MAJLIS GERAKAN KEADILAN RAKYAT MALAYSIA

PAS-PRM-DAP-PUM-ABIM-JIM-SUARAM-PPIM-ISMA-CAP-TERAS-PKPIM-URUS-YATIM-JUST

____________________________________________________________________________

d/a : Sekretariat Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) Markaz

Tarbiyah PAS Pusat, Lorong Haji Hassan, Taman Melewar 68100 Batu Caves

Selangor Darul Ehsan Tel: 03 6899296, 03 6895612 Fax: 036869618

____________________________________________________________________________

 

SETIAUSAHA KEHORMAT
MAJLIS PEGUAM MALAYSIA
NO 5 JALAN TUN PERAK
50050 KUALA LUMPUR

Tuan,

MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA MAJLIS PEGUAM MALAYSIA

Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) ingin melafazkan ucapan
tahniah kepada Majlis Peguam Malaysia di atas kejayaan mengadakan Mesyuarat
Agung Luarbiasa yang penuh bersejarah paad 10 Oktober 1998.

Kami ingin selanjutnya merakamkan penghargaan kami yang mendalam terhadap
pendirian yang diambil oleh Majlis Peguam berhubung isu-isu yang sedang
dibincang hangat oleh setiap lapisan masyarakat. Kami berharap Majlis
Peguam akan terus memperjuangkan dan mengakkan cita-cita keadilan,
kebebasan dan kebenaran, tanpa rasa takut atau memihak.

Mesyuarat Agung Luarbiasa Majlis Peguam yang diadakan baru-baru ini akan
diingati dengan penuh kebanggaan oleh setiap warga negara Malaysia sebagai
pernyataan yang paling keras daripada benteng terakhir keadilan di negara
ini.

GERAK mengucapkan selamat berjaya kepada Majlis Peguam dan kami memberi
keyakinan kepada Majlis Peguam akan sokongan penuh dan padu kami.
 
 

"KEMBALIKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT"
 
 
 

DATO' HAJI FADZIL MOHD NOOR
Pengerusi GERAK