Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

13 MEI 1969

 

Sebab berlakunya tragedi

 

1)     Perjalanan dan kelonggaran kempen pilihanraya 1969

 

Kempen pilihanraya berjalan selama 6 minggu merupakan jangkamasa yang panjang, khususnya tiada batas atau sekatan bercakap bagi calon-calon yang bertanding. Mereka tidak memikirkan perasaan dan sensitiviti pelbagai kaum di malaysia.  Perkara-perkara seperti hak istimewa orang melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sebagainya telah ditimbulkan  untuk memancing undi.

 

2)     Kepentingan kaum Melayu dipersoalkan

 

Segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan dianggap oleh kaum bukan melayu sebagai usaha untuk kepentingan kaum melayu/bumiputera sahaja. Kaum bukan melayu digambarkan seperti golongan terbiar dan dianaktirikan oleh kerajaan.

 

3)     Membangkitkan isu agama, kebudayaan, kerakyatan dan ketaatsetiaan

 

Perkara ini selalu dibangkitkan dalam kempen. Perkara yang dipersoalkan  dan dibimbangkan ialah amalan demokrasi yang telah disalahgunakan oleh calon-calon. Kesilapan-kesilapan ini hendaklah dijadikan iktibar supaya sejarah hitan 13 mei tidak berulang.

 

Peristiwa 13 Mei