Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
               www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 

DALIL-DALIL ALLAH MENCARUT 1

Akhlak yang baik disemai dalam kehidupan seharian. Tanpa akhlak yang mulia kita akan menjadi masalah kepada ibu bapa, ahli keluarga, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, roh agama Islam hendaklah ditiupkan ke dalam jiwa kita sejak kecil lagi. Apabila jiwa kita diisi dengan perasaan cinta kepada agama dan hati kita disinari oleh ilmu agama dan kecintaan kepada Allah dan Rasul, kita akan membesar sebagai seorang individu yang memiliki sifat-sifat positif dan terpuji.

Alhamdulillah, latihan dan semaian berterusan dari generasi ke generasi dalam masyarakat Melayu menyebabkan akhlak dan adab kita menjadi baik. Asas akhlak dan adab masyarakat Melayu adalah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi budaya hidup orang Melayu.

Dalam masyarakat kita, orang yang bertanggungjawab menyemai benih ini ialah ibu bapa, guru-guru al-Quran dan masyarakat sekeliling yang penuh adab dan kesopanan. Anak-anak akan dimarahi atau dipukul sekiranya melakukan perkara-perkara biadab misalnya mencarut di khalayak ramai, menyumpah, memaki hamun, mendusta, mencaci dan sebagainya. Mereka begitu seriusnya menjaga akhlak, adab dan kesopanan kita. Kalau kita merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah jelas dan nyata bahawa agama Islam melarang keras perkara-perkara sedemikian. Di antaranya:

Mencarut, firman Allah S.W.T:

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan berterus-terang. Kecuali (hanya di muka pengadilan sahaja) oleh yang dianiayai"

-Surah an-Nisa:12

Memaki-hamun, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Memaki seorang muslim adalah perbuatan derhaka dan membunuhnya adalah perbuatan kafir"

-Riwayat Bukhari dan Muslim

Memfitnah, Allah S.W.T. berfirman:

"…fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan…"

-Surah al-Baqarah:217

Mendusta, Allah S.W.T. berfirman:

"Kemudian kita minta agar laknat Allah ditimpakan pada orang-orang yang berbohong atau berdusta"

-Surah al-Imran:16

Mencaci dan mengutuk, Allah S.W.T. berfirman:

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci/pengutuk"

-Surah al-Humazah:1

Menyebarkan khabar angin, firman Allah S.W.T.

"Wahai orang-orang beriman, apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah…"

-Surah al-Mujaadalah

Berdasarkan nas-nas inilah asas kesopanan, keadaban akhlak kita, terus dipelihara dan utuh sehingga kini. Apa akan berlaku sekiranya asas atau sumber ini, dirombak dan dimansuhkan?

Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling mengajar kita bercakap perkara-perkara yang baik atau mendiamkan diri dari bercakap perkara-perkara yang baik atau mendiamkan diri dari bercakap perkara-perkara yang baik atau mendiamkan diri dari bercakap perkara-perkara buruk. Perkara buruk ini sebahagiannya dipertuturkan oleh sekelompok masyarakat, namun mereka ini tetap memahami bahawa agama menegah perbuatan seumpama ini.

Malangnya, sejak akhir-akhir ini sekumpulan dari masyarakat kita yang dianggap pakar agama, ustaz atau pembela Islam memaparkan pendirian mereka mengenai asas akhlak dan asas keadaban yang berlainan atau menyimpang dari landasan yang turun temurun ditetapkan oleh syariat Islam. Malah berbeza jauh dengan adab budaya turun temurun kita yang berasaskan al-Quran dan as-Sunnah. Golongan ini menghalal dan mengajar bahawa agama kita membenar mencarut, tidak bersyukur, memaki hamun dan sebagainya. Pandangan ini memuncak dengan ucapan pembelaan ke atas Dato’ Shahnon Ahmad oleh Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap sebagai seorang ulamak. Risalah ini memaparkan teks ucapan Dato’ Haji Nik Abdul Aziz untuk memudahkan para pembaca membuat penilaian. Sejauh manakah ucapan beliau melanggar adab susila budaya Melayu dan Islam, demi untuk mempertahankan seorang ahli PAS seumur hidup.

Ini satu cabaran kepada umat Islam untuk menolak ajaran tersebut. Jika dibiarkan ia boleh membahaya kepada keutuhan dan perpaduan umat Islam. Masyarakat Islam juga akan bertelagah sesama sendiri yang mungkin berlakunya perpecahan. Tanggungjawab ini terlalu berat dan membahaya untuk diserahkan semata-mata kepada Dato’ Haji Nik Abdul Aziz, seorang yang tidak objektif, malahan berkepentingan menonjol kefahaman dan doktrin politiknya sahaja.
 
 


Klik di sini untuk balik ke isu panas

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..