|
Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
![]() |
![]() ![]()
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
DALIL-DALIL ALLAH MENCARUT 3 ~SAMBUNGAN~ Akhir-akhir ni heboh pasal mencarut. Hari Jumaat lepas dan pagi ini wartawan tanya saya, jadi saya kata tunggu malam nanti saya beri penjelasan. Masalah mencarut ni yang heboh dan diperbesar-besarkan dalam surat khabar adalah ekoran dari sebuah buku ‘SHIT’ yang ditulis oleh Sasterawan Negara, Datuk Dr. Shahnon Ahmad. Sebenarnya, sebelum ni di negeri (negara) kita ni tak adakah orang mencarut sehingga kes Datuk Dr. Shahnon ni diperbesar-besarkan? Pernah tak kita dengar sebelum ini orang perli kita, kita sembahyang hajat tu menyusahkan Tuhan? Ini mencarut atau tidak? Ini perkataan mencarut tetapi kenapa tidak diperbesar-besarkan? Pernah atau tidak orang kata kalau nak makan sup tangan, pergi ke Kelantan. Ini mencarut atau tidak? Pernah orang kata bahawa Islam tak layak di Malaysia. Ini mencarut atau tidak? Kenapa tak diperbesar-besarkan? Boleh jadi (mungkin) kerana mereka tidak terasa perkara ini mencarut kerana kemanusiaan/keIslaman mereka sudah tidak ada? Adakah layak orang Islam sendiri kata Islam tidak layak di Malaysia – ertinya Malaysia ni black area – kawasan hitam. Nak perintah Islam kena perintah di tempat lain kerana Malaysia kawasan tak sah/kawasan hitam – black area. Tapi orang ni tidak terasa yang perkataan macam ni perkataan berdosa dan mencarut. Seorang manusia malu nak berak tepi jalan tetapi lembu, malu atau tidak? Manusia malu nak berak tepi jalan, malu nak kencing tepi jalan kerana dia manusia tetapi lembu, kalau dia nak berak ke, kencing ke sebab dia lembu… ULASAN Adakah ‘perli’ sama erti dengan ‘mencarut’.
Siapa kata Islam tak layak di Malaysia? Hanya DAP, rakan kongsi Pas sahaja
yang mengatakan demikian.
Kalau seorang rakyat Malaysia bercakap di kedai kopi, dia akan cakap macam ni: "Undang-undang Malaysia ni tak bagus. Baik undang-undang di Singapore, lebih baik undang-undang di Thailand, lebih baik undang-undang di Thailand, lebih baik undang-undang di Amerika dan sebagainya". Dia seorang rakyat Malaysia tetapi memburuk-burukkan negara Malaysia sendiri. Apa tindakan polis? Tentu tak sempat (sampai) dua minit, tak sempat (sampai) dua jam pasti orang ni akan diheret ke balai polis. Inikah manusia Muslim yang sanggup kata Islam tidak layak di Malaysia. Alasan ini betul-betul nampak jahil. Alasan mereka yang masyarakat Malaysia adalah masyarakat antarabangsa/masyarakat majmuk (Jadi tidak boleh perintah cara Islam). Sedangkan mana ada masyarakat di dunia ini yang tidak majmuk? Di Mekah dan di Madinah pun masyarakat majmuk. Kenapa undang-undang Islam boleh dilaksanakan di Mekah dan di Madinah dan tidak di Malaysia sedang di Malaysia pun masyarakat majmuk? ULASAN Menuduh polis akan ambil tindakan sewenang-wenangnya. Pernahkah kita dengar rakyat Malaysia ditangkap atas alasan seperti ini. Firman Allah S.W.T: Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada pendusta yang berdosa. Surah Asy-Syu’araa:221-222 Nik Aziz mentakrifkan Mekah dan Madinah sebagai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Di Mekah dan Madinah tidak ada orang kafir sekarang. Berbilang bangsa, bahasa dan budaya betul, tapi tidak berbilang agama. Ini menunjukkan sama ada Nik Aziz jahil atau memutarbelitkan fakta untuk mengeliru orang ramai. Jelas tujuannya untuk mengeliru. Kalau orang MCA cakap Islam tak layak di Malaysia, tak apalah kerana dia tak tahu Islam. Kalau orang MIC kata pun tak apalah sebab dia tak tahu Islam tapi ini manusia Muslim yang setiap hari sebut Allahu Akbar… Allah Yang Maha Besar, yang lain kecil belaka tapi tiba-tiba dia sebut benda macam tu takkah mencarut? Kenapa tak dibesar-besarkan? Tiada siapa kata apa, tiada siapa yang peduli? Yang dia orang kata, zina, liwat tu tidakkah mencarut? ‘Babi’ tu kita panggil ‘khinzir’ kerana kita takut mencarut. Kita rakyat Malaysia cakap elok-eloklah. Jangan sebut ‘babi’, tapi sebut ‘khinzir’. Bila nak kata pasal orang buat maksiat, kita sebut terang-terang: erti liwat dan zina, adalah masuk benda ni ke dalam lubang ni… terang-terang mencarut. Tak ada siapa kata apa-apa. Tapi bila Datuk Shahnon Ahmad tulis buku, heboh seolah-olah esok nak kiamat. Itupun kerana Datuk Shahnon tulis buku tuju kepada bukan orang Pas. Kalau dia tulis buku ‘shit’ tuju pada orang Pas, orang tak kata apa. Kalau Datuk Shahnon Ahmad tulis buku yang mencarut berkenaan dengan Parti Pas tak ada orang kata apa. Tetapi oleh kerana buku ini ditujukan kepada orang tertentu, pemimpin-pemimpin tertentu, pemimpin-pemimpin atasan maka mereka salahkan buku SHIT. Nampak sangat yang mereka ni berat sebelah, tengok dengan mata sebelah. Orang yang tengok dengan mata sebelah, apa kita panggil? Dajjal! Bila habis sembahyang kita diajar berdoa yang bermaksud : "Wahai Tuhan, aku minta dilindungi dari azab kubur, dari cabaran masa hidup & cabaran masa mati dan juga dari cabaran Dajjal". Semua orang tahu yang Dajjal ni disebut –sebut oleh Nabi sendiri akan timbul di akhir zaman. Kadang-kadang kita jadi tak faham kenapa kita diajar baca doa ini dan Nabi sendiri baca doa ini 14000 tahun dahulu sedangkan dia kata Dajjal akan timbul di akhir zaman. Kenapa Nabi tak suruh kita baca di akhir zaman sahaja? Rupanya sekarang dah ada jawatankuasa penaja Dajjal. Esok akan keluarlah isu Dajjal pula… ULASAN Perkataan ZINA, LIWAT, BUTA, TULI, BISU dan BABI bukan perkataan mencarut atau menyumpah. Perkataan-perkataan ini menghuraikan jenis-jenis perlakuan atau deskripsi tentang sesuatu yang nyata dan sahih. Apabila digunakan untuk memaki ia menjadi negatif. Apabila sepasang wanita dan lelaki tidak kahwin ditangkap kerana mengadakan hubungan seks luar nikah, maka kita panggilnya ZINA. Sama juga hubungan seks sesama lelaki dipanggil LIWAT. Apabila seseorang yang dituduh LIWAT ia akan dibicarakan. Semua yang tak sependapat dengannya adalah Dajjal! Dengan mendefinisikan semua orang begini, beliau akan berjaya memberanikan penyokongnya melihat pihak lawan sebagai Dajjal, perbuatan yang dibenci dari segi agama. Firman Allah S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak
yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu
puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya
yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan
yang lain dengan gelaran yang buruk. Surah al-Hujuraat:II
|
|
||||||||||||