Pada Asas Nya Seni Tai Chi Adalah Salah Satu Seni Yang Boleh Di Praktik Dari 2 Aspek, Iaitu Sebagai Satu Senaman Dan Sebagai Satu Beladiri.
Untuk Sesiapa Yang Tidak Meminati Aspek Beladiri Nya, Tai Chi Boleh Di Amal Sebagai Satu Senaman "Ringan". Ianya Amat Berkesan Untuk Menguatkan Kaki, Disamping Meningkatkan Pernafasan Dan "Relaxation". Ianya Nampak Amat Mudah Tetapi Sebenarnya "Berat Mata Memandang, Berlipat Kali Ganda Berat Bahu Memikul". Sesiapa Yang Menganggap Tai Chi Hanya Sesuai Untuk Orang-Orang Tua Sebenarnya Kenalah Cuba Sendiri Dahulu, Selepas Itu Baru Cakap Senang Atau Susah!
Sebagai Satu Sistem Beladiri, Ianya Mempunyai Persamaan Dengan Ai Ki Do, Dimana Ia Juga Berkonsepkan "Tidak Melawan" [Non-Resistance]. Tenaga Lawan Akan "Di Ikut" Dan Dikembalikan Dalam Satu Pergerakan Bebulat [Spherical Motion] Untuk Mengalahkan Lawan Itu Sendiri.
Teknik-Teknik Tai Chi Biasanya Di Habis Dengan Cara 'Membuang'. Pada Masa Yang Sama Tai Chi Juga Mempunyai Teknik-Teknik Pukulan Yang "Di Sembunyikan" Yang Di Arah Ke Sasaran Penyawa Badan.
Tai Chi Huang Yang Saya
Amalkan Adalah Salah Satu Pecahan Dari Keluarga "Yang", Salah Satu Dari
4 Aliran Utama (Wu, Sun, Yang, Chen).