|
Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
![]() |
![]() ![]()
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
SEMUANYA TAK MENGAPA
Ketika UMNO sahaja yang berkongsi kuasa memerintah negara dengan kafir, PAS hukumkan kafir atau haram; sekarang PAS berkongsi secara rasmi dengan DAP sudah Islamik dan harus jua. Dulu UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah; sekarang PAS buat sama seperti UMNO juga sudah tidak timbul masalah. Dulu masjid yang dibina kerajaan BN tidak boleh dibuat sembahyang kerana perbelanjaannya daripada wang cukai. Setelah PAS memerintah Kelantan semua masjid yang tak boleh dahulu sekarang PAS pergunakan. Imam dan bilal UMNO dipecat dan digantikan dengan orang PAS; lalu berubahlah hukumnya sekarang menjadi tidak haram dan was-was lagi. Begitu juga prosesnya sedang berlaku di Terengganu sekarang; beransur-ansur buat pembersihan. Pemecahan sudah berlaku walaupun belum sampai beberapa bula PAS memerintah negeri. Untuk menutup keai judi tangguh lagi.
PAS menafikan Islam yang dilaksanakan oleh UMNO, sehingga bank Islam pun tidak mahu diperakui YB Haji Abd Hadi kata sebagai kulit dan bukannya isi. Tetapi apabila Kerajaan PAS Kelantan mula menggunakan Bank Islam maka YB Haji Abd. Hadi juga yang mengecam dulu kini memuji. Beliau menyeru kerajaan negeri lain meniru Kelantan menyimpan di Bank Islam .. lihat lampiran
yang bermaksud, " Barang
siapa yang bersyubahat dengan sesuatu kaum maka dia juga daripada golongan
mereka", lalu dikatakan menjejaskan akidah Islam. Setelah PAS mula memerintah
Kelantan nampaknya sampai sekarang YB Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
selaku Menteri Besar Kelantan sentiasa menghadiri majlis begini (lihat
gambar). Penyerahan watiqah perlantikan sami untuk ganti sami yang meninggal
dunia di Wat Uttamaran. Teresek, Pasir Mas (lihat sini) pun YAB datang
menyerahkannya sendiri. PENDEKNYA SEKARANG SEMUA YANG TIDAK BOLEH DULU
MENJADI BOLEH BELAKA DEMI KERANA PAS
Klik di sini untuk balik ke isu panas Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu Jengok Laman Tetamu |
|
||||||||||||