Dari Kecik Lagi Memang Sudah Minat Dalam Latihan Kecergasan Dan Latihan Fizikal, Disamping Bersukan Secara Umum.
Di
Sekolah Rendah, Bermain Bolasepak Untuk Sekolah [Penjaga Gol dan Back],
Disamping Sekali Terlibat Dalam Pasukan Olahraga.
Semasa
Sekolah Menengah, Disamping Terlibat Dengan Silat Gayong Dan Pasukan Bolasepak,
Juga Mula Berjinak Dengan Bina Badan Disamping Bermain Badminton Dan Volleyball.
Remaja Lain Beli Majalah Muzik Dan Hiburan, Tetapi Saya Membeli Majalah
Bina Badan Keluaran Weider!
Semasa Di UK, Minat Bersukan Dan Kecergasan Diteruskan Secara Suka-Suka. Tetapi Sempat Juga Mewakili Bournemouth & Poole College of Further Education, Semasa 'A' Levels, Dalam Pasukan Badminton. Best Juga Belasah Mat Saleh Yang Tak Pandai Main 15-0!
Seperti
Biasa, Rakan Lain Beli Gitar Dan Seumpamanya, Saya Beli Alat Latihan Kecergasan!
Sejak
Beberapa Tahun Yang Lalu Saya Telah Mendapat Sijil Jurulatih Kecergasan
Fizikal (Senamrobik) Dari Kementerian Belia Dan Sukan, Dan Pernah Mengikuti
Kursus Peringkat Diploma Fitness Instructor Anjuran Persatuan Pendidikan
Jasmani, Sains Sukan Dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM).