Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Perlembagaan UMNO


Fasal 1 | Fasal 2 | Fasal 3 | Fasal 4 | Fasal 5 | Fasal 6 | Fasal 7 | Fasal 8 | Fasal 9 | Fasal 10 | Fasal 11
Fasal 12 | Fasal 13 | Fasal 14 | Fasal 15 | Fasal 16 | Fasal 17 | Fasal 18 | Fasal 19 | Fasal 20 | Fasal 21
Fasal 22 | Fasal 23 | Fasal 24 | Fasal 25 | Fasal 26 | Fasal 27 | Fasal 28 | Fasal 29 | Fasal 30 | Fasal 31 | Fasal 32

FASAL 1 

NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation)

FASAL 2

COGANKATA UMNO IALAH:-

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

LOGO UMNO ialah :- BENDERA UMNO ialah :-

FASAL 3

ASAS DAN TUJUAN

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

FASAL 4


JENIS AHLI

4.1 Ahli-ahli UMNO adalah dua jenis:

4.1.1 Ahli Biasa
4.1.2 Ahli Bergabung

4.2 Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun keatas

4.3 Ahli Bergabung ialah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan UMNO dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi

FASAL 5


PERMOHONAN MENJADI AHLI

5.1 Permohonan menjadi ahli hendaklah dikemukakan melalui Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Bahagian yang akan menghantarnya kepada Ibu Pejabat untuk kelulusan Majlis Tertinggi atau wakilnya.

5.2 Borang permohonan menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon, seorang pencadang dan seorang penyokong dari ahli biasa daripada Cawangan di mana ia memohon menjadi ahli dan hendaklah disertakan dengan bayaran wang pendaftaran dan yuran tahunan.

5.3 Sekiranya pemohon tidak mendapat sebarang jawapan dari Cawangan selepas dua bulan daripada tarikh permohonannya, ia bolehlah membuat rayuan kepada Bahagian dan sekiranya tidak menerima jawapan selepas dua bulan, rayuan boleh dikemukakan kepada Majlis Tertinggi untuk pertimbangan. Keputusan Majlis Tertinggi adalah muktamad.

5.4 Pertubuhan yang hendak menjadi Ahli Bergabung hendaklah menghantar permohonannya dengan bertulis yang ditandatangani oleh Yang Dipertua dan Setiausahanya kepada Setiausaha Agung UMNO

5.5 Majlis Tertinggi berkuasa menetapkan borang permohonan, wang pendaftaran dan yuran ahli.

FASAL 6


TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

6.1 Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

6.1.1 Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya
6.1.2 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.
6.1.3 Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.
6.1.4 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.
6.1.5 Berkhidmat kepada orang ramai
6.1.6 Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara

6.2 Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:

6.2.1 Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti
6.2.2 Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti
6.2.3 Mengambil bahagian dalam pilihan raya dan menerima lantikan parti sebagai seorang calon.
6.2.4 Seseorang ahli bolehlah menjadi calon pilihan raya setelah menjadi ahli terus menerus tidak kurang dari 5 tahun. Kelonggaran boleh di berikan oleh Majlis Tertinggi
6.2.5 Seorang yang hendak bertanding bagi sebarang jawatan atau dilantik hendaklah menjadi ahli parti terus menerus:
a) Selama 2 tahun terlebih dahulu bagi Jawatankuasa Cawangan kecuali yang baru ditubuhkan.
b) Selama 3 tahun terlebih dahulu bagi Jawatankuasa Bahagian.
c) Selama 3 tahun terlebih dahulu bagi Majlis Tertinggi
6.2.6 Syarat di dalam Fasal 6.2.5 hendaklah juga digunapakai bagi seseorang ahli yang yang hendak bertanding jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-Kira di semua peringkat.
6.2.7 Ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan untuk digantung atau dipecat tidaklah hilang hak keahliannya.
6.2.8 Ahli-ahli yang tidak menjadi wakil ke mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Perhimpunan Agung boleh dicalonkan dan bertanding di peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat di bawah Fasal 9.5 dan Fasal 15.4
6.2.9 Ahli-ahli yang tidak hadir di Persidangan Cawangan boleh dicalonkan dan bertanding sebarang jawatan atau sebagai wakil ke Perwakilan Bahagian dengan menyatakan persetujuannya secara bertulis

6.3 Seseorang ahli itu tidak berhak

6.3.1 Menjadi ahli lebih daripada satu Cawangan
6.3.2 Mewakilkan hak mengundinya kepada sesiapa jua pun
6.3.3 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 sekiranya ia tidak menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan
6.3.4 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 jika sekiranya ia dilarang oleh undang-undang atau jika ia dikenakan hukuman disiplin
6.3.5 Menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap Pemeriksa Kira-Kira atau Ahli Jawatankauasalebih daripada satu Cawangan atau Bahagian melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Majlis Tertinggi
6.3.6 Menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat yang sama di mana ia telah dipilih menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Pemeriksa Kira-Kira dan sebaliknya
6.3.7 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam Persidangan Cawangan dan Perwakilan Bahagian selain daripada Cawangan dan Bahagian di mana ia menjadi ahli
6.3.8 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam mana-mana Cawangan atau Bahagian baru yang dimasukinya, kiranya ahli telah menggunakan haknya itu dalam Cwangan atau Bahagian asalnya bagi tahun berkenaan

FASAL 7

SUSUNAN DAN PENTADBIRAN UMNO

7.1 Bentuk susunan parti dan pembahagian kuasa adalah seperti berikut:

7.1.1 PUSAT-Perhimpunan Agung atau waktu ketiadaan Majlis Tertinggi
7.1.2 PERHUBUNGAN-Badan Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan
7.1.3 BAHAGIAN-Perwakilan Bahagian atau ketiadaannya Jawatankuasa Bahagian
7.1.4 CAWANGAN-Persidangan Cawangan atau waktu ketiadaannya Jawatankuasa Cawangan

FASAL 8


PERHIMPUNAN AGUNG

8.1 Perhimpunan Agung adalah kuasa tertinggi parti dan perjalanan parti adalah berasakan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada Perlembagaan dan juga Peraturan UMNO

8.2 Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu

8.3 Tugas-tugas Perhimpunan Agung Tahunan ialah:

8.3.1 Menetukan dasar-dasar parti
8.3.2 Mengkaji kerja-kerja Majlis Tertinggi
8.3.3 Tertakluk kepada Fasal 9.3 memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi
8.3.4 Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan melantik Juruaudit untuk tempoh tiga tahun

8.4 Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada:

8.4.1 Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap
8.4.2 Ahli-ahli Majlis Tertinggi
8.4.3 Wakil yang dipilih oleh Perwakilan tahunan Bahagian sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima ratus orang ahli yang telah menjelaskan yuran dengan syarat bilangan wakil-wakil itu tdak lebih daripada tujuh orang dari satu Bahagian termasuk Bahagian yang Jawatankuasanya sedang digantung jika Bahagian itu boleh mengadakan Perwakilan Bahagian dengan sempurna
8.4.4 Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Wanita Bahagian yang telah mengadakan Perwakilan Bahagian dan telah menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan. Mereka di atas yang menjadi Ahli Majlis Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian
8.4.5 Tidak lebih daripada sepuluh orang wakil Pergerakan Pemuda dan sepuluh orang wakil Pergerakan Wanita yang dipilih oleh Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing

8.5 Perhimpunan Agung Khas hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada tiga permintaan yang berikut:

8.5.1 Dengan kehendak Presiden
8.5.2 Dengan permintaan bertulis dari pada dua pertiga Ahli-ahli Majlis Tertinggi
8.5.3 Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua Bahagian itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama

8.6 Mengikut Fasal 8.5.2 di atas Setiausaha Agung hendaklah memanggil Perhimpunan Agung Khas itu. Jika Setiausaha Agung tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh permohonan daripada Bahagian yang terakhir itu diterima maka Perhimpunan Agung Khas itu hendaklah dipanggil oleh Pengerusi Tetap atau Timbalannya dan jika Pengerusi Tetap dan Timbalannya tidak berbuat demikian dalam tempoh dua puluh daripada lapan hari daripada permohonan asal diterima maka Bahagian-bahagian yang memohon diadakan Perhimpunan Agung Khas itu boleh memanggil Perhimpunan Agung Khas tersebut dengan syarat semua ahli Perwakilan dijemput hadir melalui bahagian

FASAL 9


MAJLIS TERTINGGI 

9.1 Majlis Tertinggi adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya tetapi segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung.

9.2 Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada:

9.2.1 Presiden
9.2.2 Timbalan Presiden
9.2.3 Lima orang Naib Presiden termasuk Ketua Pergerakan Pemuda dan Wanita
9.2.4 Setiausaha Agung
9.2.5 Bendahari
9.2.6 Ketua Penerangan
9.2.7 Tidak lebih daripada dua puluh lima orang yang di pilih oleh Perhimpunan Agung 
9.2.8 Tidak lebih daripada 10 orang yang dilantik oleh Presiden

9.3 Presiden, Timbalan Presiden, 3 orang Naib Presiden dan 25 orang Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali

9.4 Ketua, Naib Ketua Pemuda dan Ketua Naib Ketua Wanita hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung masing-masing tiap-tiap 3 tahun. Ketua Pemuda dan Ketua Wanita mempunyai hak-hak dan kuasa-kuasa Naib Presiden

9.5 Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:
a) Presiden -30%
b) Timbalan Presiden -20%
c) Naib Presiden -10%
d) Ahli-ahli Majlis Tertinggi -5%
daripada jumlah bahagian yang sah mengikut Fasal 14.5.4

9.6 Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Pergerakan dilantik oleh Presiden dan memegang jawatan mereka selama 3 tahun kecuali mereka berhenti atau diberhentikan

9.7 Pegawai-pegawai UMNO ialah:

9.7.1 Presiden
9.7.2 Timbalan Presiden
9.7.3 Lima orang Naib Presiden
9.7.4 Setiausaha Agung
9.7.5 Bendahari 
9.7.6 Ketua Penerangan

9.8 Tugas-tugas pegawai dalam Majlis Tertinggi:

9.8.1.1.1 Menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti
9.8.1.1.2 Melantik Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan dan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan
9.8.1.1.3 Memanggil dan mempengerusikan sidang Majlis Tertinggi
9.8.1.1.4 Melantik tidak lebih daripada 10 orang Ahli Majlis Tertinggi mengikut Fasal 9.2.8

9.8.2 Timbalan Presiden

9.8.2.1 Membantu tugas-tugas Presiden
9.8.2.2 Mempengerusikan sidang-sidang Majlis Tertinggi semasa ketiadaan Presiden

9.8.3 Naib-Naib Presiden

9.8.3.1 Membantu tugas-tugas Presiden
9.8.3.2 Mempengerusikan sidang-sidang Majlis Tertinggi apabila Presiden dan Timbalan Presiden tidak hadir

9.8.4 Setiausaha Agung

9.8.4.1 Bertanggungjawab kepada Presiden
9.8.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung 
9.8.4.3 Menyediakan Penyata Tahunan yang menerangkan perkerjaan dan kemajuan parti dalam masa setahun kepada Majlis Tertinggi

9.8.5 Bendahari

9.8.5.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Ibu Pejabat
9.8.5.2 Menyediakan Penyata Kira-Kira Kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilntik oleh Perhimpunan Agung
9.8.5.3 Menyediakan anggaran pendapatan dan belajaan tahunan kepada Majlis Tertinggi
9.8.5.4 Membentangkan Penyata dan butir kira-kira yang diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira kepada Majlis Tertinggi
9.8.5.5 Memaklumkan kepada Majlis Tertinggi kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun

9.8.6 Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Wanita

9.8.6.1 Tugas-tugas Ketua Pergerakan Pemuda dan Wanita ditetapkan oleh peraturannya masing-masing selain daripada tugasnya mengikut Fasal 9.8.3

9.8.7 Ketua Penerangan

9.8.7.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan dan melaporkannya kepada Majlis Tertinggi
9.8.7.2 Mentadbir Jabatan Penerangan di Ibu Pejabat dan menyusun kerja pegawai-pegawai di dalam Jabatan itu

9.9 Jika Presiden berhenti maka Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan Perhimpunan Agung untuk memilih Presiden baru mengikut Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal 9.8.1

9,10 Jika Pemangku Presiden berhenti, Majlis Tertinggi hendaklah memilih salah seorang daripada Naib Presiden memangku jawatan itu sehingga diadakan Perhimpunan Agung mimilih Presiden baru mengikut Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal 9.8.1

9.11 Jika semua Ahli Majlis Tertinggi berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau Timbalannya hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada enam puluh hari mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung itu hendaklah menetapkan tempoh perhidmatan Majlis Tertinggi yang baru ditubuhkan itu

9.12 Jawatan Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir

9.13 Majlis Tertinggi hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan, atau

9.13.1 Pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Presiden atau
9.13.2 Denagn permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi

9.14 Jika Setiusaha Agung tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 9.13.2 dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh permohonan itu dibuat maka ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Majlis Tertinggi dijemput hadir

9.15 Satu Perdua daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat

FASAL 10 <


TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI

10.1 Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan lain atas hal-hal politik atau lain-lain yang sesuai dengan tujuan-tujuan UMNO

10.2 Menerima wang yuran tahunan yang dibayar melalui Cawangan dan Bahagian-bahagian yang dibuat mengikut Fasal 25.2 dan Fasal 26.1 dan menentukan tarikh pembayaran yuran mengikut Fasal 25.2 dan 25.3

10.3 Memilih calon-calon bagi Pilihan Raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri setelah berunding dengan Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan bagi Negeri-negeri yang berkenaan

10.4 Menunaikan segala syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966

10.5 Membentangkan kepada Perhimpunan Agung suatu Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira Tahunannya yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira

10.6 Menghantar kepada Bahagian Penyata Tahunan bersrta dengan Penyata Kira-Kira sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh Perhimpunan Agung

10.7 Menggantung atau melucutkan keahlian seseorang ahli

10.8 Tertakluk kepada kelulusan Pendaftaran Pertubuhan, menubuhkan Badan perhubungan, Bahagian dan Cawangan-cawangan dan menentukan perjalanannya dan boleh menggantung atau membubarkan Badan Perhubungan, Bahagian Cawangan itu dan/atau pemilihan jawatankuasa yang digantung atau dibubarkan itu.

10.9 Dengan persetujuan dua pertiga daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi, berhak menolak semua sekali Ahli Perwakilan Bahagian yang menghadiri Perhimpunan Agung yang didapati pungutan yuran tidak mengikut Fasal 25.1 dan 25.2

10.10 Melucutkan jawatan mana-mana Ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan atas apa-apa sebab sekali pun

10.11 Melantik seorang Pegawai Awam

10.12 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang

10.13 Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa juapun.

10.14 Menetapkan tarikh Perwakilan Bahagian dan dengan tidak menghiraukan Fasal 15.2, berkuasa menentukan mana-mana satu di antara Perwakilan Bahagian-bahagian yang diadakan itu bagi memilih Jawatankuasanya

10.15 Membuat peraturan bagi menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk mengawal dan menyelia pemilihan jawatan-jawatan di semua peringkat dan menubuhkan Jawatan-jawatankuasa kecil yang lain

10.16 Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti

10.17 Majlis Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.

FASAL 11


PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG

Pejabat Setiausaha Agung adalah menjadi Pejabat Berdaftar, iaitu di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Kompleks UMNO, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur atau dimana-mana tempat yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan

FASAL 12
<<top>>

BADAN PERHUBUNGAN

12.1 Badan Perhubungan boleh ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi di tiap-tip=ap Negeri dan Wilayah Persekutuan

12.2 Badan Perhubungan terdiri daripada:

12.2.1 Pengerusi
12.2.2 Timbalan Pengerusi
12.2.3 Setiausaha 
12.2.4 Bendahari
12.2.5 Ketua Penerangan
12.2.6 Ketua-ketua Bahagian
12.2.7 2 orang wakil Pergerakan Pemuda Negeri dan 2 orang wakil Pergerakan Wanita Negeri dan Wilayah Persekutuan yang dilantik oleh Ketua Pergerakan masing-masing

12.3 Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi dan akan memegang jawatan mereka selama 3 tahun kecuali mereka diberhentikan oleh Pengerusi

12.4 Ketua Bahagian hanya boleh melantik Timbalan Ketua Bahagian mengambil tempatnya uantuk menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan dengan memberikan sebab bertulis pada tiap-tiap kali mesyuarat itu diadakan. Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan berkuasa menerima atau menolak kehadiran Timbalan Ketua Bahagian itu

12.5 Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan hendaklah dilantik oleh Presiden yang mereka memegang jawatan masing-masing selama tiga tahun daripada tarikh perlantikannya tetapi boleh diberhentikan oleh Presiden pada bila-bila masa

12.6 Wakil Majlis Tertinggi boleh hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat Badan Perhubungan tetapi tidak boleh mengundi

12.7 Badan Perhubungan hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan, atau

12.7.1 Pada bila-bila masa dikehendaki oleh Pengerusi atau
12.7.2 Dengan permintaan bertulis daripada satu pertiga daripada bilangan ahli-ahlinya

12.8 Jika Setiausaha tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 12.7.2 selepas 14 hari daripada tarikh permohonan itu diterima maka ahli-ahli yang memohon itu boleh mengadakan mesyuarat itu dengan syarat semua ahli hendaklah dijemput hadir 

12.9 Satu perdua daripada bilangan Ahli Badan Perhubungan adalah menjadi cukup bilang menjalankan mesyuaratnya

12.10 Badan Perhubungan hendaklah mengadakan konvensyen di peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya sekali setahun mengandungi wakil-wakil daripada Bahagian-bahagian. Majlis Tertinggi berkuasa menentukan syarat-syarat dan lain-lain perkara berhubung dengan konvensyen itu

12.11 Dalam tiap-tiap Mesyuarat Badan Perhubungan jika Pengerusi dan Timbalannya tidak hadir maka salah seorang daripada ahli yang hadir itu boleh dipilih menjadi Pengerusi

12.12 Tugas-tugas Pegawai Badan Perhubungan:

12.12.1 Pengerusi
12.12.1.1 Melantik Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari
12.12.1.2 Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan
12.12.1.3 Bertanggungjawab atas semua anggota Pejabat Badan Perhubungan

12.12.2 Timblan Pengerusi
12.12.2.1 Membantu tugas-tugas Pengerusi
12.12.2.2 Mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan apabila Pengerusi tidak hadir

12.12.3 Setiausaha
12.12.3.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi
12.12.3.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan Pejabat Perhubungan
12.12.3.3 Memanggil Mesyuarat mengikut Fasal 12.7

12.12.4 Bendahari
12.12.4.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan
12.12.4.2 Membentangkan laporan kewangan kepada Badan Perhubungan
12.12.4.3 Memaklumkan kepada Badan Perhubungan kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang Amanah sekurang-sekurangnya sekali setahun

12.12.5 Ketua Penerangan
12.12.5.1 Bertanggungjawab atas penerangan dan penyiaran
12.12.5.2 Melaporkan kepada Badan Perhubungan atas kerja-kerja penerangan di peringkat Negeri

12.13 Tanggungan, kuasa dan kewajipan Badan Perhubungan ialah:

12.13.1 Mengatur dan menyelaraskan perjalanan sesebuah Negeri dan Wilayah Persekutuan
12.13.2 Memilih ahli-ahli bagi mewakili parti di dalam sebarang kumpulan atau Lembaga di Peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan
12.13.3 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang
12.13.4 Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikan pada bila-bila masa pun
12.13.5 Manunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966
12.13.6 Menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit di dalam Bahagian dan Cawangan dengan kehendak Majlis Tertinggi
12.13.7 Membentangkan Penyata Tahunan serta Penyata Kira-Kira wang tahunannya yang telah diperiksa dan di sahkan oleh Pemeriksa Kira-kira pada Majlis Tertinggi

FASAL 13


PEJABAT SETIUSAHA BADAN PERHUBUNGAN

Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan itu hendaklah ditempatkan di pusat pentadbiran UMNO Negeri itu atau di mana-mana juga tempat yang ditentukan oleh Badan Perhubungan Negeri dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan

FASAL 14

BAHAGIAN

14.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan sebuah Bahagian disetiap kawasan Pilihan Raya Dewan Rakyat

14.2 Tertakluk kepada Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan Bahagian adalah berasakan pada kuasa dan perintah Perwakilan Bahagian

14.3 Perwakilan Bahagian hendaklah diadakan sekali setahun tidak kurang daripada 60 hari sebelum tarikh diadakan Perhimpunan Agung. Kelonggaran boleh diberikan oleh Majlis Tertinggi tertakluk kepada Fasal 10.14

14.4 Perwakilan Bahagian hendaklah terdiri daripada:

14.4.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan sebuah Bahagian di setiap kawasan Pilihan Rakyat Dewan Rakyat
14.4.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian
14.4.3 Ketua Cawangan yang Cawangannya telah mengadakan persidangan dan telah menjelaskan yuran kepada Bahagian bagi tahun berkenaan. Ketua Cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan
14.4.4 Wakil-wakil yang dilantik oleh Persidangan Cawangan sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima puluh orang ahli yang telah menjelaskan yurannya mengikut Fasal 25.1 dan 25.2, tetapi jumlah Ahli Perwakilan itu tidak lebih daripada lima orang dari satu cawangan
14.4.5 Cawangan-cawangan yang dicadangkan oleh Bahagian untuk digantung atau dibubarkan dan Jawatankuasa Cawangan yang telah digantung oleh Majlis Tertinggi boleh menghantar wakil jika Cawangan itu dapat mengadakan Persidangan dengan sempurna.
14.4.6 Tidak lebih daripada 5 orang wakil Pergerakan Pemuda dan 5 orang wakil Pergerakan Wanita yang dipilih oleh Perwakilan Bahagiannya masing-masing

14.5 Tugas-tugas Perwakilan Bahagian ialah:

14.5.1 Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian tertakluk kepada Fasal 15.2
14.5.2 Memilih wakil-wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung. Wakil-wakil yang tidak dipilih dalam Perwakilan Bahagian atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah. Mana-mana wakil yang tidak dapat hadir tidak boleh melantik gantinya.
14.5.3 Membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung.
14.5.4 Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Tertinggi
14.5.5 Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-kira mengikut Fasal 28.2

14.6 Perwakilan Khas Bahagian hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada permintaan berikut:

14.6.1 Dengan permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian
14.6.2 Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua Cawangan dengan syarat Cawangan-cawangan itu telah mengadakan Persidangan Khasnya atas masalah yang sama
14.6.3 Dengan kehendak Majlis Tertinggi

14.7 Setiausaha Bahagian hendaklah memanggil Perwakilan Khas Bahagian itu. Jika Setiausaha Bahagian tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh permohonan cawangan yang terakhir itu diterima maka Perwakilan Khas Bahagian itu hendaklah dipanggil oleh Majlis Tertinggi

14.8 Perwakilan khas bahagian itu hendaklah diadakan mengikut kaedah Perwakilan Bahagian dan ahli-ahli yang hadir dalam Perwakilan Bahagian bagi tahun yang baru lalu sahaja boleh hadir kecuali jika Persidangan Khas Cawangan itu menggantikannya dengan ahli yang lain

FASAL 15


JAWATANKUASA BAHAGIAN

15.1 Jawatankuasa Bahagian hendaklah terdiri daripada:

15.1.1 Ketua
15.1.2 Timbalan Ketua
15.1.3 3 orang Naib Ketua termasuk Ketua Pergerakan Pemuda dan Wanita
15.1.4 Setiausaha
15.1.5 Bendahari
15.1.6 Ketua Penerangan
15.1.7 Tidak lebih daripada lima belas orang yang dipilih oleh Perwakilan Bahagian
15.1.8 Tidak lebih daripada 5 orang yang dilantik oleh Ketua

15.2 Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita dan Ahli-ahli Jawatankuasa mengikut Fasal 15.1.7, hendaklah dipilih tiap-tiap 3 tahun sekali. Walau bagaimanapun Majlis Tertinggi boleh menagguhkan pemilihan bagi suatu tempoh yang tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan mengikut Fasal 10.17 

15.3 Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan ahli yang dilantik oleh Ketua Bahagian akan memegang jawatan mereka selama tiga tahunkecuali mereka diberhentikan oleh Ketua Bahagian atau dilanjutkan selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi di bawah Fasal 15.2

15.4 Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan dalam Jawatamkuasa Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:
a) Ketua -20%
b) Timbalan Ketua -15%
c) Naib -10%
d) Ahli Jawatankuasa -2 Cawangan 
daripada jumalah Cawangan yang sah dalam Bahagian mengikut Fasal 17.5.7 kecuali apabila mana-mana Bahagian di mana Cawangannya melebihi 150 Cawangan mencukupilah seorang calon itu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 Cawangan bagi Ketua dan 10 Cawangan bagi Naib Ketua

15.5 Jawatan Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian tidak menjadi kosong disebabkan seseorang ahli itu dilantik menjadi pegawai mengikut Fasal 15.3

15.6 Jika Ketua Bahagian berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua berhenti atau diberhentikan maka Jawatankuasa bolehlah melantik salah seorang daripada Naib Ketua memangku jawatan itu atau melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa jika ketiadaan Naib Ketua untuk memangku Jawatan itu sehingga diadakan Perwakilan Bahagian mengikut Fasal 15.2

15.7 Jika semua Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian berhenti serentak maka Majlis Tertinggi akan mengadakan Perwakilan Khas Bahagian untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu dan menetukan tempoh perhidmatannya.

15.8 Jawatankuasa Bahagian hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan atau

15.8.1 Pada bial-bila masa lain yang dikehendaki oleh Ketua atau
15.8.2 Dengan permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa

15.9 Jika Setiausaha Bahagian tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 15.8.2 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan itu dubuat, maka ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Jawatankuasa dijemput hadir

15.10 Satu perdua daripada Ahli-ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat

15.11 Tugas-tugas Pegawai dan Jawatankuasa Bahagian:

15.11.1 Ketua Bahagian
15.11.1.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Bahagian dan Cawangan di dalam Bahagian
15.11.1.2 Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota pejabat
Bahagian
15.11.1.3 Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian
15.11.1.4 Melantik Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka
15.11.1.5 Melantik 5 orang Ahli Jawatankuasa Bahagian

15.11.2 Timbalan Ketua
15.11.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian
15.11.2.2 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua Bahagian tidak hadir

15.11.3 Naib Ketua
15.11.3.1 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian
15.11.3.2 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua dan Timbalannya tidak hadir

15.11.4 Setiausaha
15.11.4.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Bahagian
15.11.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian dan Perwakilan Bahagian 
15.11.4.3 Menyediakan Penyata Tahuna UMNO Bahagian

15.11.5 Bendahari
15.11.5.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Bahagian itu
15.11.5.2 Menyediakan dan membentangkan Penyata kewangan Tahunan yang disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira kepada Jawatankuasa Bahagian
15.11.5.3 Memaklumkan kepada Jawatankuasa Bahagian kedudukan harta benda milik UMNO Bahagian dan pemegang Amanah sekurang -kurangnya sekali setahun

15.11.6 Ketua Penerangan 
15.11.6.1 Menjalankan tugas penerangan di peringkat Bahagian dan
15.11.6.2 Melaporkan kepada Bahagian akan tugas-tugas tersebut

15.12 Tanggungan, kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Bahagian ialah:
15.12.1 Menetukan wakil-wakil parti bagi menganggotai Majlis Bandar Raya, Perbandaran, Bandaran, Tempatan dan Daerah
15.12.2 Mengawasi perjalanan dan menyelesaikan masalah Cawangan
15.12.3 Membentangkan Penyata Tahunan serta Penyata Kira-Kira yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira kepada Perwakilan Bahagian
15.12.4 Hendaklah menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh Cawangan
15.12.5 Menghantar kepada Setiausaha Agung, Penyata Tahunan Bahagian dan Penyata Kira-Kira yang telah dibentangkan dalam Perwakilan Bahagian
15.12.6 Menetapkan tarikh Persidangan Cawangan setelah berunding dengan Jawatankuasa Cawangan
15.12.7 Menunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966
15.12.8 Dengan persetujuan dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian, berhak menolak semua sekali Ahli Perwakilan Cawangan yang didapati membayar yuran ahli-ahlinya tidak mengikut kehendak Fasal 25.1 dan 25.2
15.12.9 Berkerjasama dengan Majlis Tertinggi dan Cawangan bagi menyediakan senarai ahli-ahli yang berhak mengambil bahagian dalam Persidangan Cawangan
15.12.10 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetap tempat menyimpan wang
15.12.11 Melantik pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa

FASAL 16


PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIAN

Pejabat Setiausaha Bahagian itu bolehlah ditempatkan dimana-mana jua tempat yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bahgian itu dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan

FASAL 17


CAWANGAN

17.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuh, menggantung dan membubarkan Cawangan setelah terlebih dahulu berunding dan merujuk kepada Jawatankuasa Bahagian berkenaan
17.2 Tertaluk kepada Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan Cawangan adalah berasakan kepada kuasa dan perintah Persidangan Cawangan
17.3 Tertakluk kepada Fasal 15.12.6 Persidangan Cawangan hendaklah diadakan setahun sekali tetapi tidak lewat daripada empat belas hari sebelum tarikh diadakan Perwakilan Bahagian.
17.4 Persidangan Cawangan hendaklah terdiri daripada 
17.5.1 Membincangkan dasar parti untuk dikemukankan kepada mesyuarat Perwakialan Bahagian
17.5.2 Mengkaji kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Bahagian
17.5.3 Mengadakan rancangan-rancangan kerja untuk faedah rayat
17.5.4 Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa tertakluk kepada Fasal 18.2
17.5.5 Memilih Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksan Kira-kira mengikut Fasal 28.2
17.5.6 Memilih wakil-wakil ke Perwakilan Bahagian. Wakil-wakil yang tidak dipilih di dalam Persidangan Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah
17.5.7 Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian
17.5.8 Tertakluk kepada Fasal 8.4.3, mencadangkan 7 nama untuk dipilih sebagai wakil UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO

17.6 Persidangan Khas Cawangan hendaklah diadakan dengan permintaan bertulis daripada satu perdua jumlah ahli-ahli. Jika Setiausaha tidak memanggil Persidangan Khas Cawangan itu dalam tempoh empat belas hari maka Persidangan Khas Cawangan itu hendaklah dipanggil oleh Jawatankuasa Bahagian

FASAL 18


JAWATANKUASA CAWANGAN

18.1 Jawatan Cawangan hendaklah terdiri daripada
18.1.1 Ketua
18.1.2 Timbalan Ketua
18.1.3 Setiausaha 
18.1.4 Bendahari
18.1.5 Ketu-ketua Pergerakan Pemuda dan Wanita
18.1.6 Ketua Penerangan
18.1.7 Tidak lebih daripada 10 orang yang dipilih oleh Persidangan 
18.1.8 Tidak lebih daripada 3 orang ahli yang dilantik oleh Ketua Cawangan

18.2 Ketua, Timbalan Ketua dan 10 ahli Jawatankuasa Cawangan seoerti 18.17 hendaklah dipilah tiap-tiap 2 tahun sekali oleh Persidangan Cawangan. Ketua Pergerakan Pemuda dam Wanita akan dipilih oleh Persidangan Pergerakan masing-masing tiap-tiap dua tahun sekali
18.3 Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan tidak lebih daripada 3 orang ahli yang dilantik mengikut Fasal 18.18 dilantik oleh Ketua Cawangan dan akan memegang Jawatan mereka selama 2 tahun kecuali mereka diberhentikan oleh Ketua Cawangan
18.4 Jawatan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan tidak menjadi kosong disebab seseorang ahli tiu telah dilantik menjadi Pegawai mengikut Fasal 18.3
18.5 Jawatankuasa Cawangan hendaklah bersidang sekurang-kurangnya dua bulan sekali, atau
18.5.1 Pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua atau
18.5.2 Dengan permintaan bersurat daripada satu pertiga Ahli Jawatankuasa Cawangan

18.6 Jika Setiausaha tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 18.5.2 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan dibuat maka ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Jawatankuasa Cawangan dijemput hadir

18.7 Satu perdua daripada Ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat

18.8 Sekiranya seorang Ahli Jawatankuasa yang dipilih tiada lagi memegang jawatannya itu tidak boleh diganti

18.9 Jika Ketua Cawangan berhenti atau diberhentikan maka Timbalannya akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua itu berhenti atau diberhentikan maka salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa boleh dilantik memangku Jawatan itu

18.10 Jika Ketua dan Timbalan tidak hadir didalam Mesyuarat Jawatankuasa maka salah seorang daripada Ahli-ahli yang hadir itu boleh dilantik menjadi Pengerusi

18.11 Tugas-tugas Pegawai Cawangan
18.11.1 Ketua
18.11.1.1 Bertanggungjawab keatas kesempurnaan perjalanan Cawangan
18.11.1.2 Melantik Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka
18.11.1.3 Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota Pejabat Cawangan
18.11.1.4 Memanggil dan mempengerusikan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan
18.11.1.5 Melantik tiga orang Ahli Jawatankuasa Cawangan mengikut Fasal 18.1.8

18.11.2 Timbalan Ketua
18.11.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua Cawangan
18.11.2.2 Mempengerusikan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan apabila ketua cawangan tidak hadir

18.11.3 Setiausaha
18.11.3.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Cawangan
18.11.3.2 Mentadbir perjalanan Pejabat Cawangan dan menjadi Pegawai Awam
18.11.3.3 Melaporkan kepada Ketua Cawangan segala tindakan yang diambil berhubung dengan pentadbiran Pejabat Cawangan
18.11.3.4 Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan dan Persidangan Cawangan
18.11.3.5 Menyediakan Penyata Tahunan Cawangan 
18.11.3.6 Memanggil mesyuarat mengikut Fasal 18.5

18.11.4 Bendahari
18.11.4.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Cawangan
18.11.4.2 Menyediakan dan membentang Penyata Kira-kiara kewangan Tahunan yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira kepada Jawatankuasa Cawangan
18.11.4.3 Memaklumkan kepada Jawatankuasa Cawangan kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang Amanah sekurang- kurangnya sekali setahun

18.11.5 Ketua Penerangan 
18.11.5.1 Mentadbir dan menyusun rancangan-rancangan penerangan dan penyiaran yang dikelolakan oleh Cawangan
18.11.5.2 Bertanggungjawab keatas penerangan dan penyiaran yang dikelolakan oleh Cawangan
18.11.5.3 Melaporkan kepada Jawatankuasa Cawangan atas kerja-kerja penerangan UMNO yang dijalankan dalam Cawangan itu

18.12 Tugas-tugas Jawatankuasa Cawangan ialah
18.12.1 Menjalankan arahan-arahan parti seperti yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Bahagian
18.12.2 Menyemai perasaan persaudaraan dan menggalakkan bantuan sesama sendiri di kalangan ahli-ahli parti
18.12.3 Hendaklah menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh ahli-ahli
18.12.4 Mengkaji dan memanjangkan permohonan untuk manjadi ahli kepada Majlis Tertinggi melaui Jawatankuasa Bahagian
18.12.5 Membentangkan kepada Pengerusi Cawangan Penyata Tahunan dan Penyata kira-kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa kira-kira
18.12.6 Menunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta 
Pertubuhan 1966
18.12.7 Menghantar kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh diadakan Persidangan Cawangan
18.12.8 Mencadangkan pemecatan atau penggantungan keahlian seseorang ahli kepada Majlis Tertinggi 
18.12.9 Menentukan perbelanjaan menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapakan tempat menyimpan wang
18.12.10 Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa pun

FASAL 19


PEJABAT SETIAUSAHA CAWANGAN

Pejabat Setiausaha bolehlah ditempatkan di mana-mana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan

FASAL 20


DISIPLIN

20.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan Jawatankuasa disiplin dan menentukan peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan boleh mengenakan hukuman kerana melanggar peruntukan Perlembagaan ini dan kesalahan lain yang disenaraikan di dalam Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain

20.2 Seseorang ahli atau pihak yang tidak puas hati dengan disiplin yang dikenakan ke atasnya boleh merayu kepada Majlis Tertinggi

20.3 Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya

20.4 Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:

a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli
b) Mengikut perintah-perintah parti
c) Menjalankan dasar-dasar parti
d) Patut dan menghormati keputusan-keputusan parti
e) Menjaga rahsia-rahsia parti
f) Memelihara nama baik dan maruah parti
g) Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib

20.5 Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan dikehendaki melaporkan kegiatan ahli-ahli yang didapati melanggar disiplin parti kepada Majlis Tertinggi untuk tindakan selanjutnya

20.6 Mana-mana ahli yang melanggar peraturan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:

a) Diberi amaran
b) Digantung hak-haknya dalam parti
c) Dilarang bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi
d) Dipecat dari Parti
e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini

20.7 Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya

20.8 Ahli- ahli yang telah dikenakan hukuman, kecuali yang dikenakan hukuman dibawah Fasal 20.7 boleh membuat rayuan supaya:

20.8.1 Menarik balik penggantungan keahliannya selepas 2 tahun daripada tarikh ia dihukum
20.8.2 Menarik balik pemecatan keahliannya selepas 3 tahun daripada tarikh dihukum

20.9 Majlis Tertinggi berkuasa membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berkaitan dengan Tataetika Ahli UMNO, yang di antara lain melarang penyalahgunaan kuasa dan wang dengan tujuan mendapat undi atau sokongan atau untuk mempengaruhi mana-mana pemilihan bagi pihak sendiri atau pihak bagi pihak lain atau supaya jangan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti.

FASAL 21


PERGERAKAN PEMUDA DAN WANITA

Pergerakan Pemuda dan Wanita dalam semua peringkat UMNO boleh diwujudkan dan Majlis Tertinggi berkuasa membuat peraturan-peraturan untuknya

FASAL 22


LENCANA DAN LAMBANG UMNO

22.1 Majlis Tertinggi boleh mengadakan lencana dan lambang bagi ahli

22.2 Lencana dan lambang itu hanya boleh dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung 

22.3 Bentuk lencana UMNO adalah sebagaimana bentuk bendera UMNO menurut Fasal 23.1 dengan ditambah huruf-huruf ringkas UMNO dalam tulisan jawi di penjuru sebelah atas kanan dan perkataan UMNO di penjuru sebelah bawah kiri

22.4 Bentuk lambing UMNO adalah dari ringkasaan perkataan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dalam huruf jawi yang disusun secara vertical (dari atas ke bawah) dan digrafikkan secara simitrikal.

22.5 Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan lencana dan lambing itu

FASAL 23


BENDERA UMNO

23.1 Rupa bendera UMNO adalah sebagaimana di bawah ini:

Warna merah terletak di atas warna putih sama lebarnya dan satu bulatan berwarna kuning terletak ditengah-tengah bendera itu dan di tengah-tengah bulatan itu terletak ruoa sebilah keris Melayu terhunus berwarna hijau dan hulunya menghala ke penjuru di sebelahatas kiri bendera

23.2 Majlis Tertinggi adalah berkuasa membuat sebarang peraturan atas penggunaan bendera itu

23.3 Sebarang perubahan bentuk atau corak bendera, hendaklah dipersetujukan oleh Perhimpunan Agung

FASAL 24


PUNCA PENDAPATAN 

24.1 Kewangan UMNO adalah diperolehi dari:

24.1.1 Wang pendaftaran dan yuran
24.1.2 Derma-derma dan 
24.1.3 Ikhtiar-ikhtiar lain di semua peringkat dipersetujukan oleh Majlis Tertinggi

24.2 Tahun Kewangan UMNO ialah dari 1hb. Januari hingga 31hb. Disember

24.3 Pejabat Setiauasaha Cawangan, Bahagian dan Perhubungan hendaklah menghantar ke Pejabat Setiausaha Agung, Penyata Kira-Kira bagi sesuatu tahun kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira

FASAL 25


YURAN UMNO

25.1 Tiap-tiap seorang Ahli Biasa hendaklah membayar dengan wangnya sendiri kepada Ibu Pejabat melalui Cawangan dan Bahagian seringgit bagi wang Pendaftaran dan seringgit bagi Yuran Tahunan

25.2 Yuran yang ditetapkan mengikut Fasal 25.1 di atas hendaklah dijelaskan tidak lewat daripada tarikh mengikut Fasal 24.2 atau satu tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi

25.3 Tarikh pembayaran yuran Cawangan kepada Bahagian dan Bahagian ke Ibu Pejabat adalah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi


FASAL 26


CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG UMNO

26.1 Tertakluk kepada Fasal 26.6 Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan boleh menentukan cara-cara mengutip, menyimpan dan menggunakan wang UMNO di peringkat masing-masing

26.2 Wang UMNO, kecuali wang tunai dalam tangan hendaklah disimpan dalam Bank Perdagangan atau Bank Simpanan

26.3 Cek-cek dan borang-borang mengeluarkan wang dari Bank hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli di peringkat masing-masing

26.4 Majlis Tertinggi berhak dan berkuasa di atas semua wang dan harta benda Badan Perhubungan dan Bahagian-bahagian yang termasuk di dalam Badan-badan Perhubungan yang telah dibubarkan.

26.5 Jawatankuasa Bahagian adalah berhak di atas semua harta benda, wang tunai di tangan ataupun wang simpanan dalam Bank atau simpanan di bank bagi sesebuah Cawangan yang telah dibubarkan

26.6 Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan kewangan UMNO bagi semua peringkat

FASAL 27


HARTA AHLI DAN TAK ALIH

27.1 Tiap-tiapharta tak alih, iaitu tanah dan bangunan kepunyaan Ibu Pejabat UMNO hendaklah didaftar atas nama UMNO dan harta tak alih kepuyaan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan bolehlah didaftar atas namanya masing-masing

27.2 Tiap-tiap harta alih hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama Pemegang
Amanah. Majlis Tertinggi dan peringkat-peringkat lain boleh melantik mana-mana ahli atau syarikat sebagai Pemegang Amanah dan mereka boleh diberhentikan pada bila-bila masa jua pun 

27.3 Kuasa untuk menentukan UMNO membeli, mencagar (bagi faedah sendiri atau pihak lain), menjual, memindah, memajak atau menyewa harta benda atu bangunan adalah terletak kepada Majlis Tertinggi dan bagi harta benda tak alih kepuyaan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan, kuasa yang sama adalah terletak kepada Jawatankuasa masing-masing

27.4 Majlis Tertinggi berkuasa membuat peraturan untuk melaksanakan tujuan Fasal 27 ini dan untuk memindahkan nama pemilik berdaftar bagi harta tersebut kepada oihak-pihak yang diberi kuasa memilikinya oleh Fasal 27.1

FASAL 28


PEMERIKSAAN KIRA-KIRA

28.1 Perhimpunan Thunan hendaklah melantik sebuah Syarikat Juruaudit yang diakaui oleh kerajaan untuk memeriksa kira-kira wang dan harta parti

28.2 Mesyuarat Badan Perhubungan, Perwakilan Bahagian hendaklah memilih dua orang menjadi Pemeriksa Kira-kira bagi memeriksa kira-kira Badan Perhubungan, Bahgian dan Cawangan masing-masing

28.3 Majlis Tertinggi, Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan hendaklah memilih Pemeriksa Kira-kira menggantikan Pemeriksa Kira-kira yang dipilih oleh peringkat masing-masing jika mereka menarik diri

28.4 Majlis Tertinggi berkuasa pada bila-bila masa menjalankan pemeriksaan kira-kira wang dan harta Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan dan Bahagian berkuasa memeriksa kira-kira wang dan harta cawangan

28.5 Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan mengenai wang Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan.

FASAL 29


PERATURAN PERSIDANGAN

29.1 Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan

29.2 Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung hendaklah dipakai untuk persidangan-persidangan parti di semua peringkat.

FASAL 30


MEMINDA PERLEMBAGAAN

30.1 Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketepatan yang dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli-ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan itu diluluskan

30.2 Cadangan-cadangan pindaan kepada Perlembagaan yang dikemukakan oleh Majlis Tertinggi boleh dipinda oleh Ahli-ahli Persidangan Perhimpunan Agung Khas dengan syarat hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Setiausaha Agung, 14 hari sebelum Perhimpunan Agung diadakan

Bahagian-bahagian boleh mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan dengan syarat mengikut Fasal 8.5.3

FASAL 31


KUASA SEMENTARA MENGELOLAKAN UMNO

Perlembagaan ini berjalan kuatkuasanya daripada tarikh yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan akan tetapi sebarang perbuatan atau perkerjaan yang telah dinuat oleh UMNO terlebih dahulu daripada Perlembagaan ini diluluskan adalah sah sekalipun perbuatan dan perkerjaan itu tidak sesuai atau tidak mengikut kehendak Perlembagaan

FASAL 32


TAFSIRAN

Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO yang dibuat di bawah kuatkuasanya maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi adalah muktamad