Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

RAHSIA DIRI ANDA DAN SI DIA BERDASARKAN ZODIAK

Nota “Rahsia Diri……” ini memuatkan fakta , di antara lain; tentang ciri positif, ciri negatif, penampilan diri, kegemaran, kesesuaian warna dan bau – bauan, gelagat pergaulan, perhubungan seks, kerjaya dan rumah tangga. Walaupun sebuah ‘nota’, iaitu panjangnya kurang daripada 40 muka surat quarto, namun penulisan ini disempurnakan setelah melalui penyelidikan khas kira – kira dua tahun. Ia termasuk pembacaan, uji selidik terhadap sekumpulan orang, pemerhatian, pergaulan, perbualan dan pengalaman. Sebenarnya masa, tenaga dan pemikiran semasa menyusun nota ini mungkin lebih daripada harga nota yang dinyatakan. Namun saya berasa puas apabila nota ini anda miliki dan membacanya. Lebih menggembirakan saya jikalau didapati 70 peratus daripada fakta yang dicatatkan bertepatan dengan diri dan peribadi anda selama ini.Ini suatu kepuasan bagi saya!

Dengan memiliki dan membaca nota ini, anda bukan saja dapat mengetahui ‘rahsia’ diri anda sendiri tetapi juga dapat mengetahui ‘rahsia’ orang lain, berdasarkan tarikh lahir 'si dia'. Sebagai panduan umum, dalam nota ini, kawan/pasangan yang dinyatakan adalah berdasarkan dua/tiga zodiak yang sesuai , dan dua / tiga zodiak yang tidak sesuai.Walau bagaimana pun, zodiak yang dinyatakan sebagai “tidak sesuai” dalam nota ini bolehlah dianggap sesuai pada tahap ‘sederhana / biasa’ dengan diri anda.

Seterusnya, mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa nota ini semacam usaha ‘menilik nasib‘ , walhal menilik nasib adalah suatu amalan yang ditegah dalam Islam. Tetapi jangan kita lupa, kita hanya mampu merancang; tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukannya.Jadi , salahkah kita mengkaji pelbagai gelagat manusia berdasarkan tarikh lahirnya. Sedangkan usaha ini sejajar dengan hakikat bahawa manusia dijadikan oleh Allah dalam pelbagai bentuk, rupa, warna kulit, saiz, perangai, kegemaran, pembawaan (ketrampilan), dan perasaan? Sudah tentu tersembunyi 1001 jawapan (rahsia) yang cuba dibongkarkan dalam nota in. Saya mengucapkan ribuan ‘Terima Kasih’ kerana anda sudi menghubungi saya untuk memiliki nota yang tidak sepertinya ini.Wassalam…..

Sekiranya anda pertanyaan tentang "Rahsia" ini atau ingin memesan nota secara lengkap, anda boleh e-melkan kepada saya