Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

TAURUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Dalam hal pekerjaan , Taurus sangat rajin , tekun , cermat , cerewet , kreatif dan mementingkan ‘ deadline ‘ ( tempoh siap ). Semua ciri ini menguntungkan sebarang majikan atau organisasi. Namun , Taurus sangat inginkan bosnya serajin dan sekreatif seperti dirinya. Anda menghormati orang mempunyai kesedaran meluas dalam hal ehwal kemasyarakatan dan politik.

Dalam perniagaan Taurus cukup pintar atau licik . Anda tidak pernah bersikap malas , tetapi berasa seronok bekerja dan mengharapkan hasil yang memuaskan . Taurus kurang gemar menanggung risiko yang tidak perlu dan dengan yang demikian anda berhasil menduduki taraf ketua seperti pengurus atau penyelia.

Kemahiran pengurusan diperkukuh oleh bakat semula jadi Taurus pada pengurusan dan pengendalian yang terperincidengan penuh kesabaran dan keterlibatan. Taurus juga mampu memperlihatkan hasil yang baik dalam perkebunan dan pertanian. Secara umumnya , orang Taurus akan memilih wang ringgit dan kekuasaan daripada prestij atau pengiktirafan orang awam . Justeru itu , Taurus hanya akan mengejar prestij dan kemegahan sekiranya ia dapat memberi kesan langsung kepada wang ringgitnya !

Kekayaan bagi Taurus , adalah kesenangan dan keselamatan . Kekayaan adalah kestabilan . Dan Taurus hanya akan berasa mempunyai kekayaan kalau dia dapat melihat dan merasanya!Sehubungan dengan itu , Taurus cemerlang dalam agensi perladangan dan pertanian. Dalam usaha mencapai tujuan ini , Taurus perlu mengembangkan kebolehan intelektual dan komunikasi. Namun , sikap bertolak ansur selalu diperlukan untuk memastikan kejayaan Taurus.