Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
              www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


DALIL-DALIL ALLAH MENCARUT 2

TEKS PENUH UCAPAN DATO’ NIK AZIZ NIK MAT, CERAMAH PERDANA,
DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-IV, KOTA BHARU, KELANTAN
PADA 1 MEI 1999

Assalamualaikum w.b.t.

BismillahiRahmaniRahim.

"Inilah jalanku yang betul, hendaklah kamu semua turut. Janganlah sekali-kali turut segala jalan-jalan yang lain yang menyebabkan kamu berpecah belah." Itulah wasiat yang Allah wasiatkan kepada kamu sekalian.

Yang mulia saudara pengerusi, YB Timbalan Menteri Besar, Sekian ahli-ahli EXCO, Ahli-ahli YB, YBhg Datuk Dr. Hassan Ali, penceramah undangan; YBhg Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, YBhg Ruslan Kassim, mengikut cerita yang suatu masa dahulu pernah menjadi hakim/majistret di negeri Kelantan ini. Sekalian pimpinan masyarakat, muslimin muslimat yang dihormati sekalian.

Syukur kepada Allah kerana sekali lagi kita berjaya menghadirkan diri beramai-ramai untuk majlis mencari ilmu ini. Ucapan terima kasih atas kesudian puan-puan dan tuan-tuan membanjiri stadium ini setelah pagi tadi, khasnya muslimat membanjiri Balai Islam kerana aktiviti-aktiviti tertentu. Penceramah-penceramah sebentar tadi semuanya orang-orang muda, muda tubuh badan, muda urat saraf, muda suara dan muda semuanya. Sekarang giliran orang tua pula. Saya tak boleh buat kuat (cakap kuat-kuat) dan lantang kerana saya uzur sedikit hari ini kerana akhir-akhir ni banyak sangat program dan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan.

ULASAN

Ucapan ini dibuat di hadapan lebih daripada 40,000 pendengar termasuk pemimpin kanan Pas dan KeADILan. Dalam ucapan ini kita akan mengenali Dato’ Haji Nik Abdul Aziz sebagai seorang ahli politik yang lincah serta bersikap saba’iyah (menghalal apa sja cara). Ucapan ini juga menggariskan doktrin Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bagaimana berpolitik ala Pas. Doktrin Dato’ Haji Nik Abdul Aziz adalah sama dengan Doktrin Machiavellian, iaitu matlamat menghalalkan cara. Islam tidak menganjurkan prinsip Machiavellian. Doktrin Dato’ Haji Nik Abdul Aziz adalah satu pendekatan sesat.

Ini ada berita baik dan InsyaAllah kita harap akan jadi berita baik selama-lamanya. Alhamdulillah, dua hari lepas iaitu hari Khamis, kita telah tandatangan dengan tuan punya syarikat air yang dulu. Mat Salleh (orang Inggeris). Kita telah ambil alih segala urusan air di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Namanya pun telah kita ubah. Dulu Kelantan Waters S/B tetapi kini menjadi Air Kelantan S/B. Kita orang Melayu yang Allah Ta’ala berikan bahasa kita sendiri, kenapa harus kita guna bahasa orang lain tanpa sebab.

ULASAN

Apakah dengan menukar nama, masalah air di Kelantan tidak akan dapat selesai tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan.

Salah satu perkara yang kita selalu kata pada orang UMNO. UMNO. UMNO ini nama saja memperjuangkan Melayu tetapi partinya masih lagi menggunakan nama Inggeris – United Malaysian Nation Organisation. Awal-awal lagi mereka tidak menghargai bahasa mereka sendiri. Terlupa saya nak sebut tadi, sebagaimana yang saya sebut dalam sidang akhbar, orang yang mewakili saya di Air Kelantan adalah Saudara Fauzi Abdullah sebagai Pengarah barunya. InsyaAllah, kawan-kawan kita yang bekerja di Air Kelantan akan mendapat pimpinan beliau.

ULASAN

UMNO – Nama penuh yang betul ialah United Malays National Organisation! Nama penuh dalam Bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Nama ini diberi pada tahun 1946 lagi. UMNO adalah nama yang mudah disebut. Pas juga ada nama Inggerisnya: Pan Malayan Islamic Party. Ucapan Nik Aziz ini menunjukkan kebolehannya memutarbelitkan fakta nama untuk menanam rasa benci secara psikologi.
 

Saya nak ulangi apa yang telah disebut iaitu hasil dari perundingan Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat, kita telah berjaya mendapatkan perakuan YAB Perdana Menteri untuk memberikan bantuan sebanyak RM600 juta bagi Kelantan mempersiapkan infrastrukturnya/kemudahan-kemudahan asas. Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan pegawai-pegawai yang bersangkut paut (terlibat) dalam urusan ini.

Lepas pada hari ini (lain kali), kalau Kelantan kesuntukan (memerlukan), saya akan pergi pula jumpa Perdana Menteri lagi minta duit. Tak kisahlah sama ada Perdana Menteri nak beri hutang atau beri percuma. Kita berhutang dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat berhutang dengan negara luar – Negara Jepun, Eropah dan sebagainya. Kita nak berhutang terus dari negara luar tak boleh, jadi kita berhutang dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat hutang dari negara luar. Berdoalah agar suasana tanah air menjadi tenang dan hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan menjadi reda (baik).

ULASAN

Walaupun Nik Aziz mengakui meminjam RM600 juta dari Kerajaan Persekutuan beliau mengaitkan pinjaman dengan pinjaman luar negara, sekaligus menunjukkan Kerajaan Persekutuan pun meminjam. Dengan cara ini membolehkan Kerajaan Pas meminjam. Ia juga menunjukkan bahawa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan boleh dihalalkan apabila perlu.
 
 






Klik di sini untuk balik ke isu panas

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..