Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
             www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


DALIL-DALIL ALLAH MENCARUT 4

~SAMBUNGAN~ 

Para hadirin semua, sebenarnya isu mencarut tak mencarut ni, cuba kita ingat orang-orang tua kita bila mendukung (memujuk) budak kecil yang sedang menangis. Dia akan kata "itu kereta, kereta, kereta; itu burung, burung, burung…" Budak kecil ni berhenti menangis kerana ingat (terpedaya) burung dan kereta betul-betul ada. Begitu juga dengan orang politik. Bila dia (UMNO) tengok parti dia runtuh, huru-hara dan banyak masalah, duit hilang entah ke mana. Duit PERWAJA hilang beribu-ribu juta, beratus juta, duit BBMB hilang beberapa ribu juta. Duit BMF hilang entah ke mana. Timbul pula pasal orang keluar parti, maka dia tuduh Nik Aziz dan Shahnon. Ini semata-mata nak alih pandangan atau orang panggil psikologi tabir. Sama juga bila Tuanku nak berangkat, kita duduk berbaris tepi jalan dan tabik, tapi di sebaliknya kita sembunyikan perkara-perkara yang tak elok. Bila selak tabir, nampaklah benda-benda yang tak elok. Kerana terlalu teruk masalah dalam UMNO. Mereka ni nak alih pandangan kepada Nik Aziz dan Shahnon. Ini sebenarnya untuk budak-budak. Untuk budak-budak bolehlah dia orang permainkan. Tapi tuan-tuan ni budak-budak ke? Kalau bukan budak-budak maka kita kena fahamlah tentang helah orang politik. Ini adalah permainan orang politik. Para hadirin semua, itu saya jawab secara ringkas dan mudah difaham.

ULASAN

Menuduh UMNO menghilangkan duit BBMB dan BMF. Ini fitnah semata-mata. Fakta sebenarnya penjenayah berkenaan telahpun dibicara dan dihukum.

Firman Allah S.W.T: …Fitnah itu lebih besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan… Surah al-Baqarah: 217
 

Di dalam al-Quran sendiri ada tak perkataan menyumpah dan mencarut? Saya jawab pada wartawan yang tanya saya tentang masalah mencarut : Di dalam al-Quran Allah ada menyebut yang bermaksud Allah Taala menjadikan manusia bukan saja lengkap dengan anggota seperti tangan, kaki, lidah dan mulut tetapi Allah juga lengkapkan dengan naluri-naluri dan sifat-sifat tertentu seperti sifat kedekut, sifat baik, sifat ponggah (cepat marah), sifat suka cari harta, sifat suka kepada seks, naluri membunuh, naluri merompak dan bermacam-macam lagi. Naluri-naluri dan sifat-sifat ini tidak ada satu pun dimusnahkan/disekat bila Islam hadir.

Tuhan beri kita naluri suka cari wang/duit. Dia tak sekat tapi Dia buat peraturan dan kaedah tertentu. Dia kata sifat cari duit ada padamu tapi jangan mencuri, jangan rasuah, jangan menyamun, jangan menipu dan sebagainya.

Sifat nak pada seks, nakkan perempuan, nakkan lelaki, adakah Tuhan sekat? Dia suruh kita nikah dan kita dilarang berzina, merogol, atau bawa lari anak orang. Sifat membunuh – boleh! Bila ketika ada musuh datang serang rumah kita. Ayat Quran ada menyebut "Mana-mana orang yang dibunuh kerana menjaga harta sendiri, orang itu mati syahid, mana-mana orang yang dibunuh kerana jaga rumahtangga, anak dan isterinya, orang-orang itu mati syahid".

ULASAN

Allah Taala tidak ada sifat negatif atau boleh disamakan dengan manusia. Allah Taala segala-gala Maha: Maha Penyayang; Maha Pengampun; Maha Berkuasa; Maha Mendengar; Maha Melihat dan sebagainya. Allah Taala menegur, memesan, mengingat, mengajak, murka, marah tapi TIDAK mencarut, memaki hamun, memutarbelit, mencerca, mendusta dan sebagainya. Malahan al-Quran dan Sunnah melarang sekeras-kerasnya semua sifat negatif ini diithbatkan dengan sifat Allah S.W.T.

Naluri membunuh tidak disekat. Cuma kita kena jaga/kawal naluri ingin membunuh itu sehingga sampai ke waktu yang kita diperlukan berbuat demikian. Orang buat khianat, kita boleh juga buat khianat. Begitu juga mencarut. Dah sifat manusia hendak menyumpah pada orang yang buat tak baik pada dirinya.

ULASAN

…kita boleh juga buat khianat? Begitu juga mencarut? Siapa yang telah membuat salah pada Dato’ Shahnon hingga dia perlu mencarut?

Ketika mana (bila) boleh menyumpah? Tempat yang boleh menyumpah, menyumpahlah. Saya pilih ¾ dalam al-Quran dan Hadis. Bukalah Surah al-Baqarah ada ayat-ayat berikut:

Pertama:

Allah Taala marah pada orang munafik, orang yang bermuka-muka atau sekarang ni disebut sekular dengan kata-kata pekak, bisu, buta dan tak ada otak! Tidakkah ini mencarut? Allah Taala sebut begitu dalam al-Quran. Allah Taala sebut mencarut jadi kita pun ada hak mencarut, cuma tengok tempat. Orang kafir, dia sumpah – orang munafik dia sumpah. Biar tentu kena dengan tempatnya. Nabi pula berkata, "Engkau semua kena ikut perangai Tuhan dan berakhlaklah dengan akhlak Tuhan".

Kedua:

Tuhan marah pada orang Yahudi: "Kamu semua ni boleh jadi kera belaka sebab perangai macam kera!" "You must be a monkey!" Perkataan-perkataan pekak, buta, bisu, tuli dan kera ni takkah mencarut?

Ketiga:

Allah berfirman: "Aku cadangkan neraka ini kepada ramai manusia-manusia yang ada otak tidak berfikir, ada telinga, tidak mendengar dan yang ada mata tetapi tidak melihat!" Pokoknya seperti binatang!" Ini tak mencarut?

Dalam Surah al-Munafiqun Allah berfirman yang bermaksud: "Orang-orang munafik ni kalau bercakap memang sedap, kalau tengok tubuh badan, hebat, tetapi mati dibunuh semuanya (tidak jelas maksud mereka). Kalau orang dengar mengantuk semuanya. Sedangkan tok-tok guru dan tok-tok lebai kalau menterjemahkan ayat, mereke terjemah makna dan misinya barulah sampai mesej al-Quran itu kepada kita.

Terlalu banyak ayat-ayat mencarut dan sumpah seranah di dalam al-Quran. Ertinya (maksudnya), bila Allah Taala buat sesuatu di dalam al-Quran kita harus buat. Dan Nabi pula berkata "kamu hendaklah berperangai seperti perangai Tuhan. Allah Taala memuji, kita memuji. Allah Taala marah, kita berhak marah. Allah Taala menyumpah, kita menyumpah. Maka, tak ada sebab perkara mencarut ni diperbesar-besarkan.

ULASAN

Apabila kita kata seorang yang ada telinga, tidak mendengar, yang ada mata tidak melihat, ia seperti binatang, boleh ditakrifkan mencarut? Tetapi bertolak dari hujah ini, Nik Aziz mengajak kita menyumpah dan mencarut, kononnya Allah Taala menyumpah dan mencarut kerana perangai (sifat) Allah Taala adalah menyumpah dan mencarut. Tidakkah Nik Aziz sudah silap kerana mengithbatkan Allah Taala dengan sifat kekurangan ini. Nik Aziz wajib bertaubat.

Bolehkah kita orang Islam setuju yang al-Quran itu penuh mencarut dan sumpah seranah. Ia sebenarnya ayat amaran dan marahan dengan bahasa biasa bukan kesat.

Mungkin mereka tidak pernah dengar ayat-ayat ini kerana dari awal lagi mereka pandang serong pada al-Quran. Awal-awal lagi mereka pandang lekeh pada Islam dengan mengatakan Islam cuma layak di zaman padang pasir, zaman khemah dan zaman unta. Jadi buat apa mereka baca Quran?

Oleh yang demikian bila timbul masalah begini, mereka kata (salahkan) pada Nik Aziz. Ada surat khabar menyebut yang Nik Aziz keluarkan petua-petua sedangkan mereka tahu petua-petua ni sebenarnya datang dari Tok Peti sahaja. Kerana marahkan saya, dikatakan saya keluarkan petua. Kalau mereka buat silap tak apalah. Kalau dia kata, kita jawab – bagus! (dia beri peluang kita menjawab) tapi jangan dia kata, kita jawab, terus dia datang gari tangan kita.
 
 


Klik di sini untuk balik ke isu panas

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..