RAHSIA 32 - ASMA'UL HUSNA UNTUK CERDAS
Amalan nama - nama Allah atau Asma'ul Husna untuk mendapat hati yang terang, memori yang mantap, fikiran yang cerdas serta cepat memahami tentang perkara dan segala ilmu yang dipelajari :
ILMU GENIUS YANG DIAJAR OLEH RASULLULLAH S.A.W. Kemudian Sayyidina Ali menceritakan: Berikut adalah selawat amalan Syeikh Ali Al-Tarabulsi, seorang buta tetapi sangat soleh dan alim. Berkat mengamalkannya beberapa lama, beliau dikurniakan oleh Allah kepintaran yang laur biasa (genius), daya konsentrasi dan memori yang menakjubkan. Para ulama' sezamannya kagum dengan kemampuan beliau mengingati puluhan kitab bersekali dengan tajuk, bab, halaman, perenggan, ayat, baris malah noktahnya. Amalan ini boleh dilakukan pada sebarang masa terutamanya selepas sembahyang fardhu. Inilah amalannya :
Dibaca sebanyak 300 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Lalu berdoa, Insya'Allah akan dikurniakan kecerdasan.
Dibaca sebanyak 100 kali sehari, hati akan menjadi terang dan bersih. Pengamalnya akan memperolehi ilmu dan hikmah (kebijaksanaan).
Dibaca sebanyak 470 kali setiap hari untuk mencapai kejayaan dalam setiap usaha yang dijalankan, fikiran menjadi kreatif, cerdas dan jernih.
Dibaca sebanyak 400 kali setiap hari, akan dikurniakan akal yang cerdas, fikiran yang tajam dan hati yang bersih.
Dibaca sebanyak 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak. Pengamalnya akan dianugerahkan kepintaran, ketajaman fikiran dan kepandaian.
Dibaca selepas sembahyang Maghrib dan Subuh dengan sebanyak-banyaknya. Pengamalnya akan dihilangkan penyakit lupa, dianugerahkan fikiran yang terang, akal yang kuat dan tidak mudah kelam-kabut.
Dibaca selepas solat Isyak akan kuat dalam menghafaz sesuatu dan hilang kelupaannya.
Pada suatu hari Saidina Ali r.a. mengadu kepada Rasullullah s.a.w. mengenai kelemahannya dalam mengingati sesuatu. Lalu Rasulullah s.a.w. mengajarkan suatu amalan yang sungguh agung. Sekiranya diamalkan dengan tekun dan bersungguh-sungguh, pengamalnya akan memiliki ingatan yang tidak akan lupa perkara-perkara yang telah diingati. Amalan ini dibaca sebanyak 40 kali setiap selesai sembahyang Subuh dan Asar pada setiap hari :"Setelah itu saya membacanya setiap pagi dan petang dengan tetap dan tekun. Maka Allah mengurniakan kepada saya ingatan yang tidak pernah terlihat oleh mata dan tidak pernah terdengar oleh telinga." Maksudnya beliau dikurniakan dengan ingatan yang sungguh menakjubkan, sehingga beliau mengaku tidak mengetahui adanya sejenis ingatan yang terlalu luar biasa seperti yang dimiliki olehnya. Inilah yang digelarkan 'Ingatan Fotografi'.
Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan
keselamatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya sebagaimana tiada batas bagi kesempurnaan-Mu dan sebanyak bilangan kesempurnaannya (Nabi Muhammad s.a.w.)
LAMAN INI TELAH DIKEMASKINIKAN PADA : 23 Nov 2001