The full text of the "message" issued by Malaysia's ousted deputy premier Anwar Ibrahim, conveyed to reporters by his wife Wan Azizah Wan Ismail on Saturday (17/10/98) after she and her six children visited Anwar in prison:
1. My release from ISA detention is Mahathir's gimmick because of his fear of the people's wrath and the reaction of the international community. The plan was to get me out of ISA detention before APEC begins. I deplore the irresponsible use of instruments of government, including the police, to continue to arrest people under the ISA on the pretext of safeguarding national security. In fact, this is a desperate act of Dr. M. to maintain power and hold office so as to save his family and cronies.
2. Notwithstanding whatever is said to the contrary, the treatment
given to detainees is inhumane, including placing detainees under solitary
confinement, forcing detainees to issue conciliatory statements as conditions
for release. The photograph in the Utusan Malaysia (15th Oct 1998) which
gives the impression that I was having a sumptuous meal in comfortable
surroundings, is both mischievous and misleading. The fact of the matter
is, this was the first decent meal that was ever served me at Bukit Aman.
All this while, the food given to me
was absolutely inedible, wrapped in plastic. As such, it is not
surprising that I have lost 18 pounds in weight. I do not deny the friendly
attitude of most police personnel in their treatment towards me and many
were quite disdainful of Mahathir and his dictatorial methods.
3. I continue to call for the reform of government to ensure the
rule of law and democracy. There must be an end to the abuse of instruments
of government. We must rid the country of corruption, cronyism and nepotism.
We must save the country from being exploited by a handful of individuals
out to manipulate the economy to amass wealth for themselves. I am aware
of the fear and reluctance of many in the leadership to express their views,
so as to protect their own vested interests and to avoid retribution from
the dictator. But they must take heed of
the people's wishes of the rakyat (people) before it is too late.
The rakyat has the commitment and conscience to continue the struggle but
the leaders must have the courage of conviction.
4. The detention was an attempt to weaken my resolve. They have failed. The brutal assault on me while under police custody was clearly a warning from Dr. M and the IGP (Inspector-General of Police) that they will not tolerate Reformasi. They are again mistaken. It is time for change.
5. They will continue to manipulate the media so as to distort the true state of affairs and the current upheavals in the country. The government-controlled media has totally lost credibility. This explains why the alternative media and the internet have gained popularity immensely.
6. The current hysteria against the leaders and organisations in neighbouring countries and the international community for expressing support for me and calling for my release from detention is symptomatic of the deep-seated sense of insecurity of Dr.M, even though he takes great pains in hiding the fact.
7. Legitimate reasons for justice by the people are met with harsh methods normally used in combatting militant communists. This again reflects how desperate Dr. M is that he will resort to any means to cling to power. The ISA is no longer an Internal Security Act but Save Mahathir Act.
1. Pembebasan saya dari tahanan ISA adalah satu helah Mahathir kerana
beliau takut kemarahan rakyat dan reaksi masyarakat antarabangsa. Rancangannya
ialah membebaskan saya dari ISA sebelum persidangan APEC bermula. Saya
mengecam penyalahgunaan jentera kerajaan, termasuklah
polis, yang secara berterusan menahan orang di bawah ISA dengan
alasan kononnya bagi menjaga keselamatan awam. Sesungguhnya, ini adalah
satu tindakan Dr. Mahathir yang semakin tersepit bagi terus berkuasa dan
memegang jawatan demi menyelamatkan keluarga dan kroninya.
2. Bertentangan dengan apa yang dikatakan, layanan terhadap tahanan
adalah tidak berperikemanusiaan, termasuklah mengurung mereka sendirian,
memaksa tahanan untuk mengeluarkan kenyataan menyokong kerajaan sebagai
syarat pembebasan. Gambar dalam Utusan Malaysia (15
Oktober, 1998) yang memperlihatkan seolah-olah saya menikmati jamuan
enak dengan suasana yang cukup selesa, adalah nakal dan mengelirukan. Kenyataannya
ialah, inilah kali pertama saya diberikan makanan yang baik di Bukit Aman.
Selama ini, makanan yang diberikan sama sekali
tidak boleh dimakan, dibungkus dengan plastik. Oleh itu, tidak
hairanlah saya mengalami penurunan berat badan sebanyak 18 paun. Saya tidak
menafikan layanan mesra sebahagian besar anggota polis terhadap saya dan
kebanyakan mereka meluat dengan Mahathir dan cara diktatornya.
3. Saya akan terus memperjuangkan reformasi kerajaan bagi menjamin
kedaulatan undang-undang dan demokrasi. Penyalahgunaan jentera kerajaan
mesti dihentikan. Kita mesti menghapuskan rasuah, kronisme dan nepotisme.
Kita mesti menyelamatkan negara daripada terus dipergunakan oleh segelintir
individu bagi memanipulasi ekonomi untuk meraih kekayaan mereka. Saya sedar
ketakutan dan keberatan sesetengah pemimpin negara untuk menyatakan pandangan,
demi memelihara
kepentingan diri dan mengelakkan hukuman daripada diktator. Tetapi
mereka harus akur dengan kehendak rakyat sebelum terlambat. Rakyat telah
mempunyai kesedaran dan keazaman untuk meneruskan perjuangan tetapi pemimpin
juga mesti mempunyai keberanian untuk menyatakan
keyakinan.
4. Penahanan saya adalah satu cubaan untuk melemahkan perjuangan
saya. Mereka gagal. Serangan kejam ke atas saya sewaktu dalam tahanan polis
adalah jelas merupakan amaran daripada Mahathir dan Ketua Polis Negara
bahawa mereka tidak akan bertolak-ansur dengan reformasi. Mereka
tersilap sekali lagi. Inilah masanya untuk perubahan.
5. Mereka akan terus memanipulasi media bagi memberikan gambaran yang salah mengenai keadaan dan pergolakan semasa di dalam negara. Media yang dikawal oleh kerajaan telah hilang kredibiliti. Itulah sebabnya mengapa media alternatif dan internet menjadi cukup popular.
6. Histeria yang berlaku terhadap pemimpin-pemimpin dan organisasi negara jiran dan masyarakat antarabangsa yang menyatakan sokongan terhadap saya dan membuat desakan agar saya dibebaskan adalah satu petanda ketidakyakinan yang mendalam Dr Mahathir, walaupun dia bersungguh-sungguh cuba melindungi kenyataan ini.
7. Alasan yang sah bagi menuntut keadilan oleh rakyat telah dihadapi
dengan kekerasan yang biasanya digunakan bagi menentang komunis bersenjata.
Ini sekali lagi menunjukkan betapa tertekannya Dr Mahathir dan dia akan
melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa. ISA kini bukan
lagi "Akta Keselamatan Dalam Negeri" tetapi "Akta Selamatkan Mahathir."
|in
English|