Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

SELAMATDATANG KE
LAMAN WEB
IEJA


Sejarah Perladangan Hutan


Kepentingan Perladangan Hutan
 

Prinsip-prinsip Perladangan Hutan

Kepentingan Perladangan Hutan

Penubuhan ladang hutan merupakan pelan bersepadu strategi pengurusan sumber hutan. Ladang hutan memenuhi fungsi-fungsi berikut:

• Pengeluaran balak dari ladang hutan adalah sebagai tambahan dan pelengkap kepada sumber bekalan balak daripada hutan semulajadi bagi memastikan bekalan balak yang mencukupi untuk kegunaan industri berasaskan kayu.

• Pengeluaran balak dalam isipadu yang besar di dalam jangka masa yang singkat akan mengurangkan tekanan ke atas pembalakan di hutan semulajadi.

• Penubuhan ladang hutan di atas tanah terjejas (rosak) akan memperbaiki keadaan tanah berkenaan dan memaksimakan potensi penggunaan tanah-tanah terbiar.

• Ladang hutan menyediakan peluang-peluang pekerjaan terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

• Ladang hutan akan membantu mengekalkan pembangunan industri berasaskan kayu di Negeri Sabah.

• Ladang hutan membantu mempelbagaikan ekonomi Negeri Sabah dan mengurangkan pengaliran keluar tukaran asing negara melalui aktiviti pemprosesan kayu dan produk-produk kertas untuk kegunaan tempatan dan juga untuk kegunaan pasaran luar negara.

• Ladang hutan menyediakan peluang-peluang untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi kepada sektor swasta.


Hutan Paya laut


  Hutan Dipterokarp Bukit


Hutan Montane-oak