|
"Perjuangan
Yang Belum Selesai
tidak
ada yang lebih menyayatkan
dari
melihat bangsaku dijajah
Tidak
ada yang lebih menyedihkan
dari
membiarkan bangsaku dihina
Air
mata tiada ertinya
sejarah
silam tiada maknanya
sekiranya
bangsa tercinta terpinggir
dipersenda
dan dilupakan..."
Dr.
Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
|
Pas Lebih Toleran Dari UMNO?
– Yang Ini Suhakam Kena Jawab!
Oleh: KuntaKinte
Penulis sebenarnya menghormati Tan Sri Musa Hitam sebagai seorang bekas
Timbalan Perdana Menteri dan seorang ahli politik veteran. Apatah lagi
Tan Sri Musa sebagai bekas ‘duta’ Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu dan sekarang Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Tentulah manusia Melayu yang mempunyai begitu banyak rentetan sejarah
perjuangan ini harus mendapat sedikit penghormatan daripada generasi seperti
penulis. Sebab itu penulis memilih untuk tidak melampau-lampau dalam melayani
karenah beliau.
Biar pun pandangan-pandangan Suhakam kekadang kontroversi tapi itu
adalah hak Suhakam sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk menasihati
kerajaan dan membentuk kesedaran masyarakat dalam hak asasi manusia. Kerajaan
juga yang melantik Suhakam.
Namun membaca kenyataan Musa Hitam di Universiti Malaya, yang dilaporkan
dalam laman HarakahDaily, menyebabkan penulis tidak ada cara lain lagi
kecuali menegur secara terbuka bekas ahli politik ini.
Musa dilaporkan berkata bahawa sekarang ini Pas lebih terbuka dan toleran
daripada UMNO dan Barisan Nasional.
Menurut Pengerusi Suhakam itu, “politik Barisan Nasional (BN) semakin
jauh ke belakang berbanding dengan pembangkang terutama PAS yang semakin
jauh ke depan. Rekod BN semakin buruk. Sebaliknya parti pembangkang semakin
maju. PAS sudah lebih jauh ke hadapan mengadakan dialog dengan para pemimpin
Cina dan berbincang apa sahaja termasuk isu-isu sensitif, pemimpin BN pula
masih mengamalkan politik kelompok mereka ('compartmentalised politics').”
Kalau beginilah mentaliti Musa Hitam maka kita fahamlah mengapa pandangan
dan tindakan Suhakam tidak lebih daripada satu “rubber-stamp” kepada pembangkang.
Tan Sri Musa melakukan dua kesilapan besar dalam kenyataan ini.
Pertamanya, beliau membuat andaian bahawa Pas lebih terbuka dari UMNO
kerana mengadakan dialog dengan Cina. Jadi baru kita sedar, Suhakam tidak
pun mengetahui bahawa Barisan Nasional yang diwujudkan oleh parti pemerintah
hari ini merupakan satu forum dialog yang jauh lebih besar daripada apa
yang Pas anjurkan.
Musa, bagi penulis, pura-pura tidak nampak bahawa BN yang terdiri daripada
14 parti komponen mewakili pelbagai etnik dan agama di Malaysia merupakan
satu medium dialog terbesar antara kaum dan agama dalam mencari titik persamaan.
Penulis tidak fikir Musa tidak nampak.
Kesilapan kedua ialah menganggap BN lebih teruk kerana mengamalkan
politik kelompok. Kalau BN teruk kerana mengamalkan politik kelompok maka
tentulah pihak yang dipujinya itu tidak mengamalkan politik kelompok.
Maka kita hendak tanya Musa Hitamlah, adakah parti yang ajar bahawa
apa sahaja tindakan undang-undang ke atas pembangkang sebagai kezaliman,
yang panggil polis sebagai anjing, yang buat masjid dan surau berasingan
daripada yang dibina oleh kerajaan, yang menganggap peristiwa Sauk sebagai
sandiwara hingga sanggup menuduh Kerajaan sendiri membunuh polis sebagai
tidak mengamalkan politik kelompok?
Apakah Pas yang memanggil Perdana Menteri sebagai Mahafiraun dan mengajak
rakyat membenci kerajaan sebagai parti yang toleran dan terbuka?
Mungkin Suhakam boleh bagi tahu kita bahawa di US pun kanak-kanak diajar
tidak menghormati Presiden mereka. Mungkin Suhakam boleh beri bukti kepada
kita bahawa Demokrat sekarang sering pergi ke luar negara memburukkan J.W.
Bush (Presiden US dari Republican).
Kita juga hendak tahu apakah Pas yang telah beberapa kali ingin membentangkan
Rang Undang-Undang Anti-murtad yang bakal menghukum mati orang yang murtad
atau yang menolak Rang Undang-Undang tersebut sebagai memenuhi kriteri
Hak Asasi Manusia Suhakam?
Ini semua Suhakam kena jawab kerana Pengerusinya mengiktiraf Pas lebih
toleran dan terbuka berbanding BN dalam satu wacana Ilmu di Universiti
Malaya.
Ini bukan cakap kedai kopi. Ini cakap dalam Fakulti Undang-Undang UM.
Kalau Suhakam tidak boleh pertahankan kenyataan pengerusinya, eloklah kita
tubuh Suruhanjaya Di Raja siasat Suhakam pula. Asyik Suhakam sahaja siasat
orang.
Penulis berpendapat kenyataan Musa itu telah menghancurkan terus kredebiliti
Suhakam. Hari ini kita nampak Suhakam sudah tidak relevan biar pun baru
berusia setahun jagung.
Penulis nampak Suhakam sudah menjadi kuda tunggangan Musa untuk membalas
dendam politiknya. Mungkin benar kata YAB Perdana Menteri suatu masa dahulu
bahawa Musa tidak mungkin bersara dari politik kerana politik itu darah
daging Musa.
Kita menghormati Musa sebagai ahli UMO dan bekas pemimpin tertinggi
parti tapi apa guna kalau sokong membawa rebah umpama musuh dalam selimut,
kelak runtuh UMNO kerana Kuda Trojan.
Masa untuk berselindung di sebalik Suhakam telah tamat Tan Sri! Kalau
mahu berpolitik silakan turun ke gelanggang. Bak kata pepatah alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang genggam bara
biar sampai jadi arang.
Klik di sini untuk balik ke laman utama
Nukilkan
Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok
Laman Tetamu
|
| Minda
Editor
Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk
akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui
oleh kesemua parti komponennya.
Peribahasa
"Kata
Dulang Paku Serpih,
Mengata
Orang Awak Yang lebih"…
"Telunjuk
Lurus Kelingking Berkait"…
"Lempar
Batu Sembunyi Tangan"..
|
|