(15m) 

        Jawapan

 b). Nyatakan perbezaan antara Negeri Naungan dengan Negeri  Taklukan 

         dan  bagaimanakahhubungan Melaka dengan negeri- negeri tersebut?(10 M)  

         Jawapan

 

4.) Kedatangan kuasa -kuasa Barat ke negeri-negeri Melayu adalah berkepentingan menguasai politik dan ekonomi negeri- negeri tersebut.

a) Inggeris telah bercita-cita untuk menguasai Pulau Pinang bagi memantapkan kedudukan ekonomi di tanah Melayu. Ceritakan proses pengambilan Pulau Pinang oleh Inggeris 1786?   (13 M)

     Jawapan

b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan tindakan yang diambil  oleh Raffles untuk membuka loji perdagangan di Singapura?                                                                             (12 M)

Jawapan

 

5.) British campur tangan di Tanah Melayu secara  rasmi bermula dengan  Perjanjian Pangkor 1874, tetapi sebelum itu kuasa Eropah tersebut telah campur tangan secara tidak langsung.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan campur tangan secara tidak langsung?                                                                                (5 M)

  Jawapan

b) Huraikan campur tangan secara tidak langsung Inggeris di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.                                                                         (10 M)

   Jawapan

c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,jelaskan campur tangan Inggeris di Sabah (Borneo Utara) dari tahun 1761 hingga 1881?    (10m)                                                                                

   Jawapan                                                                                                      

 

6.)Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan.

(a) Huraikan  tolak ansur pelbagai kaum untuk mewujudkan

      Demokrasi Berparlimen  di Malaysia?                                 (10 M)

              Jawapan

(b) Badan kehakiman merupakan sebahagian daripada pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen di Malaysia.  Jelaskan ciri-ciri dan bidang kuasa Badan Kehakiman?      (8 M)

    Jawapan

(c) Di Malaysia terdapat 2 kategori mahkamah iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Utama.   Huraikan mengenai kedua-dua mahkamah tersebut.                                                              (7 M)

    Jawapan  

                              BAHAGIAN B

7.) Ahli sejarah telah berpendapat bahawa masyarakat Arab Jahiliah telah bertamadun dalam aspek   politik dan pentadbiran, ekonomi dan ilmu pengetahuan.
         
 a) 
Dengan memberikan contoh-contoh, cuba anda buktikan penyataan di atas?(15m)                    

                            Jawapan

a)     Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang  ajaran   Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.?     (10 M)   

     

 Jawapan

   

 

8 ) Dalam konteks Asia Tenggara, nasionalisme ialah perasaan cinta akan tanahair dan membebaskan diri daripada cengkaman asing.

a)    Huraikan dasar-dasar kuasa penjajah yang mendorong Perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Asia Tenggara?                                                                        ( 10 M)

      Jawapan

b) Jelaskan peristiwa-peristiwa luar dan dalam Asia Tenggara yang menyebabkan perasaan nasionalisme membara di Asia Tenggara?                                                                             (10m)

Jawapan

            

                                                                                                               

  API BILA DIBERIKAN BAHAN BAKAR AKAN MARAK DENGAN HEBATNYA..........

bAGAIMANA DENGAN SEMANGAT ANDA UNTUK BERJAYA? 

 

KERTAS SOALAN TAMAT

 

SILA KE LAMAN UTAMA