Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
             www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


DALIL-DALIL ALLAH MENCARUT 6

~SAMBUNGAN~ 

Para hadirin sekalian. Satu lagi kisah dalam satu peperangan. Seorang sahabat Nabi dalam peperangan bernama Abu DulJannah. Dia lilit kepalanya dengan kain merah dan berjalan melenggang. Nabi kata kalau tidak kerana sekarang ni musim perang, berjalan lenggang, tunjuk sombong dan tunjuk takabur ni dimarahi Tuhan. Tapi sekarang ni (pada musim perang) boleh, supaya timbul rasa ketakutan dan rasa gerun di hati musuh. Jadi kesimpulannya, apa saja naluri-naluri yang Allah buat di hati manusia tak satu pun disekat kecuali Allah Taala susun hidup manusia dengan syariah. Allah Taala susun Tarbiyah hidup kita melalui akhlak Islam. Oleh yang demikian, sampai waktu menyumpah, kita menyumpah asalkan kena dengan tempatnya. Tetapi sebelum kita menyumpahtu banyak lagi yang perlu kita buat seperti beri nasihat dan berdoa.

Hari ini timbul pula Islam palsu. Dalam seminggu dua lepas, krew TV dari Australia datang tanya saya. You sibuk-sibuk nak buat Islam, orang KL pun sibuk nak buat Islam. Jadi apa bezanya di antara Islam mu dan Islam di KL? Saya tanya dia balik, "Kamu pernah dengar duit palsu? Dia kata pernah dengar. Dokumen palsu, pasport palsu, kad pengenalan palsu, surat nikah dan surat cerai palsu, ubat palsu dan sebagainya. Dia kata pernah dengar. Ini berlaku di depan mata kita sendiri. Macamana nak bezakan dengan yang asli. Macamana pintar pun orang buat duit palsu, surat palsu dan sebagainya ada kaedah untuk bezakan dengan yang asli. Kalau duit palsu kita kena rujuk kepada Bank Negaralah. Tengok perbezaan kertas yang digunakan, cara percetakan, mutu kertas, cat mahal atau murah, nombor siri dan sebagainya. Setengah-setengah ubat palsu kalau kita tenyeh (uji) di makmal, kalau hasilnya cuma tepung kanji semata-mata, maka palsulah ubat itu. Nak tahu Islam itu palsu atau tidak, kita genyeh (uji) dengan al-Quran dan Hadis! Sebagaimana kita beli emas di kedai. Sesetengah emas berharga sehingga RM10,000 atau RM20,000. Ada juga barang kemas yang sama bentuk dan fesyennya tapi harganya cuma RM30. Tapi barang kemas ni bila digenyeh (uji), ternyata cuma besi yang dicelup emas sahaja. Begitu juga masalah duit dan semuanya.

Islam ni kalau betul sebagaimana dalam al-Quran, maka tak palsulah ia. Kalau tak betul sebagaimana dalam al-Quran, maka itu Islam palsu. Dalam zaman Nabi S.A.W. sendiri, ada sekumpulan orang buat masjid dan jemput Nabi untuk membukanya (merasmikannya). Nabi kata baiklah. Kemudian turunlah Jibrail memberitahu Nabi bahawa masjid yang Nabi disuruh buka itu adalah masjid palsu. Masjid yang bukan bertujuan untuk sebarkan Islam, yang bukan untuk memperkukuhkan Islam tetapi untuk tujuan lain. Maka, masjid ini dikira masjid palsu lalu Nabi pun menyuruh sahabat-sahabatnya membakar masjid tersebut. Bukalah al-Quran, ada ayat ini.

Begitu juga orang Muhajirin yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Nabi diberitahu, ada orang berhijrah kerana Allah dan Rasul, ada pula yang berhijrah kerana ikut tunang (ikut perempuan), ada orang berhijrah kerana hendak pergi buka kedai. Nak buka kedai di Mekah tak laku kerana tak ada orang dah. Nabi sebut (berkata):

"Mana-mana orang yang berhijrah kerana Allah maka mereka akan rapat pada Allah dan Rasul. Mana-mana yang berhijrah kerana Allah, maka mereka akan rapat pada Allah dan Rasul. Mana-mana yang berhijrah kerana perempuan, maka mereka akan dapat itu (perempuan) sahaja, tak dapat pahala".

Kita nak ingatkan pada masayarakat dan pada orang UMNO khasnya supaya beringat sikit kerana Islam ni tak boleh buat pandai-pandai. Dia ada kaedahnya yang tertentu. Begitu juga duit, ubat, kad pengenalan, tak boleh buat pandai-pandai. Kalau buat pandai-pandai, orang kata palsu, mereka marah… Kita mahu orang UMNO ni perbetulkan cara mereka. Itu sahaja. Iaitu terima al-Quran dan Hadis sebagai dasar. Apa yang salah dan silap, kita sama-sama perbetulkan. Apa sangat yang kita nak gaduhkan (bertengkar) setiap lima tahun sekali tu? Supaya kita tak gaduh (bertengkar), terimalah al-Quran dan Hadis sebagai dasar parti dan dasar negara. Jadi tak ada masalah. Tal perlulah wujudnya parti UMNO atau parti Pas. Ini kita tegur sikit tak boleh…

Akhir-akhir ni kita dengar pasal pengundi hantu pula. UMNO memang tak boleh terima orang lain memerintah kecuali dia sahaja kerana hanya mereka sahaja yang betul. Putih pun mereka, hitam pun mereka. Salah betul pun mereka. Jadi terpaksalah mereka timbulkan hal yang karut marut. Pengundi ni kita panggil pengundi hantu. Hantu iblis ke hantu apa hanya Allah sahaja yang tahu. Yang mana datang malam ni ramai yang dulunya orang UMNO tapi sekarang Pas. Bukan begitu? Mungkin separuh dari yang hadir adalah ahli baru Pas. Apa salahnya kalau kita berdoa agar pengundi hantu ni menjadi pengundi malaikat, tokoh-tokoh UMNO tukar jadi Pas.

Kita dengar Datuk Ibrahim Ali, beli kaset Pas. Alhamdulillah, dah ramai dah yang masuk Pas kerana dengar kaset. Mudah-mudahan dia (Dato’ Ibrahim Ali) pun begitu. Atau taun-tuan tak suka dia masuk Pas?

Kita minta berdoa kepada Allah S.W.T. bila kita ikhtiar kita dah habis dah. Kita dah buat semakan pengundi, kita dah buat bantahan, kita dah bawa ke mahkamah, tiba-tiba boleh masuk juga, kita berdoalah.

Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W. keluar dari Madinah hendak ke Mekah pada tahun yang kesepuluh setelah orang Mekah buat khianat pada dia (mungkir janji), dia berdoa sepatah sahaja. Doa ni mustajab, kalau kita nak berdoa seperti ni pun boleh: "Wahai Tuhan, aku minta Kamu butakan mata mereka sehingga mereka tidak nampak kumpulan kami yang berpuluh ribu ini kecuali dengan mengejut. Sahabat Nabi yang berpuluh ribu yang bertukar menjadi askar, tidak disedari oleh orang Mekah (berkat doa Nabi) sehinggalah mereka rapat ke pinggir Mekah.

Kita modified (ubahsuaikan) sikit doa ini menjadi "Wahai Tuhan kami, minta Kamu butakan mata pengundi-pengundi semua biar mereka tak nampak yang lain selain dari bulan yang cerah sahaja". Cuba ikut mulut hamba sekali (diikuti oleh para hadirin) "Wahai Tuhan, tolong butakan mata mereka sehingga mereka tidak nampak yang lain kecuali bulan". Kita berdoa sungguh-sungguh, bila-bila masa pun, sewaktu sembahyang atau tidak (diluar) sembahyang. Bacalah dengan ikhlas sehingga menitis air mata pada tengah malam/sebelum subuh.

ULASAN

Bolehkah kita berdoa kepada Allah Taala memohon supaya butakan orang lain. Tidakkah kita diajar berdoa hanya secara positif, iaitu misalnya membuka mata hati seseorang atau supaya Tuhan memberi hidayah atau petunjuk ke jalan benar? Malahan kita dilarang berdoa secara negatif.
 

Bukti dah banyak dah yang orang-orang/ tokoh-tokoh UMNO yang menyumpah pada kita, tiba-tiba jadi (masuk) Pas. Hairan apa (Apa nak dihairankan)? Orang sama orang (kita sesama manusia ni) sebenarnya sama sahaja hati perutnya. Itu Allah S.W.T. punya kuasa. "Hati perut manusia semuanya dalam tangan Aku". InsyaAllah dengan segala usaha yang ada pada kita, dakwah dan kempen kita akan berjalan dengan baik. Banyak lagi yang hendak saya cakap tetapi saya dah tak larat. Marilah kita berdoa: "Wahai Tuhan, tolonglah ampunkan segala dosa kami, tutuplah semua kelemahan-kelemahan kami. Janganlah beri peluang kepada musuh-musuh kami bergembira di atas kesilapan-kesilapan kami dan jangan ada dari kawan-kawan kami yang menikam dari belakang kami. Wahai Tuhan, tolonglah baiki segala kecacatan-kecacatan yang ada pada agama kami dan baikilah kelemahan-kelemahan yang berlaku pada dunia kami. Tolonglah baiki segala kecacatan yang berlaku pada bekalan akhirat kami dan tolonglah jadikan akhirat itu tempat kesudahan kami. Tolonglah jadikan mati sebagai rehat kami dari sebarang bahaya dan sebarang kesusahan. Wahai Tuhan, tolonglah balas bela (beri balasan yang baik) terhadap orang yang soleh terhadap kami. Tolonglah beri bantuan kepada kami terhadap orang yang melawan kami. Tolonglah baiki pintu hati kami dan kaum bangsa kami supaya dapat dimasuki penerang (petunjuk). Kaulah sebaik-baik Pembuka pintu hati. Wahai Tuhan, janganlah Kau selewengkan fikiran kami setelah Kau beri hidayat terhadap kami dan berilah untuk kami Rahmat di sisiMu kerana Kaulah sebaik-baik Pemberi. Wahai Tuhan, berilah kepada kami di dunia ini kebahagiaan dan di akhirat juga bahagia. Peliharalah kami dari azab neraka".
 
 


Klik di sini untuk balik ke isu panas

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..