1) MENYEDARI
fenomena keadilan sedang dicabuli dan rakyat kini sudah mula mempersoalkan
kebebasan
kehakiman dalam proses keadilan negara.
2) MENYEDARI
gejala penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa untuk menyekat kebebasan
bersuara dan
mempertahankan diri melalui hak yang dijamin oleh undang-undang kini cukup
berleluasa sehingga penangkapan
yang dibuat secara tidak bertamadun.
3) MENYEDARI
krisis dan kegawatan politik negara kini sedang dilanda secara paling serius
sehingga menafikan
keadilan dan hak menyuara dan mendengar dari kalangan rakyat.
4) MENYEDARI
pemerintahan hari ini menuju kepada kezaliman dan ketidakadilan, menyedari
bahawa krisis
ekonomi kini menimbulkan krisis politik dan krisis sosial/moral,
yang sangat serius;
Maka kami yang tersenarai di bawah ini bersetuju membentuk satu Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) dengan objektif berikut :
Mengembeling
seluruh tenaga rakyat untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
Memastikan
agar institusi pemerintah terutama mahkamah, media dan polis tidak diperalat
untuk menekan serta
menakutkan
rakyat dan menyebar fitnah.
Menggerakkan
potensi rakyat untuk mengembalikan keadilan yang asasi. Bagi mencapai okjektif-okjektif
tersebut :
a) GERAK
menuntut kerajaan khususnya instrumen perundangan agar tidak disalahgunakan
bagi menghalalkan
segala tindakan ke atas mereka-mereka yang tidak sealiran dengan pemerintah.
b) GERAK
juga menyesali unsur dan gejala fitnah yang berleluasa berlaku dalam percaturanpolitik
sekarang ini
sehingga mengakibatkan maruah agama dan adab kesusilaan rakyat Malaysia
terjejas.
c) GERAK
menuntut supaya mereka yang ditahan dibawah ISA dibebaskan tanpa
syarat ataupun dihadapkan
ke mahkamah terbuka.
d) GERAK
menegaskan serta mendesak dengan sekeras-kerasnya agar ISA segera dihapuskan
memandangkan
akta ini sedang berleluasa menindas hak rakyat untuk mendapat keadilan.
e) GERAK
mendesak pihak kerajaan akan memastikan semua tahanan ISA tidak dianiayai
melalui pengunaan
apa-apa kaedah yang melibatkan seksaan fizikal, tekanan saikologi, mahupun
bahan kimia yang boleh mendera
tahanan untuk membuat pengakuan secara paksa atau dalam keadaan yang tidak
disedari.
f) GERAK
menuntut supaya kerajaan memberhentikan serta merta operasi menahan individu
rakyat
di bawah ISA.
g) GERAK
mendesak supaya badan kehakiman dan media dijamin kebebasannya agar tidak
diperalat oleh
mana-mana pihak yang boleh mencabuli perlaksanaan prinsip perundangan dan
keadilan untuk semua.
h) GERAK
menggesa pihak polis menjalankan tugas secara profesional, beretika dan
adil serta tidak dipengaruhi
oleh mana-mana pihak dalam melaksanakan tugasnya.
DATO HAJI FADZIL MOHD NOOR
Pengerusi GERAK
GERAK diwakili oleh :
PAS
PRM
DAP
PUM
ABIM
JIM
SUARAM
PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA
IKATAN SISWAZAH MUSLIM
CAP
TERAS
PKPIM
INDIVIDU :
TAN SRI ABDUL SAMAD ISMAIL : SASTERAWAN NEGARA
PROFESOR EMERITIUS DATO' SHAHNON AHMAD : SASTERAWAN
NEGARA
DR. ABDUL AZIZ BARI