|
Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
![]() |
![]() ![]()
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
DALIL-DALIL ALLAH MENCARUT 7 ~KESIMPULAN~ Dari siri ucapan Dalil-Dalil Allah Mencarut ini, jelas membuktikan bahawa Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang ahli politik yang sungguh berani memperalatkan agama dan menarik perhatian pada orang lain untuk kepentingan perebutan kuasa. Dalam ucapan pada 1 Mei 1999, keberanian ini terserlah apabila Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mengithbatkan sifat negatif makhluk kepada sifat Allah S.W.T. demi kepentingan politiknya, sekaligus juga membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang yang bertaraf ulamak. Masya’Allah…
Bolehkah kalimah-kalimah inzar (amaran), tahdid (ugutan) dan kalimah-kalimah seumpamanya yang terdapat dalam firman-firman Allah di dalam al-Quran, dilabelkan sebagai maki hamun, mencaci, mencela dan mencarut? Bolehkah kita mengaitkan Allah dengan perbuatan mencela, memaki hamun, mencerca dan mencarut? Tidak berdosakah kita mengithbatkan kepada Allah Yang Maha Suci dengan perbuatan-perbuatan keji seumpama itu? Berdasarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat, para ulamak usuluddin dari kalangan ahli sunnah waljama’ah telah menyimpulkan kiranya dalam firman Allah S.W.T. terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan maknanya supaya bersesuaian dengan kesucian dan kesempurnaan Allah. Sebab itu, apabila dalam firman Allah terdapat kalimah misalnya “tangan Allah S.W.T. di atas tangan mereka” maka tangan itu ditakwilkan dengan makna kuasa. Oleh itu, mengitlakan kepada perbuatan Allah sifat-sifat keji seperti perbuatan mencarut adalah mengaibkan kesucian Allah. Keharmonian hidup bermasyarakat akan hancur jika perbuatan maki hamun, cerca, mencarut dan sebagainya dianggap mulia. Apatah lagi jika perbuatan tersebut dikatakan direstui oleh agama. Sebab itulah, Nabi memperingatkan kita bahawa, “Seseorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah”. (Riwayat Tarmizi). Malah Rasulullah S.A.W. bersabda,”Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk) tetapi aku diutus untuk memberi rahmat”. (Riwayat Muslim). Sebagai orang Islam
kita merasa keliru, bimbang dan takut akan kesan yang timbul hasil dari
kenyataan di atas kerana kita tidak mahu berterusan berada dalam kesesatan.
“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” – surah an-Nahl:125.
|
|
||||||||||||