Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu

RAHSIA 18 - FAEDAH SEJARAH UNTUK KETAJAMAN FIKIRAN DAN KREATIVITI

Anda akan menjadi seorang yang pintar dan bijak sekiranya rajin membaca, mengkaji dan menghayati ilmu sejarah. Kecerdasan bertambah. Akal menjadi semakin tajam, berpandangan jauh, cekap dan sentiasa memikirkan kesan jangka panjang bagi setiap tindakan , isu dan peristiwa. Anda berkemampuan membuat ramalan dan telahan yang tepat tentang sesuatu perkara, isu atau peristiwa. Mampu menghasilkan ulasan dan generalisasi yang bermutu tinggi.

Sejarah boleh meransang, mengetuk dan mengerakkan otak kanan. Imaginasi dan pemikiran kreatif turut terasah. Ia juga membantu meningkatkan penggunaan kuasa otak sepenuhnya, di mana manusia hanya menggunakan hanya satu peratus dari potensinya yang sebenar.

Kalau anda bercita-cita untuk mendapatkan kekuatan intelek, inilah rahsianya : BANYAK MEMBACA, MEMAHAMI, MERENUNG DAN MENGHAYATI SEJARAH. Bacalah apa jua jenis sejarah. Namun sebagai seoarang Muslim, eloklah dimulakan dengan menghayati sejarah Islam untuk mendapat faedah duniawi dan ukhrawi. Bacalah sejarah rasul-rasul, para nabi, sirah Nabi Muhammad s.a.w., para ssahabat baginda dan sejarah perkembangan umat Islam.

Juga sejarah umat terdahulu dan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban, tamadun dan budaya manusia. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin membaca, mengkaji dan menghayati sejarah Amerika, Rusia, China, Israel dan Serbia. Ini adalah kerana setiap negara, bangsa dan tamadun mempunyai keistimewaan, keunikan dan iktibarnya yang tersendiri. Lagipun pembacaan sejarah yang meluas dan pelbagai menjadikan skop minda bertambah luas dan terbuka. Sejarah boleh membantu meningkatkan kemahiran menganalisis, membanding, meramal dan membuat kesimpulan. Lebih jauh dari itu, sejarah juga boleh membantu meningkatkan kemahiran menggunakan logik dan kreativiti, meninggikan daya intelek dan ketajaman fikiran individu.


LAMAN INI TELAH DIKEMASKINIKAN PADA : 18 Nov 2001