Ianya Mempunyai Persamaan Dengan Tai Chi, Dimana Ia Juga Berkonsepkan "Tidak Melawan" [Non-Resistance]. Tenaga Lawan Akan "Di Ikut" Dan Dikembalikan Dalam Satu Pergerakan Bebulat [Spherical Motion] Untuk Mengalahkan Lawan Itu Sendiri.
Teknik-Teknik Ai Ki Do Biasanya Di Habis Dengan Cara Mengunci Atau Dengan Cara 'Membuang'.
Sebagaimana Tai Chi, Para
Pengamal Tidak Diajar Teknik-Teknik Menyerang Seperti Menumbuk Dan Menyepak,
Jadi Ianya Sebuah Seni Yang 100% Untuk Beladiri.
Dibandingkan Dengan Tai Chi, Pergerakan Ai Ki Do Lebih Kasar Dan 'Nampak' Pada Mata Kasar, Terutama Pada Peringkat Asas.
Untuk Mengekalkan Kualiti
Pengamalnya, Semua Anugerah Tali Pinggang Hitam [black belt atau yudansha]
Di Pusatkan Dari Ibu Pejabat Ai Ki Do Sedunia Di Tokyo, Jepun [honbu dojo].
Setiap Tahun Guru-Guru [shihan] Dari Honbu Dojo Akan Melawat Ke Seluruh
Dunia, Berjumpa Dan Mengadakan Latihan Khas Untuk Semua Pengamal Ai Ki
Do.
Saya Adalah Pemegang Tali
Pinggang Hitam 2 dan [2nd dan black belt atau nidan] Dalam Seni Ini, Yang
Membolehkan Saya Membantu Mengajar, Tetapi Belum Layak Menjalankan Ujian
Upgrading [Hanya Yang 3 dan Keatas Sahaja Layak Menjalankan Upgrading]