Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

 

 

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful

"Sesungguhnya ini satu peringatan. Maka barangsiapa yang mahu hendaklah dia jadikan
ini satu jalan untuk menuju Tuhannya". (Ad Dahr: 29)

"Barangsiapa yang dikehendaki Tuhannya akan menjadi orang yang baik-baik nescaya
dipandaikanya dalam agama". (Sahih Bukhari)

Dari Salim b. Abdullah r.a. dari ayahnya, katanya; "Nabi s.a.w. lalu dihadapan seorang
Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu maka sabda
Rasulullah s.a.w kepadanya: "Biarkanlah! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada
iman." - Sahih Bukhari



Dari Abu Dzar r.a., Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah telah menutup surah
Al-Baqarah dengan dua ayat yang diberikan kepadaku dari perbendaharaan dibawah arsy,
maka pelajari olehmu dan ajarkan pada isteri dan anak-anakmu, sebab itu sebagai salat
dan bacaan serta doa." - Riwayat Al-Haakim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tidak melihat
kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu." - Sahih Muslim