|
"Perjuangan
Yang Belum Selesai
tidak
ada yang lebih menyayatkan
dari
melihat bangsaku dijajah
Tidak
ada yang lebih menyedihkan
dari
membiarkan bangsaku dihina
Air
mata tiada ertinya
sejarah
silam tiada maknanya
sekiranya
bangsa tercinta terpinggir
dipersenda
dan dilupakan..."
Dr.
Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
|
Perbandingan
Pendekatan Melayu Dengan Quraisy dan PAS
-
Kalau nabi S.A.W memberi
keutamaan kepimpinan kepada Quraisy di kalangan bangsa Arab yang punya
berbagai suku qabilah; selaras Melayu di Malaysia diberi keutamaan dikalangan
berbagai keturunan yang ada.
-
Kalau dikatakan keutamaan
kerana mereka pejuang Islam dan pembebas diri zaman Nabi S.A.W maka demikianlah
juga Melayu di Malaysia adalah pejuang Islam sejak zaman awal Islam diMalaysia
hingga ke hari ini dan Melayu inilah juga pembebas diri dari ikatan belenggu
penjajahan.
-
Kalau Melayu di Malaysia
Assobiyah maka Quraisy di kalangan bangsa Arab pada zaman Nabi S.A.W juga
sama assobiyah. Tentulah assobiyah di bawah kepimpinan Nabi S.A.W tidak
ada sama sekali.
-
Sebaliknya PAS menghidupkan
rasa kepuakan dan tambah menebalkan lagi ASSOBIYAH KEPUAKAN kerana walaupun
Melayu/Muslim masih mesti dipertikaikan selama tidak bersama dengan perjuangan
PAS. Apatah lagi ditambah dengan salahguna kuasa setelah PAS dapat memerintah
sebuah negeri Kelantan semenjak tahun 1990 hingga sekarang. (Sudah 2 penggal
berlalu ternyata melakukan berbagai tekanan dan kezaliman kepada anggota
puak lain yang tidak sebulu dengannya. Pulau memulau di kalangan umat Islam
juga sebahagian daripada perbuatan asobiyah.
Klik di sini untuk balik ke isu panas
Nukilkan
Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok
Laman Tetamu
|
| Minda
Editor
Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk
akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui
oleh kesemua parti komponennya.
Peribahasa
"Kata
Dulang Paku Serpih,
Mengata
Orang Awak Yang lebih"…
"Telunjuk
Lurus Kelingking Berkait"…
"Lempar
Batu Sembunyi Tangan"..
|
|