Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

Mengenal Realiti Maya Quicktime

QuickTime merupakan teknologi standard digunakan sebagai pemalam yang dibangunkan oleh Apple Computer Inc. untuk memainkan fail atau perisian yang berasaskan “time based media” seperti fail animasi, video digital untuk laman web dan fail QuickTime VR. Tanpa memasang atau menginstal pemalam QuickTime, fail-fail animasi dan video sama ada fail yang disimpan dalam cakera keras, CD-ROM atau fail animasi daripada laman web tidak dapat dimainkan. Melalui perkembangan pembinaan perisian grafik yang lebih maju dan canggih, ada sesetengah perisian yang tidak dapat dilancarkan kecuali setelah perisian tersebut mengenal pasti “link” pemalam QuickTime.

Terdapat dua versi QuickTime iaitu versi standard dan profesional. Versi standard adalah yang boleh didapati secara percuma daripada laman web Apple. Versi ini hanya memiliki arahan-arahan paling asas sementara versi profesional menyediakan fungsi yang lebih banyak terutamanya untuk kegunaan pembangunan multimedia. Versi profesional juga boleh didapati melalui laman web yang sama cuma pengguna dikehendaki memasukkan nombor siri bagi mengaktifkan fungsi dan kelebihan versi

profesional tersebut. Selain daripada fungsi utama QT sebagai modul pemalam untuk memainkan fail animasi dan klip video digital, perisian ini juga digunakan untuk membina dan memainkan semula fail berformat QuickTime Virtual Reality (QTVR) atau Realiti Maya QuickTime. QTVR merupakan teknologi VR yang dihasilkan oleh Apple Computer pada sekitar awal tahun 1990-an. Kepesatan penyelidikan yang dilakukan oleh pihak Apple menghasilkan versi VR yang lebih mantap dan terkini. Contohnya, melalui penggunaan perisian khusus pembinaan VR tidak terhad hanya kepada imej statik sahaja malah fail QuickTime VR boleh dihasilkan dengan menggunakan fail movie sama ada daripada fail animasi atau fail video.

Klik untuk seterusnya >>