EKONOMI BUKIT KERAYONG
Ekonomi penduduk secara amnya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu mereka yang bekerja di jabatan kerajaan, institusi swasta dan juga bekerja sendiri.
Ramai yang bekerja di jabatan kerajaan terdiri dari pegawai, pengetua sekolah, guru, pensyarah, kerani dan juga buruh. Manakala di sektor swasta, kebanyakkannya bekerja di kilang-kilang di sekitar lembah klang seperti, meru, kuala selangor, kapar, shah alam, petaling jaya ataupun kuala Lumpur.
Bagi yang bekerja sendiri, mereke terdiri dari kontraktor-kontraktor berlesen, pembekal dan pemborong, peniaga kecil, petani dan juga nelayan.