DEMI MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEBENARAN
UNTUK NEGARA MALAYSIA TERCINTA
UCAPAN YB DATOK SERI ANWAR IBRAHIM SEJURUS
SEBELUM RUMAH BELIAU DISERBU DAN BELIAU DITANGKAP,
DAN NASIB BELIAU TELAH TIDAK DIKETAHUI SEHINGGA
KINI
TELAH DISIARKAN "VIDEO TAPE" INI MELALUI CNBC
(TELEVISYEN SATELIT) PADA 24 SEPTEMBER 1998
Assalamu’alaykum wa Rahmatullahi wa Barakatuh,
Dan Salam Sejahtera,
Saya menjangkakan dalam masa yang singkat, kemungkinan
saya ditahan, dalam apa juga cara, samada Akta Keselamatan Dalam Negeri
atau dituduh ke mahkamah tanpa memungkinkan saya diberi ikat jamin.
Dan saya tidak menolak sebarang kemungkinan memandangkan
cara gelisah kezaliman di bawah pimpinan Datok Seri Dr Mahathir Mohamad
sekarang. Oleh yang demikian, izinkan saya untuk membuat sedikit pesanan
kepada anak-anak saya dan pada rakyat Malaysia umumnya.
Kepada anak-anak, papa seorang pejuang, menegak yang
hak, membela nasib rakyat miskin, mempertahankan maruah bangsa, meningkatkan
syiar agama Islam. Papa masuk dalam pelbagai gelanggang sehingga dalam
parti dan kerajaan, sehingga menduduki tempat yang cukup tinggi tetapi
papa tidak pernah luntur semangat papa untuk pertahankan keadilan dan membela
nasib rakyat. Dan tentunya menegakkan kebenaran menimbulkan banyak rasa
cemas dan kegelisahan dari banyak kalangan yang telah menyediakan satu
komplot konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan Perdana Menteri,
Dr Mahathir Mohamad sendiri. Jadi anak-anak harus tahu semua tuduhan yang
dilemparkan kepada papa adalah fitnah jahat, khianat, dan kasih papa pada
anak-anak, mendidik supaya menjadi orang-orang yang berilmu, beramal, bertaqwa.
Papa harap dengan bimbingan mama, anak-anak tidak sedikit pun luntur, biar
semangat kukuh, biar ilmu bertambah, biar daya juang ada, biar kita tahu
anak-anak berasal dari kampung papa, di Sungai Bakap di Ceruk Tok Kun,
dan asas kita jangan sedikitpun kita lupakan.
Jadi, ingatlah pesanan papa kerana kemungkinan yang
perkara buruk berlaku tidak boleh papa ketepikan. Aaa, papa mungkin ditahan,
dan kalau lihat kepada apa yang berlaku pada Uncle Sukma dan Uncle Munawar,
ada kemungkinan dipaksa, diugut, dipukul. Papa tidak gementar dengan itu
semua. Papa telah lalui dan insyaallah papa boleh bertahan. Tetapi papa
harus ingatkan anak-anak kemungkinan papa dikenakan atau disuntik dengan
aaa…mungkin… dadah, atau jenis-jenis dadah yang boleh melupakan papa,
ataupun menyebabkan papa jadi nanar, atau tidak menentu dalam percakapan.
Sebab itu papa mengambil pilihan untuk menyatakan kebenaran papa bahkan
bila ada tuduhan yang pert ama, yang nampak khusus, yang melibatkan Uncle
Munawar dengan Uncle Sukma, semalam, papa melafazkan sumpah, Wallahi, di
Batu Pahat, untuk menyatakan tuduhan yang dilemparkan bersabit dengan perlakuan
buruk dan keji itu adalah fitnah jahat yang malangnya dibuat oleh orang
yang terlalu takut kepada kekuatan dan pengakuan papa. Dan insyaallah perjuangan
reformasi menegakkan ma’ruf, kebenaran, dan undang-undang tidak akan luntur.
Saudara saudari yang saya muliakan, dari awal saya
tegaskan sebenarnya ada konspi rasi politik peringkat tertinggi. Memang
saya enggan untuk melibatkan nama Datok Seri Dr Mahathir Mohamad kerana
mengharapkan beliau ada pertimbangan yang munasabah, rasional dan ada belas
kasihan. Tetapi nyata, ini semua hilang kerana beliau tamakkan kuasa dan
harta dan mahu saki-baki umur dan pemerintahan yang akhir digunakan sepenuhnya
untuk memperkukuh kepentingan keluarga dan kepentingan kelompoknya. Memang
benar Datok Seri Dr Mahathir Mohamad pernah menyokong saya dan saya juga
menyokong beliau dengan kuat. Kerana pada masa itu saya masih yakin
akan prinsip perjuangannya walaupun saya akui manusia tidak sempurna. Tetapi
lambat laun, dengan nasihat kepala-kepala komplot lain, termasuk Tun Daim
Zainuddin, nyata mereka tidak yakin bahawa saya boleh diharapkan untuk
mempertahankan kepentingan mereka. Saya tidak boleh diharapkan untuk mengiyakan
cara mereka membolot kekayaan dan menipu dengan ganas memunggah kekayaan
untuk kepentingan beberapa komplot. Mereka tidak yakin saya dapat mempertahankan
kepentingan mereka dan suku-sakat dan keluarga mereka. Itulah sebabnya
mereka melancarkan satu komplot yang cukup jahat terhadap saya.
Dan konspirasi ini dirancang tentunya pada peringkat
awal untuk menggunakan kes jenayah seks. Baik seks zina ataupun liwat,
homoseksual. Kerana mereka tahu untuk kaitkan dengan rasuah, walaupun dikaitkan
kemudian, sukar. Mereka boleh semak tetapi mereka tahu kekayaan dan pendapatan
saya terlalu kecil sebagai seorang bekas menteri kewangan 6 tahun, dibandingkan
dengan orang-orang seperti Dr Mahathir dan orang-orang di sekeliling beliau
yang bukan sahaja kaya raya, mempunyai billion ringgit, dan mempunyai akaun
dalam negara dan luar negara, dan ini menjadi pengetahuan umum. Untuk dikaitkan
dengan pengkhianatan kepada negara, walaupun mereka usahakan tetapi susah
melekat kerana rakyat tahu pengorbanan dan sikap saya. Begitu juga dengan
beberapa kes lain yang masih juga dirangka dan direka setelah saya dipecat.
Tetapi untuk dikaitkan dengan kes jenayah seks, ini akan menimbulkan kecurigaan
kepada rakyat. Saya telah bertanya kepada Datok Seri Dr Mahathir, apakah
benar saudara ini memang sungguh-sungguh berat menjaga kepentingan moral
pimpinan? Orang semua tahu bahawa Dr Mahathir tidak pernah mengambil kira
moral pimpinan, baik arak, baik zina, baik judi. Orang juga tahu perilaku
mereka dalam dan luar negara. Kadang-kadang beliau menasihatkan janganlah
buat dalam negara, kalau-kalau diketahui. Kalau perlu buat juga, buatlah
diluar negara. Jadi nasihat ini memang umum diketahui oleh semua. Jadi,
adalah munafik kalau beliau mengatakan di peringkat ini, perihal moral
dan akhlak itu penting bagi beliau. Bahkan, dengan, pendedahan Marina Yusuf
terhadap perilaku seks dan juga teman-teman wanita Perdana Menteri dan
beberapa rakan dalam kabinet, ini walaupun dipadamkan oleh media tempatan
tetapi cukup menggemparkan kalau ada alasan yang dibuat oleh Datok Seri
Dr Mahathir Mohamad bahawa yang dilakukan terhadap saya itu ialah kerana
berita yang beliau perolehi. Saya ingin menjelaskan bahawa berita yang
di dedahkan oleh Marina sudah cukup meminta beliau meletakkan jawatan dengan
kadar segera.
Dalam konspirasi ini tentulah ada di kalangan pimpinan
politik dan juga peniaga-peniaga kerana mereka takut bila saya mengambil
alih kuasa, kedudukan mereka, jenayah me reka, rasuah mereka, tidak mungkin
terjamin. Sebab itu dalam surat saya kepada Perdana Menteri merayu pertimbangan
beliau supaya jangan melakukan kezaliman, saya menyebut badan pencegah
rasuah dikaitkan seolah-olah saya telah mengarah BPR untuk menyiasat
Unit Perancang Ekonomi yang melibatkan Ketua Pengarah EPU dan memang ada
siasatan dan memang ada bukti penangkapan termasuk wang tunai yang diperolehi.
Tetapi kes itu ditutup dan saya pula dikaitkan, seolah-olah mengarahkan
siasatan terhadap Ketua Polis Negara, terhadap Peguam Negara dan terhadap
Ketua Hakim Negara.
Semua ini sekadar untuk mendapatkan hukuman dan sentimen
mereka bersama Dr Mahathir bila ada kerangka konspirasi secara menyeluruh
terhadap saya. Jadi, sebab itu saya telah bersetuju, berbincan g dengan
teman-teman untuk melancarkan agenda reformasi atau Islah. Kerana saya
tidak dapat lihat kemungkinan kita membuat penyesuaian bila keganasan seperti
ini berlaku. Dalam kes yang dihadapkan terhadap saya, pecah isu yang melibatkan
pernyataan bekas pemandu Azizah yang bernama Azizan,
dan juga adik kepada Azmin Mohamad Ali, Ummi Hafilda. Mereka ada pengakuan
bersumpah, Ummi Hafilda ada kenyataan dalam tape yang menuduh orang-orang
tertentu membayar dengan harga yang cukup tinggi kepada pengarang buku
50 Dalil dan kemudian buku itu diedar secara meluas, hakim yang terlibat
dipindahkan, yang tidak boleh tidak merupakan satu konspirasi yang disahkan
di peringkat tertinggi dalam kerajaan.
Kemudian kes itu terhenti begitu sahaja. Bila saya
dipecat, rupa-rupanya kes tuduhan yang lama tidak boleh dipakai. Setelah
saya dipecat, barulah penangkapan-penangkapan baru dibuat. Penangkapan
dibuat terhadap Sukma, Dr Munawar, Azmin, Mohamad dan beberapa orang lain
sebelum ini yang ditangkap diugut dan mereka keluar samada mendiamkan diri,
atau pun membuat kenyataan-kenyataan palsu menentang saya. Saya tahu keupayaan
polis, kalau polis itu style nya, style Gestapo, kalau beberapa pegawai
polis style nya itu style pegawai-pegawai polis Apartheid dan juga ala
Mossad Israel. Tapi saya ingin mengingatkan mereka tahun ini, bulan ini
rasa boleh selamat, bulan depan belum tentu kerana rakyat akan menuntut
Suruhanjaya. Mandela menunggu puluhan tahun sebelum kebenaran muncul dan
siasatan terhadap orang-orang yang terlibat itu di teruskan. Keadilan tidak
boleh ditolak ansur. Keadilan mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Kezaliman tidak boleh dibiarkan berlalu. Jadi saya harap, oleh yang demikian,
polis menjalankan tugas dengan professional. Dalam kes Sukma, ditahan 13
hari, ibu bapa tidak boleh berjumpa, keluarga dari Indonesia tidak boleh
bertemu, peguam yang kita lantik, tidak boleh ditemui. Akhirnya polis memaksa,
mengugut dan kemungkinan mengenakan dadah dan meminta beliau mengaku dan
melantik peguam sendiri. Seluruh masyara kat guaman tahu betapa jijik cara
yang sedemikian. Sudahlah orang itu dipaksa, dan dipaksa mengaku, kemudian
dilantik peguam terdiri dari bekas pegawai polis, dilantik oleh polis untuk
mempertahankan Sukma. Dalam tempoh setengah jam kes itu diselesaikan di
mahkamah. Tidak ada bantahan, keluarga saya datang lambat kerana kita tidak
tahu, peguam datang lambat kerana tidak diberitahu, kemudian dalam setengah
jam, dikenakan denda 6 bulan penjara dan mahkamah bilik 4, dan mahkamah
bilik 1, kes Dr Munawar, nampak n ya mengambil tindakan sama, dengan cepat
dan pantas, hukuman pun sama. Ini suatu yang luar biasa, nak menunjukkan,
membuktikan ada arahan di peringkat tertinggi, ada konspirasi politik yang
telah berlaku. Sehingga selesai kes, bapak saya yang merayu nak menemui
Sukma sampai akhir tidak dibenarkan. Sukma tidak sanggup sehingga memanggung
kepala melihat anggota keluarga kerana takut kepada ugutan polis. Kezaliman
ini, kezaliman terhadap rakyat. Ini satu contoh, tetapi contoh ini membuka
mata rakyat. Saudara-saudara harus bersyukur kerana walaupun saya
dizalimi, saya dianiayai, saya diaibkan, dan dimalukan, ini kesempatan
yang penting yang pertama dalam sejarah moden kita. Di mana rakyat dengan
sendirinya diberikan pendedahan dan pengajaran. Dan oleh yang dem ikian
saya katakan tidak ada pilihan melainkan reformasi.
Undang-undang mesti dihormati. Prinsip keadilan mesti
dimuliakan. Hak asasi manusia jangan dipijak. Sistem diktator dan kuku
besi, merampas kekayaan rakyat, mesti diberhentikan. Ekonomi kita di Mala
ysia yang tercinta ini cukup jujur, cukup untuk semua. Tetapi janganlah
diminta supaya dibolot untuk kepentingan dua tiga kerat manusia yang rakus
dan tamak haloba. Walaupun menyampaikan maklumat kepada orang ramai seolah-olah
merekalah pejuang yang tulin .
Kemudian soal undang-undang, soal agama jangan diremehkan.
Kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai agama. Tetapi prinsip
keadilan mesti dijaga. Jangan harap kita gunakan media seperti yang dilakukan
di Malaysia sekarang, baik media cetak dan media elektronik untuk memperbodohkan
rakyat. Saya hadir bersama Azizah untuk melahirkan simpati kepada Lim Guan
Eng yang di penjarakan selama 18 bulan, semata-mata kerana nak pertahankan
maruah anak muda Melayu dan neneknya. Dan untuk itu saya dikecam hebat
seolah-olah saya bersekongkol dengan parti Cina dan DAP, saya katakan soal
Lim Guan Eng bukan soal Cina, bukan soal DAP, soal keadilan. Walaupun media
cuba mempermainkan supaya ahli-ahli UMNO akan memusuhi saya. Saya harap
ahli-ahli UMNO lebih matang . Sudahlah, janganlah benar diri ditipu dan
dikhianati seperti ini. Janganlah pimpinan kita ditentukan oleh orang-orang
yang rakus dan tamak haloba. Cukuplah, bukalah mata, jangan gentar dan
takut. Dan biarlah ada pendirian dalam hidup kita. Sebab itu say a katakan
reformasi ini harus bermula dari kesedaran kita. "Ku Anfusakum wa Ahlikum
Nara, idda bi nafsika", mula dari diri kita dengan semangat kita, untuk
melancarkan Islah ini.
Soal orang nak kaitkan dengan pengalaman negara-negara
lain tidak penting. Yang cukup takut bila Presiden Suharto berundur ialah
Datok Seri Dr Mahathir Mohamad. Saya tahu gelisahnya. Saya tahu bagaimana
dia pertahankan Suharto habis-habisan. Saya katakan Suharto juga banyak
dasar. Tetapi Suharto juga buat kesilapan besar, kerana mahu pertahankan
sistem yang tidak adil, dan rasuah. Begitu juga dengan Datok Seri Dr Mahathir
Mohamad, jasanya banyak. Tetapi dia sudah melewati tempoh keupayaan khidmatnya.
Dia telah cuba nak pertahankan diri dia, tanpa mempedulikan undang-undang
dan mel a kukan kezaliman yang perlu, teruskan, yang cukup mengaibkan.
Bahkan seperti dalam kes yang melibatkan saya sekali lagi saya ulangi,
kes yang dibangkitkan sekarang tidak ada kena mengena dengan kes yang menyebabkan
saya dipecat. Semua ini ditangkap baru, di reka baru, akan dipanggil lagi
kawan-kawan saya, dan nampaknya kalau nak gunakan pelacur nampak tak jadi
sebabkan saya gunakan berulangkan kali, pre-empt, dan menjangka awal tindakan
dan taktik mereka. Sebab itu mereka agak lebih ganas, bahkan Dr Munawar
di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tuduhan tidak ada kena
mengena dengan soal keselamatan. Tuduhan ialah kes seks.
Ini menunjukkan satu tindakan yang gopoh-gapah, kelam
kabut, yang dinaikkan kerana Perdana Menteri Dr Mahathir sudah desperate
. Dia sudah baca sekarang kemarahan rakyat. Dan saya ingin menasihatkan
dia supaya berundur secara terhormat sekarang sebelum rakyat bangun menentang
dan memaksa beliau turun secara cukup hina sekali. Dan saya berdoa ke hadrat
Allah s.w.t. supaya rakyat d a pat terus istiqamah dengan pendirian yang
teguh, bahawa masyarakat Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, semuanya
faham bahawa masa untuk perobahan adalah sekarang. Kita mesti bertindak
sekarang, sebelum kita dijajah oleh anak-anak bangsa yang pura-p ura menjadi
pemimpin kita.
Yang menyebabkan mereka me… besar dengan saya ialah
kerana saya tahu terlalu banyak rahsia mereka. Saya tahu beberapa billion
ringgit wang UMNO yang dicuri untuk kepentingan beberapa orang. Saya tahu
beberapa banyak wang – 1 billion – bulan Oktober yang dikeluarkan
dari dalam negara ke luar negara, ke satu akaun bank di sekitar Zurich.
Saya telah lapor kepada Dr Mahathir mengharapkan dia pemimpin yang boleh
dipercayai, rupa-rupanya dia menyimpan maklumat itu dan saya tidak boleh
nafikan bahawa ada pakatan sulit di antara beliau dan beberapa orang berkenaan.
Saya tahu rahsia bagaimana beberapa projek digunakan dan dimenafaatkan
untuk beberapa kawan dan suku-sakatnya. Mereka takut dengan maklumat ini.
Tetapi saya sudah beritahu bahawa saya pada peringkat awalnya tidak bercadang
untuk menentang Dr Mahathir dalam pimpinan parti dan kerajaan. Mengharapkan
bahawa beliau akan berhenti secara terhormat, dan bila kita ambil alih
kita akan betulkan cara baik tanpa membawa imej yang jijik ter hadap keburukan-keburukan
beliau. Tetapi beliau telah tidak beri pilihan, beliau menghina saya, menghina
ulama’, mempermainkan hukum agama, kalau … anggap beliau Maha Kuasa dan
dikelilingi oleh orang-orang yang tidak ada keberanian sama sekali untuk
membuat teguran terhadap beliau.
Beliau hidup dalam dunia impian. Beliau hidup dalam,
tidak jejak kepada bumi yang nyata. Beliau anggap beliau Perdana Menteri
yang paling popular di dunia dan beliau juga anggap bahawa beliau telah
dapat lakukan apa sahaja mengikut kehendak nafsu serakah beliau dan
beliau melakukan kesilapan besar kerana bertindak zalim dan doa orang yang
dizalimi atau mazlu insyaallah akan dikabuli oleh Allah s.w.t. Kita telah
berusaha menasihat sebagai anak kepada bapa. Saya tidak boleh nafikan yang
saya ada kasih kepada Dr Mahathir sebagai bapa. Sakitnya, demamnya, penatnya
saya ambil tahu. Saya tidak jangka sama sekali dia bertindak zalim dan
separuh gila dengan mengambil tindakan yang dilakukan kepada saya semata-mata
kerana takut bahawa saya tahu terlalu banyak dan rahsia terlalu banyak
mungkin didedahkan apa cara dan pilihannya ialah untuk mematikan kareer
politik saya supaya saya tidak mampu bangun lagi. Umumnya diketahui oleh
pimpinan dan rakyat sikap saya terhadap Bakun. Kita tidak sangat
menentang projek itu kalau dikendalikan cara teratur dan bukan untuk menjaga
kepentingan suku-sakatnya. Bahkan dalam pembangunan lapangan terbang Sepang
sendiripun berapa banyak kepentingan keluarganya dan anaknya itu diberikan
dan kita sedapat upaya cuba elakkan sehingga beliau mula marah-marah. Dalam
kes Petronas dengan MISC sekalipun yang melibatkan anaknya Mirzan Mahathir,
kita nasihatkan supaya ikut peraturan. Saya dengan Petronas meminta supaya
digunakan penilai, bukan paksa, kemudian terus di marah kerana harganya
difikir harus lebih tinggi. Tetapi harganya melibatkan RM2 billion duit
Petronas, wang rakyat, jadi kita terpaksa ikut cara dan kaedah yang
munasabah. Tetapi beliau tidak puas hati. Begitu juga dengan kemudahan
dan pembangunan Putrajaya, kerana dia hidup dalam apa yang disebut "Dillusion
and Grandeur" , mesti yang tertinggi, yang terhebat, yang terbesar, termasuklah
istana rasmi beliau mahu nya yang terindah dan yang terbesar di dunia.
Ada yang mengatakan saya luluskan. Saya ingin menyebut sa ya tidak meluluskan
pembangunan rumahnya. Itu dibuat melalui satu syarikat Putrajaya Holding
yang direncanakan sedemikian, mereka dapat arahan cara langsung. Saya tidak
menandatangani apa surat sekalipun meluluskan satu istana yang begitu besar
bagi seorang Perdana Menteri yang mahu hidup dalam satu dunia impian dan
khayal. Sebelum ini beliau mengecam raja-raja, membazir. Beliau meminta
dipinda undang-undang, kita sokong. Kita fikirkan undang-undang dipinda
supaya dikembalikan kuasa kepada rakyat. Rupa-rupanya kuasa raja dikurangkan,
diturunkan, kadang-kadang dengan cara yang cukup hina dan mengaibkan, tak
perlu dibuat cara begitu, tetapi yang dilaku ialah diambil kuasa raja,
diletakkan kepada kepala dia. Jadi akhirnya dia menjadi Perdana Menteri
dan raja dan dewa dan semuanya. Dan ini yang akhirnya memusuhi beliau sendiri
dan merosakkan imejnya. Dan sebab itu juga saya telah tidak meluluskan
rumah rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya. Kerana projek pertama
di sekitar RM70 juta, dikurangkan jadi RM40 ( juta), dikurangkan
lagi tetapi saya kata kepada Azizah, susah kita nak luluskan sekarang,
dalam keadaan ekonomi begini. Tak puas, kita duduklah di rumah yang lebih
simple, tetapi tidak dengan harga mahal-mahal, tidak dengan cara begitu.
Tetapi import semua ni, dari Perancis, peralatan dalaman rumah yang
terbaik di dunia. Semuanya first class, yang paling baik dan indah. Patut
kita istighfar, dan kita sedar bahawa kita juga ada hadnya. Beliau bukan
terlalu muda, bagaimana mahu terus mengekalkan kuasa, menongkat langit
dan dengan cara yang kejam dan zalim buat orang seperti ini. Gunakan instrumen
polis seperti Gestapo, memukul, mendera, dengan cara yang cukup memalukan,
bahkan mahkamah bersidang, cara satu sidang yang luar biasa cepat dan cekap,
tidak mendengar langsung rayuan dan permintaan daripada pihak peguamnya.
Yang kita dengar berulang kali ialah rakyat mesti berkorban. Tapi apa pengorbanan
kita yang memunggah kekayaan ratusan juta dan billion ringgit. Yang kita
dengar berulang kali ialah negara kita, tanggung jawab kita, di mana rakyat
mesti memikul tanggung jawab. Tetapi, tanggung jawab mereka untuk melaksanakan
keadilan, pemerintahan mengikut hukum dan undang-undang sendiri tidak dapat
ditunaikan dengan sebaiknya. Saya rasa juga sedikit bersalah kerana cuba
membawa perubahan sedapat mungkin sedaya upaya dari dalam, memujuk dan
merayu, dan menunggu sekian lama. Dan untuk itu saya memohon maaf kerana
walaupun saya basmikan kemiskinan, bangunkan rumah kos rendah, pertahankan
demokrasi dan masyarakat madani dan membawa imej Islam yang baik, menghormati
pandangan ulama’, nampaknya saya diketepikan.
Oleh kerana saya berkeras dan berdegil mempertahankan
prinsip ini, saya mahu dimalukan, dan berulangkali akan dibangkitkan melalui
tuduhan-tuduhan dan digunakan media untuk mengaibkan saya. Apa dosa
saya? Dosa saya ialah kerana saya mempertahankan kebenaran, keadilan dan
kepentingan rakyat.
Wassalamu’alaykum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
Ucapan Datok Seri Anwar Ibrahim
Sejurus sebelum beliau ditangkap dirumah beliau
Malam, 20 September 1998
Di manakah beliau sekarang?
Semoga Allah s.w.t. memelihara beliau.