Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
BINGKISAN KASIH, LAMBANG KEDEWASAAN SITI



  • AGENDA: Pelancaran Album Siti Nordiana (Bingkisan Kasih)
  • TARIKH: 27 Februari 2002
  • TEMPAT: Restoran Saloma, Jalan Ampang, K. Lumpur
  • Pelbagai pengalaman pahit dan manis telah ditempuh oleh penyanyi remaja yang kian dewasa sepanjang empat (4) tahun melibatkan diri dalam bidang nvanyian secara serius. Anak kelahiran Negeri Sembilan yang dulunya seorang yang sangat pemalu, kini telah bertukar wajah kepada seorang yang lebih berani dan berkeyakinan.

    Mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian sejak kecil dan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian peringkat daerah mahu pun negeri. Siti Nordiana juga sering mendapat tempat pertama di dalam setiap pertandingan yang disertainya.

    Tahun 1999 telah membawa perubahan besar dalam hidup Siti Nordiana, dimana beliau mula menjejakkan kaki didalam dunia hiburan sebenar dan bergelar seorang artis. Kemunculan album pertama - Gurindam Rindu Berkasih yang memuatkan lagu popular Cinta Hanya Sandaran berjaya melonjak nama Siti Nordiana yang ketika itu berusia 15 tahun sebaris artis popular remaja tanah air. Walaupun terpaksa berkorban tenaga dan mengharung waktu yang begitu singkat, namun beliau masih mampu membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya.

    Setelah album pertama mencapai kejayaan anugerah emas, Siti Nordiana muncul dengan albun ke dua yang berjudul Luahan Hati Kekasih. Seterusnya, Siti Nordiana kembali dengan album ketiga yang berkonsepkan pop tradisional - Firus. Namun kali ini Siti Nordiana turut digandingkan dengan seorang lagi pendatang baru yang kian meningkat naik - Syura. Album Firus berjaya mencatatkan jualan yang agak membanggakan apabila terjual hampir 30,000 unit.

    Kini, setelah melewati alam persekolahan, Siti Nordiana lebih berkeyakinan untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya seninya. Kemunculan album terbaru beliau Bingkisan Kasih yang telah mula berada di pasaran awal Februari lalu merupakan satu cabaran baru buat Siti Nordiana bagi membuktikan bahawa beliau juga benar-benar setanding artis popular yang lain.

    Album yang telah dirakamkan sepenuhnya di PRO studio Cheras Perdana ini telah diterbitkan oleh beberapa orang penerbit yang berpengalaman. Antaranya ialah L.Y, Azmeer, Jari, Adinda Amiro, Salman, Patrick Khamis dan Belle.

    Antara keistimewaan yang terdapat di dalam album kali ini berbanding album yang sebelumnva ialah, album terbaru ini memuatkan 12 buah lagu berbanding album sebelumnya yang hanya memuatkan 10 buah lagu sahaja. Secara tidak langsung ianya merupakan bonus dan hadiah kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada Siti Nordiana selama ini.

    Antara lagu yang dijangka hit di dalam album ini ialah Seribu Setia - ciptaan L.Y, Kasih Di Sudut Sepi - ciptaan Patrick Khamis, Seandai Kau Tak Mampu Berubah - ciptaan L.Y dan sebuah lagu ciptaan komposer terkenal Indonesia Chossy Pratama berjudul Pada Siapa.

    Pengalaman melahirkan 3 buah album sebelun ini membuatkan Siti Nordiana lebih berani mencuba sesuatu yang baru. Dari seorang penyanyi kini Siti Nordiana menjinakkan diri pula ke dalam bidang penulisan lirik. Menerusi lagu ciptaan Aya, Siti Nordiana telah berjaya menghasilkan lirik Serikan Wajah Mu yang mengisahkan tentang nilai sebuah persahahatan.


    Lagu-lagu yang terkandung dalam Bingkisan Kasih
    
     01)	Seribu Setia - L.Y / Baiduri
     02)	Kasih Di Sudut Sepi - Patrick Khamis / Afiqah MS
     03)	Seandai Kau Tak Mampu Berubah -	L.Y / Baiduri
     04)	Perasaan Terpendam - Azmeer / Zainal Shah Alam
     05)	Ku Setia Menanti - Mahzan B / Baldu
     06)	Berhunga Pelangi Cintaku - Jari / Sutera
     07)	DiMana Rindu Makin Keliru - Asbi / Alam Maya
     08)	Selamat Cinta -	Adinda Amiro / May. E
     09)	Serikan Wajah Mu - Aya / Nana
     10)	Perpisahan Pasti - Salman / Habsah Hassan
     11)	Harum Tak Lagi Wangi - Azmeer / Azmira
     12)	Pada Siapa - Chossy Pratama
    
    
    
    Senarai album yang telah dihasilkan
    
     01)	Gurindam Rindu Berkasih	-	1999 (15 Tahun)
     02)	Luahan Hati Kekasih -	        2000 (16 Tahun)
     03)	Firus (Album Duet - Syura) -	2001 (17 Tahun)
     04	Bingkisan Kasih	-	        2002 (18 Tahun)
    


    Pelbagai program telah diaturkan bagi memastikan album ini mencapai sasaran termasuk Mini Konsert bergerak - Muzik Inovasi yang akan di adakan dibeberapa tempat di seluruh semenanjung bermula Mac ini.

     23/03 2002	-	Kuantan Parade
     30/03/2002	-	City Plaza Alor Setar
     31/03/2002	-	Green Town Mall Ipoh
     06/04/2002	-	Summit Parade Batu Pahat
     07/04/2002	-	Plaza Angsana Johor Bahru
    

    Mini Konsert bergerak - Muzik Inovasi adalah hasil usaha kerjasama antara F.M.C, D'NAVECHEE dan Radio Muzik. - Artikel ini disediakan oleh Sam Samin dan Azlan Ismail dari FMC.


    GAMBAR BESAR... SILA KLIK!


    Contoh Lagu Dalam RealAudio 7 (28.8)
    ALBUM BINGKISAN KASIH
    | Seribu Setia (916K) | Kasih Di Sudut Sepi (1,069K) | Seandai Kau Tak Mampu Berubah (884Kb) | Ku Setia Menanti (1,051K) | Dimana Rindu Makin Keliru (1,319K) |



    This Online news updated everyday. My@rtis.com Copyright 2002. All Rights Reserved myartis stat
    Send EMAIL to: my@rtis.com