Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
             www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


KESAHIHAN KERAJAAN MENURUT HUKUM FIQH ISLAM
 

Menurut AL-Mawardi, perlantikan ketua negara Islam berlaku dengan dua cara iaitu; pertama melalui pemilihan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat Islam, kedua pula melalui perlantikan oleh pemerintah sebelumnya (Wialayah al-'Ahd).  Kedua-dua kaedah perlantikan ini adalah sah dengan ijmak ulama (1966, 6). Seperti yang dimaklumkan ketua negara Malaysia adalah dilantik melalui kedua-dua cara di atas.

 

Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara, dilantik oleh Mesyuarat Majlis Raja-raja. Raja-raja pemerintahan negeri dilantik oleh raja sebelumnya, manakala Yang di-Pertua Negeri pula dialantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Seperti yang disebut oleh Al-Mawardi sebelum ini bahwa Ketua Negara mempunyai kuasa melantik jemaah menteri. DI Malaysia, Perdana Menteri yang mengetuai jemaah menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dari kalangan anggota Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti.

 

Mengenai perlaksanaan prinsip "syura" (perundingan) yang merupakan salah satu prinsip asas dalam sistem pemereintahn Islam, menurut Syed Rasyid Rida, "Sistem syura ini berbeza mengikut keadaan yang dihadapi oleh sesuatu umat serta perkembangan sesebuah masyarakat kerana dalam perkara seperti ini tidak mungkin ditetapkan kaedah perlaksanaannya untuk semua tempat dan masa." Syeikh Toha Abdul Baqi Surur juga menyatakan pendapat yang sama, "syura dalam Islam adalah satu prinsip yang bersifat am, dan berubah kaedah perlaksanaannya mengikut perkembangan sistem, tamaddun serta kehidupan manusia. Ia boleh dilaksanakan seperti di zaman permulaan Islam atau seperti yang dilaksanakan di zaman ini melalui institusi Parlimen (1961, 131). Menurut Dr. Abdul Hamid Ismail Al-Ansari, dewan-dewan perwakilan seperti Parlimen yang ada hari ini boleh dianggap sebagai "Majlis Syura", dan anggota-anggotanya adalah sebagai ahli majlis Syura. Cara-cara pemilihan yang dilaksanakan di zaman ini adalah sah di sisi Islam (1980, 251).
 



Klik di sini untuk balik ke isu panas

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..