| Upload
adalah proses dimana fail html dan fail-fail lain yang terlibat akan
dipindahkan daripada directory pengguna ke directory komputer pelayan bagi
membolehkan ianya dicapai di internet. Terdapat beberapa cara/pilihan
bagaimana ianya dilakukan.
Pertama, pengguna membangunkan komputer server httpnya sendiri untuk tujuan ini. Laman akan dipindahkan ke komputer server ini. Pendekatan ini memerlukan kos yang agak mahal dan lazimnya dgunakan oleh organisasi besar yang mempunyai keperluan yang penting dan tinggi terhadap laman web mereka. |
Di mana nak upload laman anda? Antaranya di.. |
|
Secara percuma? Berita baik bagi yang baru melibatkan diri, terdapat juga syarikat yang memberikan perkhidmatan ini secara percuma. Anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh geocities, angelfire , AOL dan banyak lagi. Antara kekurangan kaedah ini ialah saiz fail yang dibenarkan untuk anda upload adalah terhad dan anda terpaksa menerima syarat memaparkan iklan/banner yang keluar bersama laman secara automatik.Sesetengahnya mungkin tidak memberikan kemudahan sokongan bagi fail dokumen frontpage, cgi script, java dan kemudahan email. Kelajuan capaian juga tidak sebaik cara pertama dan kedua. Malah sesetengahnya memberikan syarat untuk anda mengaktifkan laman/akaun anda bagi setiap tempoh tertentu. Oleh kerana terdapat banyak syarikat yang memberikan perkhidmatan ini di internet, anda bolehlah membuat pilihan yang bersesuaian dengan laman anda. Terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan, walaubagaimanapun untuk yang baru belajar kemudahan percuma ini sudah memadai. Di sini saya akan menunjukkan cara memindahkan laman web anda ke internet. Paparan di sini adalah mengambil contoh laman angelfire.com. Laman lain mungkin menggunakan antaramuka yang berbeza sedikit tetapi konsepnya tetap sama. Langkah demi langkah memindahkan fail laman web anda ke internet [ Pertama ] Daftar akaun
[ Kedua ] Login ke akaun dan upload
Sekarang anda telah mempunyai alamat laman web anda dan laman anda juga boleh dicapai oleh semua pengguna internet pada bila-bila masa. Anda cuma taipkan alamat laman anda di browser untuk melayarinya. Jangan lupa menyemak semua links dan kandungan sekali lagi supaya semuanya berkeadaan baik. Sekarang tibalah masanya untuk anda mencanangkan kewujudan laman anda supaya dapat dimanafaatkan sepenuhnya.. <Next:PROMOSI> |
|
|
|
|