Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
             www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


DALIL-DALIL ALLAH MENCARUT 5

~SAMBUNGAN~ 

Begitulah cerita dalam al-Quran. Kita pergi kepada sejarah pula.

Pertama:

Sewaktu Nabi Muhammad keluar dari Madinah pada tahun kelima untuk pergi buat umrah di Mekah, terjadi selisih faham di mana Nabi dan para sahabat disekat oleh orang-orang Mekah di Hudaibiah ataupun sekarang dipanggil Shomasi. Sewaktu di Madinah, Nabi S.A.W. telah diturunkan mimpi oleh Allah S.W.T. yang berbunyi: "Wahai Muhammad, kamu suatu masa kelak boleh masuk ke Masjidil Haram untuk tunaikan umrah dengan secara aman damai. Kamu boleh buat tawaf dan sebagainya sehinggalah ke akhirnya iaitu mencukur kepala dan gunting rambut". Nabi pun memberitahu orang ramai tentang berita ini. Semua rasa seronok. Orang-orang Madinah rasa gembira kerana dapat tunai umrah di Mekah dan orang-orang Muhajirin Mekah rasa gembira kerana dapat kembali berjumpa anak dan isteri. Nabi pun keluarkan iklan pada tahun kelima supaya mereka besiap-sedia untuk ke Mekah.

Nabi tidak membawa sebarang senjata kecuali sebilah pisau raut (pisau kecil) dan kambing biri-biri yang telah diletakkan tanda untuk disembelihkan di Mekah. Bila dah letak tanda di leher sebagai tanda kambing Allah (untuk dikorbankan kerana Allah), orang-orang Arab Jahiliah yang jahat macamana pun takkan diusik.

Sampai di Hudaibiah, Nabi disekat oleh orang Mekah. Nabi bertanya, "Kenapa kamu sekat aku? Aku bukan datang untuk berperang. Tengoklah apa yang aku bawa, cuma sebilah pisau kecil dan kambing biri-biri yang telah ditandakan untuk disembelihkan". Orang-orang Mekah tetap berdegil menghalang kemasukan Nabi dan para sahabat walaupun Nabi telah merayu dan memberikan penjelasan berkali-kali. Budin bin Warqa’, wakil dari Mekah bercakap dengan cara yang tidak menyenangkan Nabi dan menteri-menterinya termasuklah Saidina Abu Bakar. Budin pada mulanya memegang janggut Nabi. Kemudian beliau menolak Nabi dengan belakang pedangnya. Bila Saidina Abu Bakar dengar perkataan-perkataan pelik, perkataan-perkataan yang memperlekehkan Islam dan ajaran Islam keluar dari mulut Budin, Saidina Abu Bakar pun bangun dan berkata di hadapan Nabi sendiri: "Pergilah balik jilat punggung Tuhan kamu!" (sebelum datang bercakap di sini). Nabi tidak berkata apa-apa sebaliknya beri peluang kepada Saidina Abu Bakar mencarut walaupun perkataan yang disebut begitu hina dan jelas mencarut. Cuba ingat apa yang selalu saya baca pada setiap malam Jumaat iaitu Sirah Nabawiyah karya Dr. Mustafa al-Butthi.

Kedua:

Nabi sendiri pernah diberi salam oleh seseorang dari tangga rumahnya. Nabi kenal suara orang itu dan memberi komen (berkata depan Siti Aishah), "Ini adalah suara orang yang paling jahat sekali di dalam kampung ini". Tetapi kemudian Nabi bangun dengan senyuman manis menyambut orang itu. Macamana Rasulullah ni, marah tetapi kemudian sambut orang itu dengan baik. Kalau kita belajar psikologi, salah satu cara kita meluahkan kemarahan di hati adalah dengan menyumpah. Lepas menyumpah, kita akan rasa lega. Kalau tidak, ia akan naik ke kepala menyebabkan sakit kepala atau hidung berhingus (selesema). Nabi sendiri menyumpah, Saidina Abu Bakar menyumpah depan Nabi dan Nabi tak kata apa.

ULASAN

Apakah dalam konteks ini Rasulullah S.A.W. menghalalkan perbuatan ini sedangkan pada semua konteks lain Rasulullah melarang keras perbuatan seumpama ini.

Berbalik kepada apa yang saya cakap tadi, para hadirin semua, naluri-naluri yang Allah jadikan pada diri manusia, tak ada satu pun yang disekat. Nak perempuan, boleh. Bukan seperti setengah-setengah pemimpin agama sampai ke peringkat tidak beristeri, beranak dan tak cari harta. Dalam Islam tak ada perkara ini, walau Nabi, walau pemimpin agama setinggi mana pun. Mereka dibolehkan berkahwin, cuma tertakluk kepada kaedah-kaedah tertentu. Jadi kalau kita nakkan perempuan, jangan kita merogol sana sini tetapi kita nikah. Nak berperang/membunuh, boleh – kalau ada orang serang negara kita dan kita tidak cukup polis dan askar maka kita pergilah berperang. Jadi kita berpeluang nak membunuh. Berperang dengan musuh adalah Fardu Ain dan orang yang mati kerana mempertahankan negara, agama atau kaum keluarganya adalah orang yang mati syahid. Sifat orang mukmin sebenarnya tidak membunuh sembarangan kecuali ada kebenaran membunuh dari Islam.

Oleh yang demikian, masalah mencarut yang diperbesar-besarkan sekarang ni adalah disebabkan oleh perkara lain. Ada hal lain di sebaliknya. Ada semething behind. Kalau Dato’ Shahnon Ahmad buat buku SHIT untuk maki orang Pas, orang tak kata apa, mujur, Alhamdulillah, thank you very much. Tetapi kerana kata pada orang lain dan kebetulan pula Dato’ Shahnon Ahmad adalah ahli Pas seumur hidup maka pihak tertentu membesar-besarkan perkara ini. Hal ni kita kena faham betul-betul. Kita hidup di dunia ini, kita kena faham karenah manusia dan karenah syaitan di dunia ini.

ULASAN

Pokoknya tidak ada orang UMNO yang mengeluarkan buku seperti SHIT untuk memaki orang Pas.
 



Klik di sini untuk balik ke isu panas

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..