Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Motor Arus Terus Sesiri

 

Motor arus terus sesiri adalah agak berbeza jika dibandingkan dengan motor pirau dan majmuk. Ini disebabkan fluks dihasilkan secara berasingan oleh arus sesiri yang mengalir melalui armatur. Untuk menerbitkan persamaan bagi daya elektromotif (emf) dan persamaan tork bagi motor arus terus sesiri adalah agak mudah jika kita menganggarkan hubungan antara fluks dan arus armatur dengan menganggap bahawa motor beroperasi pada keadaan linear dalam lengkung kemagnetannya. Maka kita boleh menulis

 

f = ks Ia

 

Maka persamaan daya emf dan torknya masing-masing menjadi

 

Eb = ka wm f = ka wm ks Ia

 

T = ka f Ia = ka ks Ia2

 

Persamaan untuk litar bagi motor arus terus sesiri menjadi

 

Vs = Eb + Ia(Ra + Rs) = (ka wm ks + RT) Ia

 

Di mana Ra ialah rintangan armatur, Rs ialah rintangan sesiri bagi lilitan medan dan RT ialah jumlah rintangan. Daripada persamaan di atas, kita boleh menyelesaikan Ia dan menggantikannya di dalam persamaan tork di atas untuk mendapatkan hubungan di antara tork dan laju motor.

 

T =        ka ks  Vs2

        (ka wm ks + RT)2     

 

Persamaan di atas mengimplikasikan bahawa tork berkadar songsang dengan kuasa dua laju motor bagi motor sesiri. Persamaan di atas juga menunjukkan bahawa dalam keadaan tertentu, perlakuan motor adalah tidak stabil. Memandangkan laju meningkat apabila tork berkurang, kita boleh melihat bahawa jika seseorang memutuskan beban serentak, laju motor akan meningkat secara tiba-tiba ke nilai yang bahaya. Untuk mengelakkan laju yang berlebihan, motor sesiri sentiasa berpasangan dengan beban secara mekanikal. Langkah ini tidak semestinya merugikan, kerana motor sesiri boleh menghasilkan tork yang tinggi pada laju yang rendah dan oleh itu, ia boleh berfungsi dengan baik untuk aplikasi menarik beban. Contohnya, conveyor belts dan sistem rejangan kenderaan.

 

Lengkung tork dan laju melawan kuasa bagi motor sesiri ditunjukkan seperti gambarajah di bawah.  

 

 

Persamaan pembezaan bagi litar armatur motor diberi sebagai

 

Vs = Ia(t)(Ra + Rs)+ La dIa(t) + Ls dIa(t) + Eb

                                      dt              dt

 

    = Ia(t)(Ra + Rs)+ La dIa(t) + Ls dIa(t) + Eb + ka wm ks Ia

                                      dt              dt

 

 

[Next]